Oleh: Benz Ali
Daripada Abu
Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا
وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ
لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً
Maksudnya: “Apabila
lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah
kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada
sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari
(5782)]
Daripada Abu
Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda:
إِذَا
وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ،
فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً
Maksudnya: “Apabila
lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah
ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah
penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)]
Persoalan Hadith
Lalat bukanlah bukan persoalan baru. Persoalan ini sentiasa ditimbulkan oleh
mereka yang kritikal dengan hadith. Bukan anti hadith atau inkarus
sunnah. Kerana label anti hadith dan inkarus sunnah berbau negatif
dan penyudutan. Kerana anti hadith mahupun inkarus sunnah selalu menerima cop mohor kekafiran. Kerana Syi'ah juga tidak menerima hadith Sunnah/Sunni. Sementara Sunni juga tidak menerima hadith Syi'ah. Jadi siapa anti hadith di kalangan mereka? Bahkan Bukhari sendiri membuang begitu banyak hadith, maka bukankah yang membuang hadith itu bukan Kassim Ahmad sahaja, tetapi ramai lagi? Pastinya berdasarkan metod, keilmuan dan pemahaman masing-masing. Maka kita harus mencari istilah atau terma yang sesuai atau diterima
oleh pihak yang mengkritik hadith, jika kita mendakwa kita benar-benar ilmiah.
Bukan membuat label atau melabelkan dengan labelan yang tidak disukai, dan
mengatakan itu adalah ilmiah.
Sebenarnya bukan saya sahaja yang mengkritik atau kritikal dengan hadith, bahkan bukan hanya Kassim Ahmad sahaja, tetapi ramai lagi. (klik screenshot di bawah untuk dapat paparan lebih besar)
(link buku di atas - Tipologi Pemikiran Hadis Modern Kontemporer - boleh didapatkan di sini, tekan sahaja, muat turun, percuma)
Bahkan dikatakan Jamal/Gamal al-Banna (adik bongsu Hassan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin) seorang trade unionist juga pemikir Arab yang progresif dikatakan menolak 635 Hadith Sahih Bukhari dan Muslim berdasarkan kriteria yang beliau tetapkan. Jadi adakah beliau juga anti hadith? Adakah beliau juga kafir? Jadi berapa ratus ribu orang lagi kita mahu kafirkan?
Baru-baru ini, ketika Ustaz Noor Deros membalas hujahan saya dalam sesi videonya berjudul, Tanda Akhir Zaman & Teori Konspirasi, Menjawab Sdr. Amir Hamzah Akal Ali (Benz Ali)
beliau mengkritik pandangan saya yang mempersoalkan tentang Hadith Lalat riwayat Bukhari yang saya ragukan. Saya membawakan Hadith Lalat tersebut kerana bila ditanyakan (seorang penonton) kepada saya adakah saya menolak atau meragukan hadith-hadith tentang Dajal, saya mengatakan semula, adakah kita mahu terima Hadith Lalat yang juga termasuk dalam hadith-hadith riwayat Bukhari. (Ralat: Hadith Lalat itu nampaknya setelah disemak semula tidak berada di dalam riwayat Muslim, tetapi ada pada riwayat Bukhari)
Ustaz Noor Deros membantah persoalan yang
ditimbulkan saya itu. Baginya, Hadith Lalat itu adalah mukjizat.
