Skip to main content

Pelampau Kanan di Balik Nama Patriots



Oleh: Naim Fahmi

Dunia juga sedang memberi tumpuan kepada Australia walaupun Tragedi Masjid Al Noor itu berlaku di NZ. Selain sebab pelaku keganasan tersebut adalah warga Australia, negara tersebut dilihat mempunyai gerakan-gerakan yang berpotensi melahirkan lebih ramai individu pelampau sayap kanan.


Sebenarnya ramai masyarakat Australia sendiri sangat terkesan dengan insiden di NZ, seolah-seolah tragedi itu berlaku dalam negara mereka. Lebih-lebih lagi dalam kalangan grup sivil, pro-multiculture, sosialis/trade union dan Antifa yang selalu bertempur dengan pelampau sayap kanan yang rasis dan anti-migran. Saban tahun, selalu berlaku pertembungan dua fraksi jika ada protes anti-migran mahupun anti-xenophobia di jalanan.


Ada beberapa grup pelampau sayap kanan yang berpengaruh di Australia yang sangat anti-migran, sudah tentu, terutamanya terhadap Muslim. Grup yang menonjol di Australia dalam beberapa tahun belakangan ini adalah Patriots Defence League Australia (PDLA) atau nama asalnya Australian Defence League (ADL) yang berjaya menggabungkan nationalist dan neo-nazi ke dalam gerakan protes Reclaim Australia.


Satu lagi grup adalah United Patriot Front (UPF) yang diasosiasikan oleh neo-nazi dan fundamentalis Kristian (haraplah dua tiga ketul The Patriots tak datang claim nama patriot dan bawa kawan untuk butthurt beramai-ramai macam itu hari). Sebenarnya UPF adalah serpihan Reclaim Australia sendiri. Mereka dipercayai membina jaringan dengan banyak gerakan pelampau sayap kanan di serata dunia seperti Son Of Odin, Proud Boys dan lain-lain.


Tuntasnya, dengan penyertaan ramai neo-nazi ataupun neo-fascist dalam grup-grup ini, mereka dilihat sebagai pengusung gerakan white-supremacist dan local far-right yang sangat berpengaruh di balik gelaran ''Patriots", "True Aussie", “True Blue" dan sebagainya. Mesti ramai lagi manusia seperti Brenton Tarrant bersarang dalam grup-grup ini.


Ada juga grup lebih kecil seperti Antipodean Resistance (AR) dan True Australian Patriots. AR adalah grup neo-nazi paling keras sebenarnya walaupun mereka tak berpengaruh seperti UPF dan berada dalam perhatian unit counter-terrorist kerana mempunyai kecenderungan terrorisme. True Australian Patriots pula gerakan anti-makan halal. Grup ini bigotry entah apa-apa dengan slogan "Never eat Kababs". Pasal "Kababs" (kebab) ini dianggap simbol makanan halal orang Turki dan Arab.





Reclaim Australia paling bertanggungjawab menghasut islamofobik, kononnya akan ada ancaman "Islamic barbarity" dan "Islam extremism". Ironinya, mereka juga pernah menghasut kempen "Hinalah Muslim lima kali sehari jika anda mahu". Sementara UPF terkenal dengan aksi-aksi provok terhadap komuniti Muslim dengan acara riot dan boikot. UPF siap tubuhkan “fight club” bernama Lads Society, yang menjadikan Antipodean Resistance (AR) dan Son of Odin sebagai regu mereka dalam menjalankan kegiatan “fight nights”.


Sebelum Eggboy tepek telur atas kepala Senator Anning, grup-grup anti-fasis memang menggunakan telur, selain menggunakan kayu dan batu untuk menyerang grup-grup pelampau sayap kanan yang selalu menekan migran. Dua fraksi bertentangan ini dah macam anjing dengan kucing yang tak boleh bertembung. Ambulans dan polis mesti dah sedia awal kalau depa dapat tahu kedua-dua fraksi ini akan turun di tempat yang sama.


Pada tahun 2015, UPF bertindak memprotes pembinaan masjid di Bendigo. Ada yang ditahan kerana membawa obor api. Tahun 2016 pula, ada insiden Coburg Clash sehingga wujud larangan memakai topeng semasa berhimpun. Begitulah tahun-tahun berikutnya, aksi-aksi massa berhubung isu migran, Muslim dan ras selalu mewarna isu-isu semasa. Bukan sedikit harta benda awam yang rosak semasa pertembungan.


Awal tahun ini pun ada satu pertembungan antara UPF dengan anti-fasis di St. Kilda Beach Melbourne. Protes UPF pimpinan Blair Cottrell di pantai tersebut dianggap terlalu melampau dengan adanya hasutan kebencian kaum dan ugutan secara terbuka. Protes ini asalnya nak rebut semula pantai berkenaan dari kelompok Afrika, tapi tak semena-mena ada mock yang melakonkan aksi penyembelihan manusia sambil melaungkan takbir.


Cottrell juga bertanggungjawab mengancam untuk mengulang semua tragedi perkauman Cornulla Riot 2005, iaitu satu tragedi perkauman yang besar di Australia. Akhirnya, autoriti Australia terpaksa memberi pendakwaan hate-speech buat pertama kali dalam sejarah kepada warganegaranya, iaitu terhadap Cottrell sendiri. Lagipun dia dah banyak kali buat kontroversi yang berbahaya.




Lucunya, Senator Anning turut hadir dalam protes di St. Kilda Beach dan berucap, walaupun dia kata pada media yang dia tak setuju pun dengan UPF ini. Padahal Senator Anning selalu memberi nada prejudis yang sama terhadap migran, lebih-lebih lagi setelah dia mencadangkan "Final Solution" yang kontroversi di Australia. Barangkali dari sini titik tolaknya. Ngam pula timing Senator Anning beri komen tak patut tentang Tragedi Masjid Al Noor. Mungkin sejak itu ramai lagi Aussie yang dah lama menyimpan hasrat untuk tepek telor atas kepala senator tersebut dan puak-puak kanan yang rasis lain.

Hari ini, dah genap seminggu tragedi, kita masih dapat lihat grup-grup anti-rasis dan anti-fasis sedang bersolidariti dan bersiaga akan kemungkinan sekali lagi serangan gila pelampau sayap kanan. Mereka percaya, selagi ada hasutan kebencian kaum dan kegiatan menakut-nakutkan penduduk tempatan dengan kempen islamofobia, maka tragedi akan sampai pada bila-bila masa sahaja. Boleh cari sendiri laman-laman sosial milik kedua-dua fraksi, lihat bagaimana mereka saling berlawan propaganda.




Kita dari jauh hanya mampu bersolidariti dan berdoa supaya tragedi ini tak berulang di mana-mana. Moga-moga Muslim dan semua migran berada dalam lindungan sentiasa. Dan berdoa agar kita semua bangsa manusia diberikan kekuatan untuk mendidik dan melawan hasutan rasisme, islamofobia mahupun xenophobia di seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan pe...

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...

Agama Sebagai Candu Masyarakat

Oleh: Benz Ali Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul, Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat Covid-19. PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat dua. Rakyat berta...