Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Shari'ati

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...

Kita Harus Mengikuti Jalan Syariati Tetapi Kita Tidak Harus Menjadi Sekadar Pengikut (Temubual bersama Abdulkarim Soroush)

Jun 2008 (diambil dari Dr.Soroush.com) Kita Harus Mengikuti Jalan Syariati Tetapi Kita Tidak Harus Menjadi Sekadar Pengikut Temubual bersama Abdulkarim Soroush Oleh Reza Khojasteh-Rahimi S. Anda adalah salah seorang yang pertama, selepas kematian Dr Syari’ati, tiba di rumah tempat dia tinggal dan melihat wajahnya yang tidak bernyawa sebelum dia akhirnya dibaringkan untuk berehat. Nampaknya anda mempunyai temujanji untuk melihatnya sehari kemudian tetapi kematian telah menghalangnya. Saya ingin meminta anda memulakan dengan memberitahu kami tentang rancangan anda untuk pertemuan yang tidak pernah berlaku itu. J. Dr Syari’ati meninggalkan Iran untuk ke Perancis dan kami mendengar bahawa dia berhasrat untuk pergi ke Britain walaupun ia masih rahsia. Selepas beberapa ketika, kami mendengar dari Encik Minachi, yang merupakan kawan rapat Dr Syari’ati dan yang berada di Britain pada masa itu, bahawa Dr Syari’ati telah tiba dan tinggal di rumah seorang kawan. Kami t...