Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff (Marahaen Institute) Tahun 2019 merupakan tahun yang amat menyedihkan khusus bagi para pencinta haiwan, aktivis alam sekitar dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Dengan kematian Iman, Badak Sumbu Sumatera terakhir di Malaysia dan pembunuhan berterusan Gajah Borneo merupakan antara episod duka yang menghantui senario penjagaan alam sekitar di negara ini. Penjagaan haiwan liar dan pemuliharaan hutan merupakan suatu perkara yang perlu dijadikan agenda utama oleh pihak berwajib, selain menguruskan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Kesan dari pembangunan tidak terancang dan tidak beretika akan memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada flora dan fauna, tetapi juga mendatangkan impak yang sangat besar kepada manusia. Sebermula dari abad ke 20, telah dianggarkan sebanyak 10 juta km2 hutan di seluruh dunia telah musnah disebabkan oleh pembangunan. Menurut satu kajian yang telah dilaksanakan oleh Bank Dunia (The...
Dari Murba Untuk Murba!