Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sosialisme

Mengapa Sosialisme Masih Relevan?

Oleh: Zin Mahmud Sosialisme pada waktu ini mempunyai nama buruk bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Walaupun di negara-negara Eropah tertentu, parti yang bernama sosialis atau demokrasi sosial masih boleh meraih undi, jangan harap Parti Sosialis Malaysia (PSM) boleh menang kerusi jika bertanding sendirian. Ini kerana kebanyakan orang bukan saja tidak faham apa itu sosialisme, malah tidak mengenalinya. Untuk memahami apa itu sosialisme, seseorang itu perlu daya intelektual yang lebih daripada kebanyakan orang, Atau sekurang-kurangnya seseorang itu mesti rajin dan minat membaca. Maknanya perlu usaha. Maka tidak hairanlah, orang yang memahami sosialisme adalah golongan ideologi. Iaitu sedikit sebanyak elitis otak. Seringkali orang yang menjadi sosialis adalah mereka yang berminat terhadap kebenaran dan keadilan dan pencarian itu membawa kepada pemahaman ideologi itu. Sementara sebahagian yang mengenalnya lain pula melihat sosialisme dengan penuh kebencian dan penghinaan. Terd...