Membuktikan lagi kebenaran Nabi saw dan Islam. Dilampirkan kata-kata beliau
(video yang dipetik beliau secara ringkas boleh rujuk di sini)
“..saya (Noor Deros) kata masyaAllah, saya kata hadith ini termasuk dalam mukjizat Nabi Muhammad saw. Bagi sesiapa yang tak percaya, you just google this. Google Housefly dan antibiotics. Kajian-kajian terbaru, awak akan nampak dekat Google berderet. Daripada pengkaji-pengkaji tersohor, daripada institusi-institusi pengkaji tersohor, institusi-institusi pendidikan tersohor dunia ok, mengatakan memang betul. Orang menganggap bahawa lalat ni hanya membawa kuman, tetapi lalat juga membawa antibiotic. Subhanallah, Allahumma solli ‘alal habibi mustofa Muhammad saw. Ini salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw. Brother Benz dalam dia nak menyanggah hadith, sebenarnya dia telah membuat satu blunders yang besar. Itu menunjukkan kehebatan usaha para ulama’- kita dalam menapis hadith Nabi saw. kehebatan usaha ulama’-ulama’ kita rahimullah. Memang banyak hadith-hadith palsu, tetapi banyak juga hadith-hadith sahih. yang diterima sebagai hadith, ini menunjukkan ulama’-ulama’ kita bila menapis, mereka menapis dengan cara yang cukup berdisiplin. Rahimahumullah Jazakumullah khairan jazakumullahu Jannah. Moga Allah memberikan mereka balasan syurga yang tertinggi."
Saya pernah mendengar seorang tokoh Salafi di Malaysia (Dr.) yang cuba mempertahankan Hadith Lalat itu - anggapan saya kini, kerana metod Salafi adalah bersandarkan Hadith, makanya adalah tidak pelik Salafi perlu sedaya upaya mempertahankan hadith tersebut meski ia tidak rasional, tidak waras, tidak ilmiah bahkan tidak saintifik sekaligus jelik sekalipun - menurut Dr. Danial Zainal Abidin, lalat yang dimaksudkan itu adalah lalat di Arab. Makanya, jika benar sekalipun, hadith itu tidak bersifat universal, dan hanya sesuai untuk diminum air yang dimasuki lalat ketika di negara Arab. Jika benarlah seperti apa yang didakwahkan.
Saya bukanlah seorang saintis, atau pakar perubatan. Saya cumalah seorang yang pembaca. Tetapi kita telah diajarkan dari sekolah lagi bahawa lalat adalah serangga yang hinggap di benda kotor dan busuk. Adakah kita boleh telan air yang dimasuki lalat, sedangkan kita tidak tahu lalat itu dari mana datangnya? Mungkin sahaja baru makan tahi, menghurung bangkai dsbnya, kemudian 'termasuk' ke dalam gelas berisi air. Kita tidak memerlukan penaakulan yang amat tinggi untuk mengatakan bahawa air itu sudah tercemar. Mufti Wilayah (lama) mengatakan bahawa ulama' mengatakan bahawa lalat bukan najis. Berdasarkan logika itu, adakah jika nyamuk, labah-labah dan cicak juga termasuk ke dalam gelas berisi air, adakah kita boleh minum? Sedangkan nyamuk, labah-labah dan cicak juga tidak bermain dan makan najis sepertimana lalat. Lalat lebih banyak menghabiskan masanya dengan najis, benda kotor dan busuk berbanding nyamuk, labah-labah dan cicak.
Saya dapati, dalam dua site yang pro kepada Hadith Lalat ini pun meski mengakui kebenaran hadith itu pun, masih ragu untuk mencubanya. Mereka masih menyarankan supaya bekas minuman dan bekas makanan itu ditutup rapi. Saya melihat mereka seperti serba salah antara nak terima atau menolak hadith tersebut.
Saya kemudian bertanya kepada kawan dan kenalan saya yang juga Dr. tentang Hadith Lalat ini.
(1) Daripada Dr.
Nasir Hashim – mantan Pengerusi PSM juga bekas Timbalan Dekan Fakulti Perubatan
UKM, mendapat PhD (International Nutrition) dari Cornell University, New York USA dan juga bekas pensyarah Dept of Community Health Fakulti Perubatan UKM:
"Sdr ku.
Saya cuba baca banyak article.
1. Ada satu research dari Egypt berkenaan kepak
lalat. Kepak kiri ada kuman dan kepak kanan tak ada kuman. Konklusi
sahihkan hadis iaitu satu kepak bawa penyakit dan satu lagi penawarnya.
