Skip to main content

Posts

Showing posts with the label filem

Squid Game dan Kegagalan Konsep Kesenian Islam

  oleh: Benz Ali -tulisan ini dihasilkan berkat komen teman-teman yang tersiar di status FB- Squid game sebuah siri tv Korea yang baru sahaja melabuhkan tirai. Sebenarnya cerita ini biasa sahaja. Tentang sekumpulan manusia (berjumlah 400 orang lebih) yang terdesak untuk hidup; buruh imigran Pakistan yang mencari nafkhah sampai ke Korea Selatan, seorang tahi judi yang anak dan isterinya akan mengikuti suami dan bapa baru, penyeluk saku yang melarikan diri dari Korea Utara, samseng yang keputusan wang dan melarikan diri dari samseng-samseng lain yang mengejarnya untuk membunuhnya (no honor among thief). Mereka ditempatkan di sebuah pulau untuk saling berbunuh-bunuhan dalam satu pertandingan kanak-kanak di Korea. Dan mereka yang menang (1 orang sahaja) akan mendapat hadiah lumayan. Sebelum cerita ini muncul, sebenarnya sudah ada cerita lain yang lebih ganas (bahkan lebih lucah) dari cerita ini. Dan format yang paling awal mendahului dalam cerita sebegini ialah Battle Royale...

(Think About It!) Review Joker Dari Tong Sampah

Oleh: Abdullah Hadi Bila menonton The Joker, ramai orang berfikir dia adalah Joker. Lalu Arthur Fleck sangat gembira bila demonstran anarkis mengenakan topeng muka Joker sebagai protes jalanan dan Joker disimbolikkan sebagai simbol perlawanan kelas pekerja, marhaen melawan kelas borjuis penindas. Saya bukan orang filem, malah tak tahu apa pun sangat soal ini. Cuma saya ada membaca/menonton beberapa siri tentang Joker. Yang saya tahu, Joker sangat ramai dan seolah-olah Joker adalah figura umum bagi kaum tertindas. Dan tak lupa, Joker yang memang baik dan terus buat baik seperti Joker yang pernah difilemkan di Bollywood. Dan Joker-joker lain adalah lebih dari tiga yang saya tahu tidak termasuk Jokermin . Semuanya ada sejarah silam yang buruk. Cuma perbezaan yang paling besar adalah mungkin intelligence atau juga penampilan atau sedikit naratif atau sedikit bentuk tindak balas ke atas penindasan. Jadi sebenarnya Joker ini yang sebenarnya bagaimana? Saya rasa ia adalah cu...