Skip to main content

Posts

Showing posts with the label muslimah

Surat Terbuka Kepada Saudari Maryam Lee

(kenapa kita tidak boleh menghormati pilihan kepercayaan/pakaian seseorang itu?  gambar bukan sekadar hiasan) Oleh: Farahani Husni Saudari Maryam Lee, Sebagai sosok yang popular dengan gerakan feminisme, yang katanya datang dari kumpulan yang mahu mengangkat martabat wanita, tidakkah saudari sedar atau cakna bahawa menjadi golongan yang berhijab di dalam negara inilah yang sering kali didikriminasikan dalam banyak segi? Sejak beberapa tahun lepas saya mengikuti perkembangan saudari membawa ideologi feminisme ini. Saya sebenarnya amat kagum dengan kelantangan dan pemikiran kritis saudari. Kecil, kecil  cili api kata orang-orang tua. Walaubagaimanapun, terus terang saya katakan bahawa saudari ni sebenarnya hanya gemar membuat provokasi terhadap isu-isu yang melibatkan hijab. Dari meletusnya nama saudari berkenaan makan ketika bulan ramadhan (yang saudari ada juga sebut tentang hijab kerana ketika itu saudari masih bertudung) sehinggalah saat sauda...