Skip to main content

Kritikan Terhadap Ideologi Kanan, Tulisan Ayman Rasydan



Oleh: Lucy M

Jika ada yang tertanya mengapa hari ini, label Kanan dan Kiri begitu galak naik ke permukaan; apakah ia kerana insiden tembakan di sebuah masjid di New Zealand, tekaan tersebut adalah tepat namun label-label ini mula terpamer di laman-laman sosial setelah jatuhnya rejim Barisan Nasional. 

Ada apa dengan kejatuhan rejim keramat ini?

Kejatuhan rejim Barisan Nasional telah membuka satu lembaran politik yang baharu buat Malaysia. Apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan, yang mana impian ini telah lama diidami oleh kebanyakan rakyat Malaysia; mandat rakyat tidak berjaya dilaksana. Pakatan Harapan dilihat sebagai parti yang berlainan kulit semata tapi isi dan intinya serupa dengan parti pemerintah yang sebelumnya.

Kedua-dua perkara ini mewujudkan satu kemelut. Orang ramai mula bertanya mengapakah Pakatan Harapan mempunyai gerak-geri yang sama dengan Barisan Nasional walaupun sebelum ini mereka bermusuhan? Pada celah kemelut inilah, label Kiri dan Kanan disebut-sebut. Terma-terma asing yang sebelum ini jarang didengari melainkan hanya nama parti semata seperti konservatif, liberal, sosialis, dan anarkis, mula diserap masuk dalam korpus rakyat Malaysia.

Insiden tembakan di New Zealand menghentam kelompok konservatif kerana pegangan sang penembak serupa dengan apa yang dipegangi mereka. Supremasi bangsa yang diimani sang
penembak berderang dekat dengan konsep ketuanan bangsa.

Konservatif yang merupakan golongan Kanan dalam spektrum politik percaya bahawa sistem baru untuk masyarakat adalah tidak mapan dan membahayakan. Mereka percaya tanpa struktur dan sistem tradisional, masyarakat akan hancur lebur.

Pegangan konservatisme ini dimuatkan dalam satu artikel di laman portal The Patriots, salah satu kelompok Kanan di Malaysia yang menyebut, usaha-usaha untuk mendirikan revolusi tidak akan berjaya kerana ia terlalu keras dan radikal. Revolusi sering saja memakan darah yang sangat banyak.

Gagasan Kiri yang merupakan lawan kepada setiap tunjang pemikiran kaum Kanan tidak mengimani sistem sosial yang berdasarkan hierarki. Golongan Kiri percaya kepada kesamarataan dalam apa hal sekalipun bukan saja pada ruang untuk mengundi tetapi juga soal pendapatan dan hak untuk hidup. Sistem sosial berasaskan hierarki dilihat hanya menguntungkan orang-orang yang mempunyai status quo. Para pemerintah yang berada di tingkat atas hierarki seringkali beroleh laba dan keuntungan dari sistem yang dijalankan dan menyebakan gaya dan corak hidup setiap individu berbeza. Ada yany hidup miskin dan melarat sementara ada yang hidup semewah-mewahnya.

Di dalam artikel tersebut yang melawan usaha revolusi- dinyatakan peristiwa-peristiwa revolusi seperti yang berlaku di Perancis akhirnya gagal bertahan kerana gagasan Kiri yang cuba dipraktikkan tidak sesuai untuk masyarakat.

Membawa argumen ini dalam konteks negara Malaysia, harus kita memandang jauh ke belakang sejarah. Sebelum kerajaan Pakatan Harapan menjadi pemerintah, siapakah yang menjadi kerajaan? Ya, UMNO. Di dalam spektrum politik, UMNO adalah sebuah parti Kanan yakni mengamalkan konservatisme. Persoalannya, apakah ia baik untuk masyarakat?

Sudah pastilah, konservatif akan bersilat dan meloncat melindungi diri mereka dengan mengatakan bahawa konservatisme yang dibawa oleh parti UMNO bukanlah konservatisme yang sebenar. Konservatisme yang sebenat tidak akan membawa kerosakan yang dibawa oleh parti UMNO.

Mekanisme perlindungan sebegini dipakai oleh semua golongan dalam spektrum politik yang menunjukkan kita seringkali cuba untuk melindungi idea. Jika konservatisme bawaan UMNO bukanlah konservatisme yang sebenar, maka adalah masuk akal juga untuk golongan Kiri mengatakan sosialisme kendalian Stalin bukanlah sosialisme yang sebenar.

Namun, apa yag berlaku, dakwaaan ini tidak diterima. Gendang terus dipalu mengiringi perang propaganda. Revolusi yang digerakkan oleh mana-mana kelompok sosialis akan sering menghirup darah orang kebanyakan kerana pada satu revolusi yang pernah berlaku atas nama sosialisme, banyak darah yang terlah tertumpah.

Golongan Kanan berpendapat bahawa idea-idea memodenkan sistem sosial seperti menghapuskan feudalisme yang bertunjangkan hierarki menyalahi kontrak sosial yang dianggap mengandungi hikmah dan kebjiaksanaan orang dulu-kala dalam melindungi keamanan masyarakat dengan mewujudkan satu pemerintah tunggal yang mempunyai kuasa mutlak. 

