Skip to main content

Posts

Anarkisme dan Penyelewengan The Patriots

Oleh: Lucy M Penyelewengan yang dilakukan oleh The Patriots berkenaan definisi Anarkisme adalah antara penyelewengan yang terbesar dalam sejarah penyelewengan. Ini gua sunting terus dari status Yuva Balan mengenai penyelewangan Hisham Rais mengenai sosialisme baru-baru ini. Sebelum ini salah seorang dari ahli TP, menginginkan untuk reforming Capitalism. Hari ini pula salah seorang dari mereka membubuh terma Anarchist-Patriotism. Ewah ewah. Sedap mulut betul. Tapi ni la yang gua duk fikir. Kenapa tak ada lagi orang muda yang ketawa-ketawakan TP ni macam kita ketawakan kabinet menteri? Padahal dua kelompok ini juga menjunjung fahaman dan gagasan yang sama. Kapitalisme, nasionalisme dsbg. Kenapa tak ada lagi orang nak buh gambar troll ahli TP ni macam kita buat ke atas kabinet menteri? Pertama sekali bila ada suara yang kuat macam TP ni orang duk buat-buat tak nak endah dan nampak sangat. Sebab TP walaupun melencong dan menyeleweng apalagi menyokong kebatilan yang jelas, d...

Penulis Pelacur dan Sarjana Upahan

"Sentimen kebangsaan, imperatif kuasa dan pelbagai kepentingan boleh dengan mudah mengaburi mata intelektual, sama ada menjadikan mereka apologis rejim yang zalim atau menjadi minda upahan kelompok yang bergerak untuk mencapai agenda tersendiri di mana-mana pihak. "..Kejujuran intelektual amat mudah disebut, sama mudahnya dengan seseorang intelektual tergelincir dari jalan yang benar kerana pelbagai faktor, daripada ego peribadi hingga kepada kepentingan-kepentingan lain." (Haris Zalkapli dalam Politik Pop pada esei, Intelektual, Politik dan Minda Upahan) Ada banyak hal yang perlu dilakukan sekarang. Di ranah yang kekeringan aktivis, ketandusan idea, intelektual yang tidak mahu turun bekerja dan oportunis yang membiak sebanyak-banyaknya, kerja menjadi sangat banyak. Tetapi hal ini jika tidak ditulis, ia akan membiak dan mewabak tanpa henti. Maka tidak dapat tidak, hal mustahak sebegini haruslah dipukul. Penulis pelacur dan sarjana upahan sebegini sangat hand...

Mazhab Pendidikan Kaum Tertindas

Adalah sebuah mazhab pendidikan yang memfokuskan pada pemberdayaan (empowerment) pendidikan (education-pedagogy) dan kesedaran (consciousness) / pencerahan (enlightenment) untuk kaum tertindas (for the oppressed). Mazhab ini yang memuat rumus – rumus dari pendiri pemikiran pemberdayaan orang – orang tertinas seperti Paulo Freire, Henry Giroux, Antonio Gramsci, Paula Allman, Mazhab Frankfurt, Asghar Ali, Ali Syari’ati, Agus Nuryatno, Eko Prasetyo, dll. Mazhab ini mengemukakan konsep, KITA HARUS BELAJAR APA YANG KITA PERLU, dan APA YANG KITA MAHU. Bukan kita menjadi kuda tunggangan atau lembu pembajak mana-mana pihak yang belajar menurut apa yang "mereka perlu" atau apa yang "mereka mahu". *"mereka" di sini merujuk kepada ibu bapa, guru, tuan tanah, pemaju, pemodal (tuan punya kapital) majikan, sultan, pengusaha, penguasa, daulah, negara dll. Mazhab ini merayakan kebebasan untuk berpendapat, dan melindungi suara minoriti berbeza. ...

Ketidakyakinan Pak-pak Menteri Terhadap Bahasa Melayu.

Oleh: Benz Ali Terbaru Malaysia menjadi laughing stock sekali lagi apabila Menteri Pertahanan Malaysia, iaitu Mat Sabu berucap di Shang-ri La menggunakan Bahasa Inggeris. Selain latar belakang beliau yang tidak sebanding dengan rakan-rakan sejawatnya yang lain untuk memegang posisi strategik itu, beliau juga selalu diperbandingkan dengan menteri-menteri pertahanan sebelum itu. Sebelum dari itu, apa yang berlaku kepada Mat Sabu itu tidaklah harus melupakan kita kepada apa yang telah berlaku pada   (Dr.) Ahmad Zahid Hamidi juga ketika berucap UNGA (General Assembly Of The United Nation) i ni lebih memalukan kerana beliau bergelar “Dr.” Komen Lione Wan, seorang netizen di Youtube pada ucapan beliau itu menarik untuk diperhatikan, “ sound like he is out of breath in the beginning. I can sense he is having stage fright early. He is much smoother as later on. need to take classes on speech if he wants to public speak in English. However I still think speaking in mo...

Ramadhan di Renungan Rebelionisme (Bhg. 1)

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Saya kira, mitos yang menyatakan kau perlu menjadi seorang fasik (bahkan kafir) untuk menjadi komunis atau rebelis atau anti-establishmen telah lama kita selesaikan. Malah, ada ketikanya, agamalah yang menjadi sumur kekuatan menentang kuasa yang cuba menuhankan diri ('theomorphization') di atas muka bumi. Kita melihat hal ini berlaku pada sirah Nabi Musa a.s, di mana baginda diperintahkan oleh untuk memerdekakan para hamba Fir'aun daripada autoritarianisme Sang Fir'aun yang teokratik (mereka diberi jolokan 'mustadh'afin'). Dari sirah itu juga, kita dididik untuk menggunakan kelembutan dalam menentang kezaliman dan berpegang pada kekuatan dialog; ini suatu tema rebelionisme yang jarang diangkat, dek kerana ramai percaya pada kuasa kelantangan suara. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pula, Baginda sendiri telah mengetuai revolusi kebudayaan yang paling hebat pernah berlaku dalam sejarah. Komodifikasi keimanan ber...

Gambar-gambar Iftar Murba (Berbuka Bersama Mustadh'afin)

Anjuran Parti Murba, Kuliah Buku, Republik Buku dan Mustadh'afin Institute. Pada 18hb 5. Tujuan melakukan aktiviti julung-julung kali ini adalah untuk menyingkirkan penyakit individualisme yang makin membarah dalam masyarakat kita.

Kekacauan Hujah Maza dalam Pendirian Beliau tentang Syi’ah.

Oleh: Benz Ali Dr. Maza tidak dinafikan lagi seorang agamawan yang oportunis. Naik kerana kedekatan hubungan akrabnya dengan Shahidan Kassim, dan kuatnya beliau merapati (baca: menjilat) Dr. Mahathir sampai terbaru, beliau ‘dipekakkan’ oleh orang yang kuat dijilatnya. Dalam klip video sekitar 20 minit yang disiarkan di Pro Media Tajdid, kita dapat menyaksikan bagaimana beliau keliru antara pemerintahan Islam yang authoritarian dan pemerintahan sekular. Beliau sangat berpaut dengan pemerintahan Islam yang authoritarian dalam hujahnya yang dimulakan pada minit 1:07, iaitu di mana beliau nampak sangat bergayut atau berharap pada institusi atau jabatan agama menahan orang-orang Syi’ah. Pada minit 1:25, kekacauan beliau makin bertambah apabila beliau mengatakan bahawa ambassador negara Barat menanyakan kepada beliau, bukankah beliau (Maza) seorang yang terbuka, “you are democratic person, why you cannot degree to have differences like Syi’ah and whatever..,”. Pada p...