(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?)
Oleh: Benz Ali
Kekeliruan pelopor baru
mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor
Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga
diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri
is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan
seterusnya.
Ini adalah sesebuah
kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z.
Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka
itu tidak dapat diubati lagi.
Tidak ada masalah jika
mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang
betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak
dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus
diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik
makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang sumbangan Komunis baik di
Malaysia juga di dunia umumnya, seperti Cuba, China, Venezuela dll. Maka
artikel kita itu barulah boleh disifatkan jujur dan mempunyai nilai-nilai
idea-akademia, bukan bersifat cheap shot atau propaganda murahan.
Tidak ada masalah
mengkritik-menghentam-memukul mati PKM (kerana saya bukan pro/orang/bahkan
mengkaji PKM, jadi tiada keperluan untuk saya mempertahankan PKM) tetapi jika
saudara/kita jujur, sebutkan juga tentang PKC (Parti Komunis China) yang
mentadbir China, yang dari zaman Tun Razak dulu kita (Malaysia, di bawah
UMNO-BN sampailah ke Najib) membina hubungan baik, bahkan pedagang-pedagang
online kita juga banyak berurusniaga (memborong) dengan mereka-China (China
mainland ya, bukan Cina di Malaysia). Boleh, tak ada masalah, yang baik
diambil, yang buruk dibuang. Benar itu. Tepat sekali. Sikap yang baik, sikap
yang benar. Tapi jujurlah.Takkan tidak ada satu pun benda yang baik dari
mereka? Jika ada, akuilah. Jangan sembunyikan. Jangan menipu. Jangan membohong.
Jangan menimbulkan fakta murahan. Tak suka, tiada masalah.
PFLP
tanya Ayman, ‘apa khabar?’
Dalam tulisan Ayman Rasydan
terbaru (22hb 9) iaitu 15 jam dari tempoh artikel balasan ini ditulis, beliau
menuliskan,
Ye, Zionis pun ada banyak ragam juga. Kahol Lavan ialah parti "centrist" (tengah) atau "centre-left" yang condong ke kiri sikit. Manakala Likud ialah parti "centre-right". Dalam konteks politik Israel, kiri ialah mereka yang lebih liberal dalam soal hubungan Israel-Palestin, manakala kanan merujuk kepada mereka yang lebih konservatif, nasionalis dan "hardline" dalam mempertahankan kepentingan negara Israel.
Ini benar. Dia cuba
menyangkutkan konteks. Tetapi saya mempunyai kepercayaan bahawa beliau (Ayman)
mempunyai niat lain juga iaitu memojokkan Left/Kiri sebagai Zionist. Jika
dibaca struktur tulisan Ayman dengan berhati-hati, kita akan cermat mendapati,
Zionis liberal/kiri menganggap "two-state solution" (mengiktiraf Palestin sebagai negara) akan menjamin keselamatan orang Yahudi, manakala Zionis ultra/kanan pula menafikan kewujudan Palestin sebab mereka anggap seluruh Palestin ("Eretz Yisrael") adalah hak mereka yang diberi oleh Tuhan. Malah Zionis ultra/kanan juga melihat orang Arab dalam Israel sebagai musuh dalam selimut yang lebih setia kepada Palestin.
Zionis liberal/Kiri iaitu
Zionis itu liberal dan liberal = Kiri.
Tapi kalau Gantz bergabung dengan parti-parti Arab dan parti-parti Zionis kiri sekali pun, masih tak dapat capai nombor sakti 61. Ini menjadikan parti Yisrael Beiteinu pimpinan Avigdor Lieberman sebagai "kingmaker".
Akhir sekali, parti-parti
Zionis kiri. Nampak tak permainan propagandis murahan ini?
(yang italic dan bold itu
tulisan Ayman, yang dalam underline itu kesimpulan saya)
Ya. Sememangnya dia ada juga
mengatakan Zionis juga ada Kanannya. Dan sememangnya pun! Zionis itu
sememangnya far-right. Zionis itulah konservatif sepertimana alirannya dan
kumpulannya itu. Zionis itulah Konservatif seperti yang kumpulannya berbangga
bahawa konservatif itu good dan cool! Bagaimanapun kita tak mahu peduli soal
Kanan-Konservatif itu di artikel ini. Itu kita bahas di artikel lain.