Yang tidak dinyatakan sekali adalah, bagaimanakah sistem ini didakwa yang paling bijak dan berhikmah dalam mewujudkan keamanan sedangkan sistem feudalisme juga tertubuh bukan dengan dialog dan syarahan semata namun dengan kekuatan militari sang raja yang berjaya menundukkan sesiapa yang ingkar. Keamanan, boleh dikecapi dengan pelbagai cara seperti pengagihan kuasa yang adil dan saksam kepada semua orang dan juga pengaliran sumber yang lebih manusiawi namun keamanan lebih mudah terbentuk apabila kuasa militari melingkari suara-suara bantahan. Antara mahu dan tidak, jika bantahan ini kecil dan lemah, mereka akhirnya akan mengangguk dan lama-kelamaan akan menghilang. Jika itu adalah keamanan, golongan konservatif harus menyemaknya semula.

Kejatuhan negara-negara yang cendeeung kepada sistem politik Kiri bukanlah kerana mereka gagal dalam menguruskan sumber apatah lagi tidak dapat membendung naluri manusia yang sering egois dan tamak, tapi kerana para musuh mereka melakukan bermacam hal untuk memastikan revolusi tidak bertahan lama. Sekatan ekonomi akan dilakukan dan pada masa yang sama juga, penyaluran dana dan sumber manusia akan dibawa masuk ke dalam negara tersebut untuk menyalakan kekacauan. Negara-nwgara tersebut dianggap tidak demokratuk padahal merekalah yang cuba memberi ruang dan peluang kepada  setiap warga pada setiap peringkat dan lapisan untuk menghidupkan demokrasi berbanding negara-negara yang mengamalkan konservatisme di mana keputusan diputuskan oleh kaum oligarkis.

Sekeras apa pun konservatif mengelak dari dianggap sebagai pencetus rasisme, perbalahan kaum tercetus apabila status quo tidak mahu ditanggalkan dari terus dipakai oleh sebilangan orang sahaja.

Status quo ini umpama tangkal dan azimat. Ke mana pun kita berjalan, selagai mana kita memakainya, ada satu imuniti yang terpancar dan bersinar. 

Status quo dipakai oleh orang-orang besar agar mereka sering berada di atas tangga hierarki. Bagi memastikan mereka didukungi oleh rakyat bawahan, cahay status quo ini dilimpahkan sedikit kepada masyarakat bawahan agar ia turut melindungi diri mereka. Tidaklah mereka terancam dengan keburukan ekonomi dan akan sering didahulukan dalam apa perkara jua sekalipun.

Namun, tangkal juga punya kelemahan. Pada sesetengah masa, ia tidak akan berfungsi. Dan ketika itu berlaku, perbalahan antara kaum yang mempunyai status quo dan yang tidak memilikinya akan tercetus. Sikap prejudis pantas terbentuk. Perebutan akan berlaku.

Maka, sistem tradisional ini juga sebenarnya tidaklah mampu dan berupaya memelihara masyarakat. Sumber yang hanya dimiliki oleh sesetengah orang sahaja adalah satu bentuk ketidakadilan. Dan terbukti di mana-mana pun, di mana ada ketidakadilan, perlawanan akan tercetus.

Jadi, bukanlah golongan Kiri begitu mendahagakan darah, akan tetapi sistem konservatismelah yang mencetusnkan perlawanan untuk pergi sedemikian jauh. Dakwaan-dakwaan mereka bahawa idea pemodenan yang dibawa oleh liberal yang turut didukung sebahagiannya oleh kaum sosialis dan anarkis seperti hak individu untuk hidup tanpa diskriminasi ke atas gender dan seksualitas akan mencemari masyarakat adalah satu bentuk untuk menjauhkan masyaarkat dari mendapatkan kuasa politik ke atas diri masing-masing. Kerana jika kiasa politik individualis ini sudah dimiliki mereka, tiada gunalah lagi sistem feudalisme yang menekankan konsep monarki sebagai kedaulatan masyarakat dan penyuluh kehidupan. Dukungan yang mereka miliki selama ini akan terbubar denagn sendirinya dan ia tidak akan berakhir dengan baik.

Revolusi yang berlaku di Eropah menginspirasikan masyarakat Nusantara untuk mengecapi perkara yang sedemikian rupa seperti kebebasan untuk tidak dikekang oleh mana-mana institusi yang mengawal kehidupan tanpa perbahasan yang rasional. Banyak revolusi yang lebur kerana diasak kanan dan kiri namun ia tidak bermakna idea yang dibawa adalah sesuatu yang salah.

Yang menentukan salah dan betul selalunya adalah mereka yang berautoriti. Maka harus dipertanyakan sekali lagi, apakah konservatif mahu membawa hikmah dan kebijaksanaan kepada masyarakat melalaui sistem mereka yang tempang dan lompong atau hanya sekadar mahu menjaga mantel autoriti?

Comments

  1. Aku dah cuba baca sampai habis, artikel ini dan artikel ayman
    1. Artikel Ayman, mudah straight to the point walaupun pd aku yg tak mengikuti spektrum politik kiri kanan sebelum ini.
    2. Aku baca artikel ini dgn harapan dpt jumpa point utk kritikan sebagaimana di tajuk. Ada jugak, tp meleret2 sampai aku kabur dgn hala tuju, dah macam gaya politician ceramah.
    3. Even kalau ko cuba nk terangkan point ko, ianya tak jelas, bukti dan sandaran tak kemas dan cukup
    4. Ringkasnya, ianya umpama cakap2 utk menegakkan kesamarataan golongan kiri tanpa dokongan yg kuat.
    Terima kasih, usaha yg baik anyway.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang