Oleh: Benz Ali Jacinda Ardern adalah seorang perempuan agnostik. Pada mulanya dia dibesarkan sebagai seorang Mormon (satu aliran dalam Kristian). Kemudian dia meninggalkan gereja pada tahun 2005 kerana dia mengatakan, ia (fahaman gereja itu) bertentangan dengan pandangan peribadinya. Secara lebih khusus, kerana Jacinda menyokong hak-hak kaum gay. Pada Januari 2017, dia mengatakan dirinya sebagai seorang agnostik. Bagaimanapun, itu tidaklah menghalang Perdana Menteri New Zealand itu, yang pernah menganggap dirinya sebagai seorang sosial demokrat, progresif, republikan dan feminis, bahkan Perdana Menteri New Zealand yang pertama berarak di perbarisan gay, untuk memakai tudung (lebih tepat, scarf) sebagai menghormati mangsa serangan genosid di Christchurch. Di sini isunya ialah bukan kau percaya apa, tetapi kau berbuat apa? Bahkan kumpulan gang motor yang menakutkan, Mongrel Mob juga turut mengucapkan takziah, simpati dan solidariti terhadap apa yang berlaku, meskipun b...
Dari Murba Untuk Murba!