Oleh: Benz Ali Hai Sri Lanka, Apa khabar kamu di sana? Masihkah kamu dibakar kebencian api agama? Mereka mengatakan dalam agama tiada keganasan, Atau keganasan tiada agama, Tetapi sekejap tadi tanah dan airmu baru sahaja dilesap, Dibakar oleh mereka yang mengaku paling taat beragama, Ketika asap hitam berkepulan dan debunya itu berterbangan, Merentasi Lautan China Selatan dibawa angin lewat sosial media, Semua orang berlari masuk ke dalam rumah, Memadamkan cahaya lampu, dan menyumbat jari ke telinga, Tidak mahu mendengarkan jeritan dan pekikan pengeboman di Sri Lanka Tetapi sebaik sahaja pembunuhan berlaku di Christchurch, Semua orang tadi keluar dari rumah, menyalakan unggun api di tangan, Berlari-lari menjerit mahu membakar, “siapa, siapa, siapa?” Semua orang tertegun menyaksikan, Pesta hipokrasi apakah ini? Apakah darah dan nyawa punyai nilai berbeza? Beginilah kisahnya hai Sri Lanka. Moga ada agama, beza agama atau tidak ada agama, ...
Dari Murba Untuk Murba!