Skip to main content

Surat Terbuka Kepada Saudari Maryam Lee


(kenapa kita tidak boleh menghormati pilihan kepercayaan/pakaian seseorang itu? 
gambar bukan sekadar hiasan)

Oleh: Farahani Husni

Saudari Maryam Lee,
Sebagai sosok yang popular dengan gerakan feminisme, yang katanya datang dari kumpulan yang mahu mengangkat martabat wanita, tidakkah saudari sedar atau cakna bahawa menjadi golongan yang berhijab di dalam negara inilah yang sering kali didikriminasikan dalam banyak segi?

Sejak beberapa tahun lepas saya mengikuti perkembangan saudari membawa ideologi feminisme ini. Saya sebenarnya amat kagum dengan kelantangan dan pemikiran kritis saudari. Kecil, kecil cili api kata orang-orang tua.

Walaubagaimanapun, terus terang saya katakan bahawa saudari ni sebenarnya hanya gemar membuat provokasi terhadap isu-isu yang melibatkan hijab. Dari meletusnya nama saudari berkenaan makan ketika bulan ramadhan (yang saudari ada juga sebut tentang hijab kerana ketika itu saudari masih bertudung) sehinggalah saat saudari membuat keputusan untuk freehair dan juga isu dihalau dari masjid atas faktor pemakaian saudari yang langsung tidak menghormati rumah ibadah seperti mana saudari boleh menghormati rumah ibadah agama lain (merujuk kepada gambar saudari di sebuah negara luar).

Sebagai wanita yang berhijab, saya sendiri agak berkecil hati dengan kebanyakan kenyataan saudari yang kadangnya agak kontradik dengan apa yang berlaku dalam negara kita lewat hari ini.

Menjadi seorang yang berhijab, kami sebenarnya seringkali dianggap sebagai orang yang lemah, tak cerdik dan kekampungan. I don't mean to offend my dear non-hijabis sisters, we are all women and we have our own strength and beauty inside us. Tapi realitinya saudari Maryam, wanita berhijab biasanya yang lebih cenderung perlu melebihkan usaha untuk buktikan kemampuan diri berbanding mereka yang tidak berhijab. Hal ini menyebabkan peluang kami untuk menceburkan diri dalam banyak bidang terutama dalam sektor swasta agak terbatas. Seperti yang kita dapat lihat dalam laporan Kementerian Sumber Manusia yang menunjukkan 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia telah menetapkan polisi larangan bertudung dalam premis mereka.

Berkenaan PM New Zealand pula, saya tak nampak apa-apa masalah untuk beliau mengenakan hijab bagi menghormati kejadian bunuh yang dah berlaku di negaranya itu. Pada pendapat saya, masalah yang perlu saudari tekankan adalah muslim yang tidak semena-mena menyeru beliau untuk memeluk agama Islam ketika dia cuba untuk tidak memecah belahkan rakyatnya.

Justeru itu, saya berharap bahawa saudari berhentilah meletakkan sentimen kepada masyarakat berkenaan isu hijab ini. Berhijab atau tidak terpulanglah pada pilihan masing-masing seperti mana saudari memilih untuk membuka hijab suatu ketika dahulu. Banyak lagi isu wanita saudari boleh bawa kiranya benar saudari mahu mengangkat martabat wanita di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan pe...

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...

Agama Sebagai Candu Masyarakat

Oleh: Benz Ali Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul, Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat Covid-19. PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat dua. Rakyat berta...