Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Christchurch

Syurgalah Untuk Sri Lanka

Oleh: Benz Ali Hai Sri Lanka, Apa khabar kamu di sana? Masihkah kamu dibakar kebencian api agama? Mereka mengatakan dalam agama tiada keganasan, Atau keganasan tiada agama, Tetapi sekejap tadi tanah dan airmu baru sahaja dilesap, Dibakar oleh mereka yang mengaku paling taat beragama, Ketika asap hitam berkepulan dan debunya itu berterbangan, Merentasi Lautan China Selatan dibawa angin lewat sosial media, Semua orang berlari masuk ke dalam rumah, Memadamkan cahaya lampu, dan menyumbat jari ke telinga, Tidak mahu mendengarkan jeritan dan pekikan pengeboman di Sri Lanka Tetapi sebaik sahaja pembunuhan berlaku di Christchurch, Semua orang tadi keluar dari rumah, menyalakan unggun api di tangan, Berlari-lari menjerit mahu membakar, “siapa, siapa, siapa?” Semua orang tertegun menyaksikan, Pesta hipokrasi apakah ini? Apakah darah dan nyawa punyai nilai berbeza? Beginilah kisahnya hai Sri Lanka. Moga ada agama, beza agama atau tidak ada agama, ...

Jacinda Si Perempuan Agnostik

Oleh: Benz Ali Jacinda Ardern adalah seorang perempuan agnostik. Pada mulanya dia dibesarkan sebagai seorang Mormon (satu aliran dalam Kristian). Kemudian dia meninggalkan gereja pada tahun 2005 kerana dia mengatakan, ia (fahaman gereja itu) bertentangan dengan pandangan peribadinya. Secara lebih khusus, kerana Jacinda menyokong hak-hak kaum gay. Pada Januari 2017, dia mengatakan dirinya sebagai seorang agnostik. Bagaimanapun, itu tidaklah menghalang Perdana Menteri New Zealand itu, yang pernah menganggap dirinya sebagai seorang sosial demokrat, progresif, republikan dan feminis, bahkan Perdana Menteri New Zealand yang pertama berarak di perbarisan gay, untuk memakai tudung (lebih tepat, scarf) sebagai menghormati mangsa serangan genosid di Christchurch. Di sini isunya ialah bukan kau percaya apa, tetapi kau berbuat apa? Bahkan kumpulan gang motor yang menakutkan, Mongrel Mob juga turut mengucapkan takziah, simpati dan solidariti terhadap apa yang berlaku, meskipun b...

Pelampau Kanan di Balik Nama Patriots

Oleh: Naim Fahmi Dunia juga sedang memberi tumpuan kepada Australia walaupun Tragedi Masjid Al Noor itu berlaku di NZ. Selain sebab pelaku keganasan tersebut adalah warga Australia, negara tersebut dilihat mempunyai gerakan-gerakan yang berpotensi melahirkan lebih ramai individu pelampau sayap kanan. Sebenarnya ramai masyarakat Australia sendiri sangat terkesan dengan insiden di NZ, seolah-seolah tragedi itu berlaku dalam negara mereka. Lebih-lebih lagi dalam kalangan grup sivil, pro-multiculture, sosialis/trade union dan Antifa yang selalu bertempur dengan pelampau sayap kanan yang rasis dan anti-migran. Saban tahun, selalu berlaku pertembungan dua fraksi jika ada protes anti-migran mahupun anti-xenophobia di jalanan. Ada beberapa grup pelampau sayap kanan yang berpengaruh di Australia yang sangat anti-migran, sudah tentu, terutamanya terhadap Muslim. Grup yang menonjol di Australia dalam beberapa tahun belakangan ini adalah Patriots Defence League Australia (PDL...