Oleh: Benz Ali
Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal
tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan
tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan
nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul,
Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh
pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan
Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan
serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran
barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan
jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat
Covid-19.
PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi
bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali
diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat
dua. Rakyat bertanya mahu beli apa sepanjang beberapa bulan berkurung itu? Di
sana sini orang mulai ramai membunuh diri. Dicatatkan pada tahun lepas,
semenjak era PAS (Parti Islam Se-Malaysia) memerintah bersama regim minoriti
Muhyiddin (termasuk kali pertama WAF menjadi senator dan kali pertama Zulkifli
Bakri menjadi Menteri Agama) dalam PN, bukan sahaja kilang arak tidak dapat
ditutup atau Genting Highland dirobohkan, sebaliknya lebih 266 orang telah
membunuh diri mereka.
Awal persekolahan bermula era tahun kedua PKP
sangat mengecewakan dan patut dikutuk sama sekali. Menteri Pendidikan tidak
nampak bersedia dengan polisi yang flip-flop di sana sini. Covid-19 jelas
menunjukkan (baca: melondehkan) pekung pemerintah selama-lama ini yang
mengabaikan wilayah marginal seperti Borneo. Ada kawasan yang tiada line internet.
Ibu bapa terpaksa masuk ke ladang kelapa sawit, di atas bot, juga mendaki bukit
untuk mendapatkan line internet untuk anak-anak mereka. Ada agamawan yang
bekerja keras untuk itu kita boleh berikan tabik seperti Ustaz Ebit Liew,
sementara ada juga yang menggunakan terma-terma bernuansakan agama seperti
Sindrom Muhaya, bahawa “kesusahan sebegini era PKP membuatkan anak akan
berusaha keras untuk belajar”.
Pada bulan Jun ini, selepas PKP kembali
dikuatkuasakan tanpa apa-apa bantuan diberikan selama 30 hari dikurung (yang
hanya ada cuma pengumuman dan pengumuman) orang ramai yang makin terhimpit
mulai membunuh diri seorang demi seorang.
Reaksi yang diberikan oleh orang agama
bermacam-macam. Tetapi nampaknya hampir persis seperti yang disebutkan Karl
Marx, bapak komunis dari Jerman suatu masa dulu. Walaupun situasi pada masa
Marx itu merujuk pada agama Kristian dan latar Eropah, tetapi ianya masih boleh
difikirkan dan diambil iktibar apabila kita melihat, membaca dan meneliti
kenyataan-kenyataan dan respons agamawan tentang kondisi perit yang dialami
rakyat pada masa ini. Peranan agama(wan) sebagai agen pem-pasifan rakyat nampak
ketara. Jika lebih diperincikan, ada juga agamawan yang berkeluh-kesah dan
mencelakakan regim tirani minoriti Muhyiddin sedia ada (mungkin kerana
kesusahan diri mereka sendiri akibat surau dan masjid sebagai periuk nasi
mereka telah ditutupi), tetapi lebih banyak yang bersifat pro pemerintah. Ada yang
lebih celaka bertindak menambah isteri (dikhabarkan yang keempat) di saat-saat
rakyat melarat. Apatah lagi ada yang dikawat-duri. Sementara pak menteri dari
Parti Islam ini berpesta-pora berkenduri meratah ghanimah (dan muslimah). Ini
akan disentuh lebih keras dalam tulisan akan datang.
28 Jun 2021, Prof. Madya. Dr. Khalif Muammar (gambar) seorang agamawan yang sedap bergaji bulan menulis pada jam
4.46 petang di laman Facebooknya,
Mengapa bunuh diri?
Hilang pekerjaan? Ia hanya bermakna tertutupnya satu pintu, sedangkan beribu lagi pintu menanti untuk dibuka.
Kehidupan yang sempit? Kita ada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya yang sabar berusaha.
