Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hishamuddin Rais

Anarkisme dan Penyelewengan The Patriots

Oleh: Lucy M Penyelewengan yang dilakukan oleh The Patriots berkenaan definisi Anarkisme adalah antara penyelewengan yang terbesar dalam sejarah penyelewengan. Ini gua sunting terus dari status Yuva Balan mengenai penyelewangan Hisham Rais mengenai sosialisme baru-baru ini. Sebelum ini salah seorang dari ahli TP, menginginkan untuk reforming Capitalism. Hari ini pula salah seorang dari mereka membubuh terma Anarchist-Patriotism. Ewah ewah. Sedap mulut betul. Tapi ni la yang gua duk fikir. Kenapa tak ada lagi orang muda yang ketawa-ketawakan TP ni macam kita ketawakan kabinet menteri? Padahal dua kelompok ini juga menjunjung fahaman dan gagasan yang sama. Kapitalisme, nasionalisme dsbg. Kenapa tak ada lagi orang nak buh gambar troll ahli TP ni macam kita buat ke atas kabinet menteri? Pertama sekali bila ada suara yang kuat macam TP ni orang duk buat-buat tak nak endah dan nampak sangat. Sebab TP walaupun melencong dan menyeleweng apalagi menyokong kebatilan yang jelas, d...

Penulis Pelacur dan Sarjana Upahan

"Sentimen kebangsaan, imperatif kuasa dan pelbagai kepentingan boleh dengan mudah mengaburi mata intelektual, sama ada menjadikan mereka apologis rejim yang zalim atau menjadi minda upahan kelompok yang bergerak untuk mencapai agenda tersendiri di mana-mana pihak. "..Kejujuran intelektual amat mudah disebut, sama mudahnya dengan seseorang intelektual tergelincir dari jalan yang benar kerana pelbagai faktor, daripada ego peribadi hingga kepada kepentingan-kepentingan lain." (Haris Zalkapli dalam Politik Pop pada esei, Intelektual, Politik dan Minda Upahan) Ada banyak hal yang perlu dilakukan sekarang. Di ranah yang kekeringan aktivis, ketandusan idea, intelektual yang tidak mahu turun bekerja dan oportunis yang membiak sebanyak-banyaknya, kerja menjadi sangat banyak. Tetapi hal ini jika tidak ditulis, ia akan membiak dan mewabak tanpa henti. Maka tidak dapat tidak, hal mustahak sebegini haruslah dipukul. Penulis pelacur dan sarjana upahan sebegini sangat hand...