Bagaimana pula dengan
kumpulan militant Kiri dari Palestin iaitu PFLP (Palestinian Front Liberation
People) yang berhempas-pulas bermati-matian, yang mana raison d’etre mereka
untuk memusnahkan Zionism dan Israel?
Adakah The Patriots umumnya
dan Ayman Rasydan Wong khususnya jujur dalam bercakap soal Kiri-Kanan ini?
-gambar Leila Khaled-
PFLP, sebuah gerakan military
Marxist-Leninist (Kiri) yang militant!
Bahkan saya pernah membaca
tulisan Ayman yang mengatakan bahawa pemerintah Indonesia iaitu Jokowi itu juga
Kiri. Apa benda mengarut ni?
Dalam gambar di atas,
disebutkan dengan ayat-penerangan yang sangat militant sekali,
Founded in 1967, the PFLP is dedicated to the violent destruction of Israel and Zionism. The group is designated as a terrorist organization by the U.S., European Union, Canada, Australia, and Israel. The PFLP views its fight against Israel and Zionism as first of all a class struggle”.
Saya tak akan sekali-kali
terjemahkan simple English ini, kerana ia sangat merendahkan pemikiran audien
saya/Murba Reviu. Perkataan English yang digunakan dalam memerihalkan siapa itu
PFLP sangat kuat, jelas, keras sekali iaitu, ‘dedicated to the violent destruction of Israel and Zionism’!
Jadi kenapa Ayman tidak
ceritakan hal ini?
You
tell me, kata orang putih.
Jadi jika dia seorang
penulis yang jujur, jika benar sekalipun spektrum politik itu ragam dan rencam,
mengapa dia tidak mahu sebutkan sama ada juga Leftist yang anti Zionis
(penubuhan dan kewujudannya) dan bercita-cita untuk melenyapkan mereka dari
muka bumi ini? Jadi dia harus sebutkan sama PFLP yang akan melanyak Zionis-Israel.
Bukan hanya mengulang berkali-kali Zionis
liberal/kiri dan parti-parti Zionis kiri.
Saya ada mendengar juga yang
kumpulan TP (bukan Tipu, tapi The Patriots) ini seringkali menjadikan
artikel-artikel di Wikipedia sebagai sumber paling sahih menurut mereka. Saya
tidak mengambil berat sangat hal itu, sehinggalah bila saya selalu membaca
pemojokan mereka pada Kiri yang sangat bias dan pathetic.
Jika benar mereka selalu
menjadikan Wikipedia sebagai ‘batu bersurat’ atau batu asas pada rujukan
mereka, tidakkah mereka sekalipun pernah membaca tentang PFLP yang juga ditulis
di Wikipedia, yang semua orang boleh mengakses dan membacanya iaitu,
The Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) (Arabic: al-Jabhah al-Sha`biyyah li-Taḥrīr Filasṭīn) is a secular Palestinian Marxist–Leninist and revolutionary socialist organization founded in 1967 by George Habash. It has consistently been the second-largest of the groups forming the Palestine Liberation Organization (the PLO, founded in 1964), the largest being Fatah (founded in 1959). As of 2015 the PFLP boycotts participation in the PLO Executive Committee and the Palestinian National Council.
Saya tamatkan di sini dulu. Saya
berharap jika mereka (Ayman) berani, ayuh kita berdebat secara langsung isu
ini.
xxx
Jika pihak di sana gagal
atau lembab untuk membaca artikel yang mudah sebegini juga ayat simple English
di atas, saya sertakan juga sekali gambar-gambar yang penting, untuk
menunjukkan bahawa Leftist (yang sebenarnya) selamanya menyokong perjuangan pembebasan
Palestin melawan Zionist. Hanya mangkuk ayun sahaja mempunyai niat kotor dalam
memburuk-burukkan Left.
Comments
Post a Comment