Skip to main content

Posts

Showing posts with the label psikologi

Gagasan Konsep Feudal

Oleh: Ammar Redza Ahmad Rizal Feudal adalah perkataan Bahasa Inggeris yang berasal daripada Bahasa Latin iaitu Feudum . Feudum pula adalah sinonim kepada perkataan fief yang membawa maksud “ satu kawasan yang diketuai oleh lord /ketua ”. Dalam wacana psikologi feudal pula, ia membawa maksud kepada perbincangan perihal pemikiran feudal itu sendiri yang terwaris dari zaman ke zaman tanpa sempadan garis masa. Tetapi apakah pula itu feudal? Dan apakah pula feudal bagi Alam Melayu? Apakah feudal terhad kepada konsep kesultanan ataupun feudal berbalik kepada tafsiran latinnya yakni perihal subjek yang dikawal oleh seorang ketua. Apakah feudal terhad kepada satu zaman sahaja? Argumen kepada konsep feudal dalam sosiologi mahupun psikologi akan mengatakan bahawa feudal adalah hanya satu peristiwa yang berlaku pada garis masa kewujudan manusia itu sendiri. Sama seperti perihal komunis, sosialis dan sewaktu dengannya. It just a mere event that happen in human history . Perihal ini mungkin benar ...

(Think About It!) Review Joker Dari Tong Sampah

Oleh: Abdullah Hadi Bila menonton The Joker, ramai orang berfikir dia adalah Joker. Lalu Arthur Fleck sangat gembira bila demonstran anarkis mengenakan topeng muka Joker sebagai protes jalanan dan Joker disimbolikkan sebagai simbol perlawanan kelas pekerja, marhaen melawan kelas borjuis penindas. Saya bukan orang filem, malah tak tahu apa pun sangat soal ini. Cuma saya ada membaca/menonton beberapa siri tentang Joker. Yang saya tahu, Joker sangat ramai dan seolah-olah Joker adalah figura umum bagi kaum tertindas. Dan tak lupa, Joker yang memang baik dan terus buat baik seperti Joker yang pernah difilemkan di Bollywood. Dan Joker-joker lain adalah lebih dari tiga yang saya tahu tidak termasuk Jokermin . Semuanya ada sejarah silam yang buruk. Cuma perbezaan yang paling besar adalah mungkin intelligence atau juga penampilan atau sedikit naratif atau sedikit bentuk tindak balas ke atas penindasan. Jadi sebenarnya Joker ini yang sebenarnya bagaimana? Saya rasa ia adalah cu...