Skip to main content

Ramadhan di Renungan Rebelionisme (Bhg. 1)


Oleh: Pencinta Wollstonecraft


Saya kira, mitos yang menyatakan kau perlu menjadi seorang fasik (bahkan kafir) untuk menjadi komunis atau rebelis atau anti-establishmen telah lama kita selesaikan. Malah, ada ketikanya, agamalah yang menjadi sumur kekuatan menentang kuasa yang cuba menuhankan diri ('theomorphization') di atas muka bumi.

Kita melihat hal ini berlaku pada sirah Nabi Musa a.s, di mana baginda diperintahkan oleh untuk memerdekakan para hamba Fir'aun daripada autoritarianisme Sang Fir'aun yang teokratik (mereka diberi jolokan 'mustadh'afin').

Dari sirah itu juga, kita dididik untuk menggunakan kelembutan dalam menentang kezaliman dan berpegang pada kekuatan dialog; ini suatu tema rebelionisme yang jarang diangkat, dek kerana ramai percaya pada kuasa kelantangan suara.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pula, Baginda sendiri telah mengetuai revolusi kebudayaan yang paling hebat pernah berlaku dalam sejarah. Komodifikasi keimanan berjaya dihapuskan, dengan keruntuhan Latta, Uzza dan Manar, serta ratusan berhala lain di sekitar Kaabah.

Baginda mengembalikan hak wanita untuk menimba ilmu, untuk memilih untuk tidak dipaksa nikah, untuk membai'ah dan untuk tidak dibunuh di hari pertama mereka melihat dunia.

Begitu juga dengan sistem penghambaan; mereka yang mentohmah bahawa Islam agama kuno yang menggalakkan penghambaan, barangkali tidak pernah meneliti bagaimana penghambaan dijalankan pasca kerasulan Baginda.

Bagaimana majikan diperintahkan untuk memberi makan kepada hamba masing² apa yang dia suapkan ke mulutnya sendiri; bagaimana hamba digalakkan menimba ilmu; bagaimana hamba diharamkan daripada disakiti; bagaimana hamba juga dipakaikan pakaian yang sedarjat dengan tuannya; bagaimana si tuan dijanjikan ketakwaan jika melepaskan hambanya dan bagaimana si hamba digalakkan memerdekakan diri setelah ia benar² bersedia.

Ringkasnya, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w bukan hanya mengangkat darjat Baginda, bahkan darjat umat Jazirah Arab, seterusnya martabat manusia, seperti yang telah direkodkan oleh almanak sejarah dunia.

Semangat pembebasan ini, 'al-huriyyah', sangat mengesan dan menjadi darah yang berdetak di urat nadi umat Islam sejak sekian lama, malah sampai ke dunia moden. Sentimen menuhankan yang layak dituhankan -- 'laa ilaha illallah' -- menjadi tema dan motivasi melawan kedurjanaan autokrasi manusia.

Di Asia Barat, Islam telah menjadi tangan yang memalu gerakan Pan Islamisme dan dekolonialisasi melawan kuasa Eropah. Di Asia Tengah, sosok seperti Muhammad Iqbal mengepalai intelektualisasi yang membugarkan fikrah umat.

Di Asia Utara, siapa tak kenal dengan Malik Bennabi dan Ali Shariati, dua tokoh revolusioner yang secara gradual membebaskan sikap meredhakan pengeropahan oleh rakyat negara masing².

Di Asia Timur, semangat Pan Islamisme merayap dan membakar jiwa masyarakat tempatan untuk tidak diperhamba oleh manusia bermata biru, yang telah ratusan tahun mengibarkan panji 'Gold, Glory, Gospel' mereka.

Pokoknya, secara objektifnya, agama Islam telah berkali² membuktikan keperkasaannya dalam mengembalikan manusia kepada hakikat kehambaan sebenar, dengan jalan intelektualisme, dan jika terdesak kepada jalan peperangan, mengajar etika peperangan yang jelas.

Lalu, ke mana semangat 'al-huriyyah' ini?

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan pe...

Penulis Kena Jadi Pelacur

(gambar tidak ada kena mengena, hanya slide show sahaja yang ada kena mengena) Oleh: Benz Ali Untuk menjadi popular, buku laku keras, evergreen, nama disebut-sebut, penulis harus jadi pelacur. Dia mesti sanggup untuk melondehkan apa sahaja, membuat apa sahaja yang diminta oleh pelanggannya. Dia tak perlu memikirkan apa-apa pegangan, baik Kiri, Kanan, Depan, Belakang, Atas, Bawah. Dia tak perlu memikirkan apa-apa hujah moral, ideologi mahupun agama. Yang penting, untuk menjadi viral atau terkenal di langit, dia mesti jadi pelacur. Dia tak perlu memikirkan tentang syariah-compliant, syariah-gimnastik, syariah law dsbnya. Itu bukan kerjanya langsung. Itu kerja PAS. Ya, PAS yang harus fikir soal itu. Sementara persoalan yang dia harus fikir, adalah tentang bagaimana nak mencari duit dengan banyak, dan popular dengan cepat. Maka kerana itu penulis harus jadi pelacur. Persoalan ini adalah persoalan fundamental. Tiada yang paling asasi, melainkan persoalan...

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...