Skip to main content

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

 


Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang)

Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun.

Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama.

Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini.



Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap.

Itupun dengan tangan kosong dan tanpa melakukan perlawanan senjata, serta dengan keberanian dan tekad besar yang akhirnya mampu memukul tentera dalam Revolusi Iran. (1)  

Dengan catatan bahawa agama Islam (syiah) dan peristiwa Karbala menjadi poros dan nadi penggerak revolusi Islam Iran.

Tentang  keperibadian Khomeini, Michel Foucault menulis, "Peranan keperibadian Ayatullah Khomeini berdampingan dengan mitos. Saat ini, tidak ada kepala pemerintahan atau pemimpin politik apa pun, bahkan dengan dukungan dari semua media di negaranya, dapat mengatakan bahawa rakyatnya memiliki hubungan peribadi dan kuat dengan dia. Khomeini tidak mengatakan apa-apa, hanya tidak; tidak kepada Shah, tidak kepada regim dan tidak kepada kebergantungan. Khomeini bukan orang politik: tidak ada parti yang dikenali sebagai parti Khomeini dan pemerintahan yang disebut pemerintahan Khomeini. Apakah tekad yang tidak dapat menghentikan jalannya? Gerakannya adalah gerakan yang ditujukan untuk pembebasan dari penguasaan asing dan keselamatan dari politik (salah) dalam negeri."(2) Disamping slogan yang diciptakan Assyahid Dr. Ali Shariati "setiap hari adalah Asyura, setiap tanah adalah Karbala.”

Begitu juga Imam Musa as-Sadr ketika Revolusi Iran berjaya, beliau di Lubnan memberikan ucapan bahawa kejayaan Revolusi Iran ini adalah kesinambungan dari gerakan 10 Muharam al-Hussien as.

Akhirnya kita tidak perlu pergi pergi jauh. Di Malaysia sahaja, tokoh penulis, wartawan, kolumnis yang dikenali ramai iaitu (Pak) Zin Mahmud juga pernah menulis artikel berkenan Revolusi Islam Iran, menceritakan apa pengaruh dari Revolusi Iran pada gerakan Islam di Malaysia.

Pak Zin Mahmud menulis "Kesan semangat revolusi itu sampai pada umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia, khususnya pada generasi anak-anak muda."(3)

Pak Zin Mahmud mengambarkan bagaimana elemen Revolusi Islam Iran meresapi gerakan Islam di Malaysia termasuk juga pengaruh Ikhwan Muslimin.

Makanya, apalah sangat penulis The Patriots itu yang menghina dengan penulisan yang tidak beradab dan tidak beretika.

Tulisannya tidak memberi pengaruh apa pun, hanya mampu mencipta dan menggayakan lagi elemen "takfiri".



Rujukan:

(1) http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/30-tahun-revolusi-iran-apa-manfaat-pada.html?m=1

(2) https://parstoday.com/id/radio/iran-i67216-menelisik_pandangan_para_pemikir_besar_tentang_revolusi_islam_iran.

(3)

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/02/05/40-tahun-revolusi-iran-di-malaysia/

(4) https://press.uchicago.edu/Misc/Chicago/007863.html

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan pe...

Agama Sebagai Candu Masyarakat

Oleh: Benz Ali Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul, Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat Covid-19. PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat dua. Rakyat berta...