Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kiri

Ibn Arabi, Sufi dan Golongan Kiri

Oleh: Zin Mahmud Seronok melihat generasi muda golongan kiri Muslim dekad kedua abad ke-21, membicarakan mengenai Ibn Arabi. Ketika generasi itu membicarakan mengenai Marx pun sudah mengujakan, ini pula ditambah dengan minat terhadap Ibn Arabi. Sebab itu beberapa tahun lalu, ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat usaha untuk menghidupkan semula fahaman Marxis. Penulis ini menjawab bahawa Marxisme tidak pernah mati, bagaimana pula mahu menghidupkannya semula. Fahamannya sentiasa ada sejak beliau gagaskannya melalui buku Das Kapital dan Communist Manifesto. Walaupun setelah kejatuhan Soviet Union pada tahun 1989, ia sudah tidak  laku di Rusia dan banyak golongan kiri berpaling daripadanya, tetapi ada saja para intelektual dunia, malah di Amerika Syarikat sekalipun yang mahu memperkenalkan diri mereka sebagai Marxis. Mereka melawan arus. Ibn Arabi jauh lebih lama lagi daripada Marx. Fahamannya juga tidak pernah mati. Dalam sejarah Islam, ada dua tokoh yang dikenali sebagai Ibn Arabi....

Mengapa Sosialisme Masih Relevan?

Oleh: Zin Mahmud Sosialisme pada waktu ini mempunyai nama buruk bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Walaupun di negara-negara Eropah tertentu, parti yang bernama sosialis atau demokrasi sosial masih boleh meraih undi, jangan harap Parti Sosialis Malaysia (PSM) boleh menang kerusi jika bertanding sendirian. Ini kerana kebanyakan orang bukan saja tidak faham apa itu sosialisme, malah tidak mengenalinya. Untuk memahami apa itu sosialisme, seseorang itu perlu daya intelektual yang lebih daripada kebanyakan orang, Atau sekurang-kurangnya seseorang itu mesti rajin dan minat membaca. Maknanya perlu usaha. Maka tidak hairanlah, orang yang memahami sosialisme adalah golongan ideologi. Iaitu sedikit sebanyak elitis otak. Seringkali orang yang menjadi sosialis adalah mereka yang berminat terhadap kebenaran dan keadilan dan pencarian itu membawa kepada pemahaman ideologi itu. Sementara sebahagian yang mengenalnya lain pula melihat sosialisme dengan penuh kebencian dan penghinaan. Terd...

Muat Turun Ini Bukan Revolusiku Karya Emma Goldman

Karya Emma Goldman, Ini Bukan Revolusiku. Boleh muat turun di sini .

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang...

Muat Turun Orang-orang di Persimpangan Kiri Jalan Karya Soe Hok Gie

Karya Soe Hok Gie, Orang-orang di Persimpangan Kiri Jalan. Boleh muat turun di  sini.

Rumah Ini Milik Siapa?

(gambar bukan sekadar hiasan) Oleh: Pencinta Wollstonecraft Jadi, di sini kita ditinggalkan oleh nenek-moyang kita persoalan yang amat besar: tanah ini, untuk penduduk asal, atau untuk yang lebih bekerja-keras? Untuk yang konservatif kepada nilai-nilai perenial bangsa, atau untuk yang kreatif sehingga terbuka kepada interpretasi kebangsaan yang lebih segar-universal? Perihal ketuanan ini diangkat dan boleh diraut daripada dua sisi. Sisi pertama, dengan melihat kepada perjalanan sejarah, maksudnya siapa yang paling banyak berkorban demi menjadikannya apa ia sekarang. Sisi kedua, dengan melihat kepada pembaharuan yang boleh dibuat, supaya ia tidak lapuk dan dapat terus hidup dalam kalangan masyarakat lain. Golongan Kanan kerap merunut sisi pertama, mempercayai pengalaman rasial memberi suatu kredibiliti kepada letak-duduk ras-ras sesebuah negara. Mereka percaya bahawa pengorbanan sesebuah bangsa menjustifikasikan superioriti, dan dalam pada itu, menjustifikasika...

Muat Turun Semangat Muda karya Tan Malaka

Semangat Muda karya Tan Malaka. Muat turun di sini.

Penulis Pelacur dan Sarjana Upahan

"Sentimen kebangsaan, imperatif kuasa dan pelbagai kepentingan boleh dengan mudah mengaburi mata intelektual, sama ada menjadikan mereka apologis rejim yang zalim atau menjadi minda upahan kelompok yang bergerak untuk mencapai agenda tersendiri di mana-mana pihak. "..Kejujuran intelektual amat mudah disebut, sama mudahnya dengan seseorang intelektual tergelincir dari jalan yang benar kerana pelbagai faktor, daripada ego peribadi hingga kepada kepentingan-kepentingan lain." (Haris Zalkapli dalam Politik Pop pada esei, Intelektual, Politik dan Minda Upahan) Ada banyak hal yang perlu dilakukan sekarang. Di ranah yang kekeringan aktivis, ketandusan idea, intelektual yang tidak mahu turun bekerja dan oportunis yang membiak sebanyak-banyaknya, kerja menjadi sangat banyak. Tetapi hal ini jika tidak ditulis, ia akan membiak dan mewabak tanpa henti. Maka tidak dapat tidak, hal mustahak sebegini haruslah dipukul. Penulis pelacur dan sarjana upahan sebegini sangat hand...

Kiri Bukan Liberal (BHG 1)

(sekeping gambar seribu tafsiran) Oleh: Benz Ali Ramai di Malaysia yang salah sangka bahawa Kiri itu juga Liberal, apabila Kiri juga menggugat Konservatisme. Ini adalah sebuah kefahaman yang agak karut. Selepas kejatuhan UMNO-Barisan Nasional (yang menaungi faham Konservatisme di Malaysia) para penyokong Konservatisme ketika bertempur dengan PH yang sangat Neo-Lib(eral), mula mencari-cari identiti apakah yang mahu ditempekkan kepada PH supaya masyarakat membenci PH. Maka dicari-carinya asal usul DAP iaitu PAP lebih jauh sampai ke PKM. Usaha ini tidak lain tidak bukan, selain bertujuan memburukkan DAP dan merosakkan imej PH ianya membusukkan Kiri sedangkan soalan yang pertama harus ditanyakan sekarang adalah, adakah DAP masih Kiri/Sosialisme? Ini adalah soalan yang pertama-tama harus ditanyakan. Apakah dasar atau polisi Kiri/Sosialisme yang dilakukan oleh DAP? Sememangnya mereka boleh menamakan sayap pemuda mereka sebagai DAPS(ocialist)Y(outh). Tetapi apakah benar tindak dan t...