Mengikut logik kalau satu membawa penyakit dan satu
lagi membatalkannya maka keistimewaan lalat terbatal.
Tidak disebut macam mana serangga yang kotor dan
membawa penyakit ini sungguh berguna kepada manusia.
Secara semula jadi dan logik, binatang atau serangga
yang memakan bangkai yang berpenyakit dan kotor harus ada penawarnya, kalau
tidak sudah lama species tersebut cepat terhapus dan pupus.
2. Demi menjaga kebersihan kita akan buang air atau
buang kesan yang dihinggap lalat kerana membawa kuman dan penyakit. Lalat cepat
bertelur atas makanan dan bangkai.
3. Kajian lain menunjukkan lalat membawa pelbagai
jenis penyakit dan mereka bertindak menghapuskannya.
4. Ada kajian tentang serangga riang-riang (cicadas)
di mana bentuk kepaknya tidak benarkan kuman hinggap. Ini kerana sebahagian
besar hidupnya dalam tanah. Ia keluar semasa dewasa, amat bising, membiak
dan mati dalam beberapa hari
5. Ada kajian lain mengatakan kencing unta bagus untuk sembuh penyakit kerana Nabi rekomen begitu."
Ini pula response dari Dr. Nurhuda Manshoor, PhD dalam Kimia, Sains dan Farmasi. Sekarang bertugas sebagai pensyarah di UiTM:
"Banyak kajian yang dia rujuk itu betul. Tapi tidak
satu pun ada kena mengena dengan mencelup sayap lalat boleh membunuh kuman.
Kuman pula pada kaki lalat, bukan sayap. Ini kalau kita nak ambil secara
literal.
Bila dia kata "hadis ini adalah kenyataan
umum..." dia sudah selamat. Dia nak cakap ini adalah analogi yang
mengatakan lalat ada penyakit dan ada penawar. Banyak binatang lain pun begitu.
Ular ada pencair darah, darah belangkas pun ada kegunaan.
Ini disiplin yang biasa digunakan bila mahu
mengabsahkan dakwaan scripture dengan kajian sains. Lepas tu cakap Quran
mendahului sains. Biasa dah."
Di bawah juga dilampirkan komentar di Youtube Sidang Kalam, yang membalas propaganda mereka tentang 'Mukjizat Pekat Hadith Lalat'.
Komen dari jAcK sParRow
Assuming for a moment bahawa, cakap
Noor Derus ni betul (sebenarnya adalah pure B.S.), tetapi lalat ni juga
adalah mekanikal vektor!
Maksudnya, dia singgah atas tahi,
najis, sampah, longkang semua ... benda2 tu melekat kat badan dia, kaki dia, sayap dia dan sebagainya ... secara fizikal dan mekanikal dia bawak benda2
kotor2 dan hinggap ke atas makanan dan minuman ... kalau celup lalat yang baru
hinggap atas tahi dan najis ke dalam minuman kamu, tahi dan najis itu masuk la
ke dalam minuman itu!
Dah berapa banyak Noor Derus minum
air bercampur tahi dan najis ni?
"The common housefly is a
mechanical vector of transmission of pathogens including parasites, bacteria,
fungi, and viruses. The combination of different methods for control and
prevention or eradication of houseflies should be implemented to stop human or
animal diseases. In high-risk areas health education, proper environmental
sanitation, and personal hygiene are strongly advocated.
"https://bnrc.springeropen.com/articles/10.1186/s42269-019-0111-0
Houseflies (Musca domestica) are
mechanical vectors of Shigella organisms. Seasons during which both flies and
cases of dysentery are prevalent often coincide. Houseflies have an affinity
for human excrement and, as documented by bacteriologic culture of trapped
flies, become contaminated with Shigella organisms following contact with
infected human feces. The inoculum required to transmit shigellosis is only
10-10(2). Since houseflies cohabit with humans, they can readily contaminate
food and eating utensils.
