Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Barat

Gagasan Konsep Feudal

Oleh: Ammar Redza Ahmad Rizal Feudal adalah perkataan Bahasa Inggeris yang berasal daripada Bahasa Latin iaitu Feudum . Feudum pula adalah sinonim kepada perkataan fief yang membawa maksud “ satu kawasan yang diketuai oleh lord /ketua ”. Dalam wacana psikologi feudal pula, ia membawa maksud kepada perbincangan perihal pemikiran feudal itu sendiri yang terwaris dari zaman ke zaman tanpa sempadan garis masa. Tetapi apakah pula itu feudal? Dan apakah pula feudal bagi Alam Melayu? Apakah feudal terhad kepada konsep kesultanan ataupun feudal berbalik kepada tafsiran latinnya yakni perihal subjek yang dikawal oleh seorang ketua. Apakah feudal terhad kepada satu zaman sahaja? Argumen kepada konsep feudal dalam sosiologi mahupun psikologi akan mengatakan bahawa feudal adalah hanya satu peristiwa yang berlaku pada garis masa kewujudan manusia itu sendiri. Sama seperti perihal komunis, sosialis dan sewaktu dengannya. It just a mere event that happen in human history . Perihal ini mungkin benar ...

Koronavirus dan Laknat Manusia

Oleh: Lucy M Damien, teman saya  pernah mengatakan kelawar, digelar sebagai daging merah oleh kaumnya yang menunjukkan dia pernah menjamahnya. Dia teruja mengatakannya. Katanya lagi, sayap kelawar sebenarnya lebih panjang dari yang kita bayangkan. Di suatu ketika yang lain, saya teringat majikan saya pernah berbual dengan mandor projek tentang biawak. Dia, seorang lelaki Cina pertengahan usia, ketika itu, menepuk tangan seperti baru saja memenangi sesuatu sebelum menyebut bagaimana biawak punya daging yang liat tapi dengan kaedah memasak yang tepat, ia mampu dilembutkan. Penularan koronavirus dari China Merah membuatkan ramai orang, terutama bukan pemakan makanan eksotik, berang dan menuding jari. Kerana tekak sial masharakat Wuhan yang kemaruk daging ularlah, koronavirus merebak kepada manusia. Meskipun belum ada kata putus tentang siapakah vektor sebenar dalam cerita wabak Wuhan ini, yang jelas transmisinya disebabkan rantaian makanan. Direkodkan, AIDS ...