Oleh: Lucy M Dengar-dengar, jiran sebelah kita bakal menjalankan undang-undang Islami. Bukanlah undang-undang ini tidak pernah kita dengari namanya, tapi berita ini menjadi riuh kerana di dalam undang-undang ini, melakukan seks secara sedar dan disertai keinginan antara dua orang dewasa; sejenis atau tidak- adalah sebuah kesalahan dan bakal dihukum dengan lontaran batu sehingga mati. Panas memang panas. Orang mula berbahas mengenai perkara ini sama ada dari dalam kalangan Muslim atau yang bukan Muslim. Untuk makluman, undang-undang syariah secara teorinya hanya boleh dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja tetapi dalam beberapa kes seperti yang berlaku di Acheh, ada individu non-muslim yang disebat di hadapan warga kerana menjual minuman keras. Saya tertarik dengan sebuah set komedi Pandi Pragiwaksono, warga Indonesia, yang mengatakan bahaya terbesar untuk sebuah negara ialah seorang ateis. Katanya kerana di dalam Pancasila, perkara paling pokok adalah kepercayaan k...
Dari Murba Untuk Murba!