Skip to main content

Anarkisme dan Penyelewengan The Patriots



Oleh: Lucy M
Penyelewengan yang dilakukan oleh The Patriots berkenaan definisi Anarkisme adalah antara penyelewengan yang terbesar dalam sejarah penyelewengan. Ini gua sunting terus dari status Yuva Balan mengenai penyelewangan Hisham Rais mengenai sosialisme baru-baru ini. Sebelum ini salah seorang dari ahli TP, menginginkan untuk reforming Capitalism. Hari ini pula salah seorang dari mereka membubuh terma Anarchist-Patriotism.
Ewah ewah. Sedap mulut betul.
Tapi ni la yang gua duk fikir. Kenapa tak ada lagi orang muda yang ketawa-ketawakan TP ni macam kita ketawakan kabinet menteri? Padahal dua kelompok ini juga menjunjung fahaman dan gagasan yang sama. Kapitalisme, nasionalisme dsbg. Kenapa tak ada lagi orang nak buh gambar troll ahli TP ni macam kita buat ke atas kabinet menteri?
Pertama sekali bila ada suara yang kuat macam TP ni orang duk buat-buat tak nak endah dan nampak sangat. Sebab TP walaupun melencong dan menyeleweng apalagi menyokong kebatilan yang jelas, dorang semua buh hujah sedap. Sampai anak tekak para anak muda oposisi terkecut tenggorokannya mahu meneriak.
Inilah kekuatan hujah yang sedap. Adanya dukungan dari buku dan kitab serta semak silang ilmu yang walau tak menyeluruh mana pun, orang tak dapat nak ambil mudah sangat sebagimana orang ambil mudah kabinet menteri.
The real deal ialah kelompok kolektif macam TP ni la di tanah seberang ideologi. Pemerintah mendapat suaranya melalui dukungan sebegini kerana apa yang mereka lakarkan dan siulkan mampu menyakinkan musuh dan menewaskan lawan.
Siapa pun yang mengatakan apa pentingnya asyik berlawan hujah dan kritikan yang keras dan kritikal haruslah mengimbas TP dan kelompok kolektif lain yang berteras seperti mereka.
Memang sungguh mudah menganjing seorang Ahmad Maslan sekiranya beliau mengucapkan sistem ekonomi hari ini yang merujuk kepada kapitalisme harus diperbaiki sahaja dan bukannya diubah total.
Tapi kalau Ayman Rasydan Wong yang katakannya dengan terma reforming Capitalism, adakah akan masih ada anak muda yang akan kekal lantang dan garang lolongannya seperti mana dirinya meneriak seorang Ahmad Maslan yang kelakar dan penuh dengan jenaka?

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan pe...

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...

Agama Sebagai Candu Masyarakat

Oleh: Benz Ali Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul, Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat Covid-19. PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat dua. Rakyat berta...