Oleh: Benz Ali Membaca tulisan ZF Zamir yang masih lagi menggedik-gedik dan merengek-merengek dan memetik-metik nama tokoh sehebat Paulo Freire dengan bukunya Pedagogy of Solidarity, seharusnya membuatkan kita merasa geli-geleman atau tekak kita rasa meloya dan nak termuntah. Selepas muntah itu mungkin kita harus kutip atau sapukan dengan kertas dari buku Sekolah Bukan Penjara atau Berlari Dari Pejabat KPM (haha). Beliau seharusnya berhenti memetik nama tokoh-tokoh besar yang tak sepadan dengan perilakunya yang hipokrit lagi oportunistik. ZF Zamir masih lagi terkejut sehingga sekarang ini. Dia masih tak menyangka bagaimana kerjayanya dengan Maszlee di KPM sesingkat itu (20 bulan). Maka di artikel ‘Memahami ‘Pendidikan’ Versi Siti Kasim’, beliau masih lagi tidak mampu menyatakan apa yang belum dilakukan dan ditunaikan Maszlee. Beliau masih obsesif dengan Maszlee bahawa bosnya itu telah melakukan yang terbaik, sedangkan pada ketika yang sama bosnya itu masih bersetia dengan...
Dari Murba Untuk Murba!