Skip to main content

Syurgalah Untuk Sri Lanka




Oleh: Benz Ali

Hai Sri Lanka,
Apa khabar kamu di sana?
Masihkah kamu dibakar kebencian api agama?
Mereka mengatakan dalam agama tiada keganasan,
Atau keganasan tiada agama,
Tetapi sekejap tadi tanah dan airmu baru sahaja dilesap,
Dibakar oleh mereka yang mengaku paling taat beragama,
Ketika asap hitam berkepulan dan debunya itu berterbangan,
Merentasi Lautan China Selatan dibawa angin lewat sosial media,
Semua orang berlari masuk ke dalam rumah,
Memadamkan cahaya lampu, dan menyumbat jari ke telinga,
Tidak mahu mendengarkan jeritan dan pekikan pengeboman di Sri Lanka
Tetapi sebaik sahaja pembunuhan berlaku di Christchurch,
Semua orang tadi keluar dari rumah, menyalakan unggun api di tangan,
Berlari-lari menjerit mahu membakar, “siapa, siapa, siapa?”
Semua orang tertegun menyaksikan,
Pesta hipokrasi apakah ini?
Apakah darah dan nyawa punyai nilai berbeza?

Beginilah kisahnya hai Sri Lanka.
Moga ada agama, beza agama atau tidak ada agama, 
Tiadalah membutakan mata, memekakkan telinga,
Moga yang membakarmu dibakar neraka, walau beragama,
Dan syurgalah untukmu hai Sri Lanka, meski kita beda agama.

29.4.2019
Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan pe...

Penulis Kena Jadi Pelacur

(gambar tidak ada kena mengena, hanya slide show sahaja yang ada kena mengena) Oleh: Benz Ali Untuk menjadi popular, buku laku keras, evergreen, nama disebut-sebut, penulis harus jadi pelacur. Dia mesti sanggup untuk melondehkan apa sahaja, membuat apa sahaja yang diminta oleh pelanggannya. Dia tak perlu memikirkan apa-apa pegangan, baik Kiri, Kanan, Depan, Belakang, Atas, Bawah. Dia tak perlu memikirkan apa-apa hujah moral, ideologi mahupun agama. Yang penting, untuk menjadi viral atau terkenal di langit, dia mesti jadi pelacur. Dia tak perlu memikirkan tentang syariah-compliant, syariah-gimnastik, syariah law dsbnya. Itu bukan kerjanya langsung. Itu kerja PAS. Ya, PAS yang harus fikir soal itu. Sementara persoalan yang dia harus fikir, adalah tentang bagaimana nak mencari duit dengan banyak, dan popular dengan cepat. Maka kerana itu penulis harus jadi pelacur. Persoalan ini adalah persoalan fundamental. Tiada yang paling asasi, melainkan persoalan...

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...