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/1925289/
jAcK sParRow bila disanggah oleh Faishal Azizi yang
pro/hujah Noor Deros, yang mengatakan bahawa apa yang dicakapkan Noor Deros itu bukan Noor Deros yang cakap, tetapi
Nabi yang cakap dan itu hadith sahih, dan adakah kamu menolak hadith, dia
(jAcK) membalas:
1. Hadith ini tidak disaring untuk
"content", hanya disaring untuk rantaian perawi. Kalau si A cakap,
aku dengar dari si B cakap, aku dengar dari si C, cakap aku dengar dari si D
... bahawa Nabi Muhammad cakap sekian2 ... Rantaian ini terputus atau tidak,
ada di antara perawi yang pelupa atau tidak boleh dipercayai atau pembohong
atau pendosa etc. Kalau si D tersalah dengar, dia akan sampaikan apa yang dia
tersalah dengar. Dia tak menipu, dia yakin apa yang dia dengar. Semua perawi
selepas dia pun ulang benda yang sama ...
2. Bukhari sendiri dah reject berpuluh-puluh ribu
hadis atas macam2 alasan ... Adakah Bukhari pun anti hadis?
3. Pemerhatian ke atas tabiat lalat ini adalah common
sense, lalat hingap atas tahi, lalat terbang, hinggap atas makanan atau minuman
... tahi yang dia hinggap tadi, takkan sikit pun tak melekat atas kaki dia,
badan dia, sayap dia ... takkan lalat tu mandi wajib dulu sebelum mai hinggap
atas kebab unta nasi mandi tu? Fakta mudah, lalat adalah vektor mekanikal,
bukan sahaja biologikal ... untuk kata bahawa Nabi Muhammad tak mampu nak buat
pemerhatian mudah ini pun adalah untuk mempersoalkan kebijaksanaan Nabi
Muhammad dan secara langsung menafikan kenabian baginda kerana orang bodoh tak
boleh menjadi Nabi!
Komen dari Shah Esfelazi
"Kajian yang dilakukan Di Mesir menggunakan 4 ekor lalat kau nak percaya ke? Hebat sangat ke pengkaji kat Mesir? Hebat ke perubatan Mesir tuh? Ko dah tengok hospital Mesir. Ada lagi satu kajian orang buat mengatakan lalat adalah pembawa kuman Yang resistant-antibiotik! Lagi gila that means kalau ko telan bakteria Yang dari lalat tuh antibiotic pun takkan sembuh kan ko. Mukjizat celah mana? Ko telanlah lalat banyak2 dan jangan jumpa doktor, bergantung pada mukjizat ko!"
Ada yang mengajak saya bersemuka untuk berdebat dengan beliau. InsyaAllah, suatu hari nanti, selepas 10 siri kritikan terhadap isi-isi kuliah beliau selama ini, yakni dijangka tahun hadapan. Dan bersyarat. Yakni, beliau harus meminum terlebih dahulu air yang dimasuki lalat. Saya akan bawa lalat dari rumah saya dan masukkan ke dalam air. Noor Deros dan ahli-ahli Sidang Konspirasinya harus minum air yang dimasuki lalat itu di hadapan semua hadirin dan hadirat, untuk membuktikan kepekatan mukjizat yang dikatakan.
Wassalam.
Bacaan berkaitan:-
1) https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1431-irsyad-al-hadith-siri-ke-146-hadith-berkaitan-lalat
2) https://www.hafiz.com.my/keajaiban-hadis-lalat-mendahului-kajian-saintifik/
3) https://food.detik.com/info-kuliner/d-5238490/anjuran-rasulullah-saat-ada-lalat-yang-hinggap-di-minuman
4) https://www.google.com/amp/s/www.kompasiana.com/amp/dasam/hadits-sains-lalat-masuk-ke-dalam-minuman_5510fde8a33311273bba9247
5) http://mindasunnah-adamshah.blogspot.com/2011/05/bukti-hadith-mengenai-lalat.html
Comments
Post a Comment