Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Faisal Tehrani

Sasterawan Negara? Apa benda tu?

Oleh: Benz Ali Kecoh. Telah kecohlah seantero Malay Archipelego dalam lingkungan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak (mungkin juga orang Borneo tak ambik pot sangat pun, sebab mana ada orang mereka pun yang pernah jadi SN, kahkahkah). Jadi apa benda tu Sasterawan Negara atau Anugerah Sasterawan Negara tu? Entahlah. Kau pergilah Google sendiri. Yang pastinya, Anugerah Sasterawan Negara itulah yang melahirkan Sasterawan Negara. Hehe. Simple semantik. Jika tidak ada Anugerah Sasterawan Negara, adakah seseorang itu boleh menggelarkan dirinya Sasterawan Negara? Kehkehkeh. Kau jawablah sendiri. Tapi apa pentingnya Sasterawan Negara ini pada kita pun? Kalau tak pada kita pun, pada kau, pada aku? Entahlah. Buku-buku mereka ini banyak mendapat sponsor pemerintah. Itu pun masih tak laku-laku. Sementara penulis lain, penerbit lain, bersusah-payah bersengkang mata menulis, menerbit dan menjual, hidup sendiri, mati pun sendiri, dan tidak lama kemudian dicemburui para sa...

Penulis Pelacur dan Sarjana Upahan

"Sentimen kebangsaan, imperatif kuasa dan pelbagai kepentingan boleh dengan mudah mengaburi mata intelektual, sama ada menjadikan mereka apologis rejim yang zalim atau menjadi minda upahan kelompok yang bergerak untuk mencapai agenda tersendiri di mana-mana pihak. "..Kejujuran intelektual amat mudah disebut, sama mudahnya dengan seseorang intelektual tergelincir dari jalan yang benar kerana pelbagai faktor, daripada ego peribadi hingga kepada kepentingan-kepentingan lain." (Haris Zalkapli dalam Politik Pop pada esei, Intelektual, Politik dan Minda Upahan) Ada banyak hal yang perlu dilakukan sekarang. Di ranah yang kekeringan aktivis, ketandusan idea, intelektual yang tidak mahu turun bekerja dan oportunis yang membiak sebanyak-banyaknya, kerja menjadi sangat banyak. Tetapi hal ini jika tidak ditulis, ia akan membiak dan mewabak tanpa henti. Maka tidak dapat tidak, hal mustahak sebegini haruslah dipukul. Penulis pelacur dan sarjana upahan sebegini sangat hand...