Gagal? Setiap orang pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Anggaplah ia sebagai cabaran dan bukan halangan. Jangan risau tentang rezki, setiap makhluk sudah disuratkan rezki masing-masing. Yakinlah ada rezki untuk kita. Banyakkan berdoa agar Allah membukakan jalan.
Buntu? Jangan segan bertanya kepada kawan, dapatkan nasihat pakar, meminta bantuan dari yang berautoriti, kita semua manusia yang lemah dan sentiasa memerlukan bimbingan.
Orang Islam wajib menuntut ilmu, dengan ilmu ini paling kurang ia tidak akan mudah putus asa. Ilmu agama, fardu ain, adalah kompas kehidupannya, ia tidak akan tersesat meskipun hidup di tengah padang pasir. ilmu dunia, fardu kifayah, adalah kunci kesejahteraan kehidupan di dunia, jangan pernah merasa cukup dengan satu ilmu yang ada. Alam ini adalah rahmat Tuhan untuk semua, terbentang luas untuk digarap dan dimanfaatkan, Tuhan yang Rahman dan Rahim telah menyediakan rezki untuk setiap manusia, bahkan untuk setiap anak burung di musim salji, setiap semut yang melata di atas tanah.
Dikatakan 160 pegawai Jakim pula ditempatkan di
hospital untuk tangani kemurungan atas perintah Menteri Agama Dr. Zulkifli
Al-Bakri (gambar). Persoalannya, adakah dengan meletakkan 160 pegawai Jakim itu akan
menyelesaikan permasalahan hutang dan bebanan yang ditanggung oleh rakyat
jelata? Adakah dengan hanya bercakap-cakap persoalan agama di telinga pesakit
(di hospital) akan membuatkan bank membatalkan hutang, Ah Long tidak cari
sampai ke rumah, pekerjaan akan diberikan, atau ia hanyalah sekadar memberikan “pekerjaan”
kepada 160 pegawai Jakim tersebut? Adakah cakap-cakap ala Muhaya benar-benar
menyelesaikan permasalahan atau hanya mendatangkan rasa “feel good” kepada
mereka yang tak bergaji dan bekerja hari dipaksa bercuti dan menampakkan
Menteri Agama buat kerja? Ini membenarkan lagi peranan agama sebagai alat
pem-pasifan.
Rakyat dalam sehari dua ini mula berkempen
tentang “Bendera Putih”, supaya kes bunuh diri dapat dikurangkan jika
tidak dapat dielakkan sekalipun. Nik Abduh (anak kepada Nik Aziz) menulis,
Ceritakan perihal kemiskinan agar sesama kita insaf dan dapat saling membantu. Anda pula dengannya beroleh pahala kerana menyampaikan. Kecuali jika anda mencaci dan berkata buruk terhadap sesiapa pun samada ketika membantu atau menyampaikan. Ia meruntuhkan binaan. Ketahui, kemiskinan zahir pada harta. Kemiskinan sebenar pada impian pahala bertukar menjadi igauan dosa. Justeru jadilah insan yang soleh.
Semua
kenyataan yang disebutkan oleh agamawan-agamawan arus perdana Islam ini tidak
lain tidak bukan hanya mengukuhkan lagi tesis Marxist bahawa agama itu adalah
candu masyarakat. Dan kita selaku generasi millennia abad ini sepatutnya sudah
biasa dengan kenyataan tersebut. Maka menutup artikel ini, diakhirkan dengan
petikan status teman Facebook saya:
Sebab PAS tak boleh separate dengan scandal sex dan policy berkaitan sex
(polygamy, underage marriage exploitation, velfire scandal, thailand scandal,
high r*pe, domestic violence cases in their jurisdictions)
—I suggest calling them PAS; Party Alat Sulit.
(Terry Kostlich
Ravioli, 2021)
Rujukan:-
2) https://www.kosmo.com.my/2021/04/10/lebih-1700-rider-maut-kemalangan/
Comments
Post a Comment