Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pencinta Wollstonecraft

Rumah Ini Milik Siapa?

(gambar bukan sekadar hiasan) Oleh: Pencinta Wollstonecraft Jadi, di sini kita ditinggalkan oleh nenek-moyang kita persoalan yang amat besar: tanah ini, untuk penduduk asal, atau untuk yang lebih bekerja-keras? Untuk yang konservatif kepada nilai-nilai perenial bangsa, atau untuk yang kreatif sehingga terbuka kepada interpretasi kebangsaan yang lebih segar-universal? Perihal ketuanan ini diangkat dan boleh diraut daripada dua sisi. Sisi pertama, dengan melihat kepada perjalanan sejarah, maksudnya siapa yang paling banyak berkorban demi menjadikannya apa ia sekarang. Sisi kedua, dengan melihat kepada pembaharuan yang boleh dibuat, supaya ia tidak lapuk dan dapat terus hidup dalam kalangan masyarakat lain. Golongan Kanan kerap merunut sisi pertama, mempercayai pengalaman rasial memberi suatu kredibiliti kepada letak-duduk ras-ras sesebuah negara. Mereka percaya bahawa pengorbanan sesebuah bangsa menjustifikasikan superioriti, dan dalam pada itu, menjustifikasika...

Bacaan Hari Selasa Buat Nami Cob Nobbler

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Saya suka melibatkan diri dalam dialog [atau dialektik] filosofi politik, walaupun terpaksa mengaku tidak ada major dalam hal ini. Hei, ini zaman libertarianisme, kan? Semua orang berhak berfikir dan bersuara. Dalam pada itu, terdapat suatu artikel yang limpas di Suapan akaun Facebook saya. Ia artikel yang dikeluarkan oleh portal neokonservatif, tidak lain tidak bukan, The Patriots. Tajuk artikelnya: 'Liberal Di Saat Sakaratul Maut'. Saya bukan liberal, atau konservatif atau sentris. Saya humanis, yang percaya kepada Idea Manusia. Ah, itu kita bahaskan lain kali. Saya teliti satu persatu hujah dan untaian kata penulis artikel, saya fikir ini adalah nukilan yang agak ironi. Pada bahagian akhir, penulis ada mengatakan Orwellian akan tumpas di tangan libertarian. Anehnya, dengan pilihan kata yang fatalistik, penulislah yang lebih bersifat Orwellian. Pertama, penghakiman kepada liberalisme dengan melihat tindakan beberapa li...

Ramadhan di Renungan Rebelionisme (Bhg. 1)

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Saya kira, mitos yang menyatakan kau perlu menjadi seorang fasik (bahkan kafir) untuk menjadi komunis atau rebelis atau anti-establishmen telah lama kita selesaikan. Malah, ada ketikanya, agamalah yang menjadi sumur kekuatan menentang kuasa yang cuba menuhankan diri ('theomorphization') di atas muka bumi. Kita melihat hal ini berlaku pada sirah Nabi Musa a.s, di mana baginda diperintahkan oleh untuk memerdekakan para hamba Fir'aun daripada autoritarianisme Sang Fir'aun yang teokratik (mereka diberi jolokan 'mustadh'afin'). Dari sirah itu juga, kita dididik untuk menggunakan kelembutan dalam menentang kezaliman dan berpegang pada kekuatan dialog; ini suatu tema rebelionisme yang jarang diangkat, dek kerana ramai percaya pada kuasa kelantangan suara. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pula, Baginda sendiri telah mengetuai revolusi kebudayaan yang paling hebat pernah berlaku dalam sejarah. Komodifikasi keimanan ber...

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P...

Falasi Ideologi Kanan Ayman Rasydan (Bahagian 2)

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Kalau pada bahagian pertama kita sama-sama menyelami falasi penulis esei ‘Falsafah Politik Konservatisme’ (FalPoK) dari segi pendekatan analisis Revolusi Perancis serta hujah-hujah substantifnya yang lain, dalam bahagian kedua ini kita akan membedah pula nasib fatal Robespierre, persoalan-persoalan penulis mengenai revolusi serta renungan-renungan penulis mengenai konservatisme, terutamanya sebab-sebab penentangannya terhadap politik Kiri (yang dia labelkan radikalisme - sekali lagi, muslihat istilah yang amat janggal. Kanan tiada radikalisme? Mahu saya sebut?). Sebelum itu, mari kita menyudahkan kritikan-kritikan Burke terhadap revolusi. Pertama, penulis ada menyebutkan serangan revolusioner terhadap institusi tradisional adalah tidak wajar kerana ianya “wujud bersebab”. Pada saya - kalaupun kita menerima hujah ini - ia adalah seperti kata dulang paku serpih. Kerana apa? Kerana penulis sendiri gagal menjustifikasikan pendirian “wujud bersebab” ...

Falasi Ideologi Kanan Ayman Rasydan (Bahagian 1)

Oleh:  Pencinta Wollstonecraft Saya tertarik kepada siri dialektik Kiri dan Kanan yang sedang hangat berlarutan. Yang menarik perhatian saya adalah sisi pembela konservatisme oleh seorang penulis geopolitik yang amat popular. Meneliti butir perbahasannya, saya mula-mula bersetuju, namun renungan mendalam terhadap esei apologetiknya, saya hanya mampu menggelengkan kepala. Esei balas ini bukanlah suatu kritikan, lebih kepada teguran, kerana takut-takut, bila saya katakan ia kritikan, tidak dijumpai pula ia. Masih mencari posisi. Namun lebih baik berkecuali. Sebelum itu, saya kira perlu untuk meletakkan penafian di sini, bahawa saya tidak menyebelahi Kiri; dalam akaun peribadi maya, bukan sedikit persoalan terhadap kiri yang saya hamburkan. Tujuan saya menulis di MurbaReviu kerana ianya platform langsung dalam mendepani esei ‘Falsafah Politik Konservatif’ tersebut. Umumnya, pendirian saya adalah sebagai seorang relativis etis kepada penulisan berkenaan. Apabi...