Skip to main content

Posts

Showing posts with the label feminisme

Muat Turun Ini Bukan Revolusiku Karya Emma Goldman

Karya Emma Goldman, Ini Bukan Revolusiku. Boleh muat turun di sini .

May Day: Perarakan Tiada Henti

Oleh: Lucy M Saya pernah membaca sebuah sajak berjudul Dongeng Marsinah, karangan penyajak besar, Pak Sapardi. Sajak itu, menurut Pak Sapardi, ialah sajak protes yang paling lama pernah disiapkannya. Mungkin kerana berita kematian Marsinah yang tragis dan juga kemelaratan kisah hidup dan perjuangannya- membuatkan jiwa Pak Sapardi tersiat-siat. Tangannya terketar-ketar barangkali apabila mengenang seorang perempuan yang meminta upah yang layak perlu dihabiskan semacam itu. Itu cerita Pak Sapardi dan penyanjungannya ke atas kisah martir kelas pekerja, Marsinah. Sudah puluhan tahun berlalu sejak kematian Marsinah dan diharapkan ada perubahan dan keadilan yang akan dibawakan buat para buruh. Malang beribu kali malang, kisah Marsinah lahir pula di Malaysia. Pada tahun 2016, seorang suri rumah bernama Suyanti ditemui di tepi longkang, bengang tubuhnya dan mukanya- dipercayai kerana didera majikannya. Pelaku yang membuatkan Suyanti menderita kesakitan di seluruh anggot...

Menanggalkan Topeng Feminis Anti Hijab

Oleh: Kia Syakira “Wanita berhijab tiada berkesedaran!!” Ucapan dan penyataan simpilistik lagi bego ini terngiang-ngiang di telinga aku sejak dari beberapa bulan lalu. Aku sering termenung panjang tentang hal ini, beginikah kau melihat dan menafsir diri aku, malahan semua perempuan yang memilih untuk menyarung tudung ini? Jadi aku berfikir dengan lebih mendalam lagi, kenapa isu ini timbul sebegini riuh dan semakin menyemakkan kepala ini? Perhatian aku: Persoalan dan kelumit hijab tidak-berhijab ini semakin bingit sejak berakhirnya Perarakan Wanita 2019 Mac tempohari. Mungkin kerana kurangnya kehadiran dan keterlibatan wanita bertudung di perarakan tersebut. Berbanding daripada menganalisa ke mana perempuan-perempuan ini pergi, dan mengapa ramai yang memilih untuk tidak hadir, kumpulan yang mengangkat diri mereka sebagai pembela wanita ini mengasumsi dan menatijahkan bahawa “Oh kerana memang mereka ini tiada berkesedaran pun.” Ini adalah pendapat peribadi aku se...

Surat Terbuka Kepada Saudari Maryam Lee

(kenapa kita tidak boleh menghormati pilihan kepercayaan/pakaian seseorang itu?  gambar bukan sekadar hiasan) Oleh: Farahani Husni Saudari Maryam Lee, Sebagai sosok yang popular dengan gerakan feminisme, yang katanya datang dari kumpulan yang mahu mengangkat martabat wanita, tidakkah saudari sedar atau cakna bahawa menjadi golongan yang berhijab di dalam negara inilah yang sering kali didikriminasikan dalam banyak segi? Sejak beberapa tahun lepas saya mengikuti perkembangan saudari membawa ideologi feminisme ini. Saya sebenarnya amat kagum dengan kelantangan dan pemikiran kritis saudari. Kecil, kecil  cili api kata orang-orang tua. Walaubagaimanapun, terus terang saya katakan bahawa saudari ni sebenarnya hanya gemar membuat provokasi terhadap isu-isu yang melibatkan hijab. Dari meletusnya nama saudari berkenaan makan ketika bulan ramadhan (yang saudari ada juga sebut tentang hijab kerana ketika itu saudari masih bertudung) sehinggalah saat sauda...