Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ibn Arabi

Ibn Arabi, Sufi dan Golongan Kiri

Oleh: Zin Mahmud Seronok melihat generasi muda golongan kiri Muslim dekad kedua abad ke-21, membicarakan mengenai Ibn Arabi. Ketika generasi itu membicarakan mengenai Marx pun sudah mengujakan, ini pula ditambah dengan minat terhadap Ibn Arabi. Sebab itu beberapa tahun lalu, ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat usaha untuk menghidupkan semula fahaman Marxis. Penulis ini menjawab bahawa Marxisme tidak pernah mati, bagaimana pula mahu menghidupkannya semula. Fahamannya sentiasa ada sejak beliau gagaskannya melalui buku Das Kapital dan Communist Manifesto. Walaupun setelah kejatuhan Soviet Union pada tahun 1989, ia sudah tidak  laku di Rusia dan banyak golongan kiri berpaling daripadanya, tetapi ada saja para intelektual dunia, malah di Amerika Syarikat sekalipun yang mahu memperkenalkan diri mereka sebagai Marxis. Mereka melawan arus. Ibn Arabi jauh lebih lama lagi daripada Marx. Fahamannya juga tidak pernah mati. Dalam sejarah Islam, ada dua tokoh yang dikenali sebagai Ibn Arabi....