Oleh: Lucy M Damien, teman saya pernah mengatakan kelawar, digelar sebagai daging merah oleh kaumnya yang menunjukkan dia pernah menjamahnya. Dia teruja mengatakannya. Katanya lagi, sayap kelawar sebenarnya lebih panjang dari yang kita bayangkan. Di suatu ketika yang lain, saya teringat majikan saya pernah berbual dengan mandor projek tentang biawak. Dia, seorang lelaki Cina pertengahan usia, ketika itu, menepuk tangan seperti baru saja memenangi sesuatu sebelum menyebut bagaimana biawak punya daging yang liat tapi dengan kaedah memasak yang tepat, ia mampu dilembutkan. Penularan koronavirus dari China Merah membuatkan ramai orang, terutama bukan pemakan makanan eksotik, berang dan menuding jari. Kerana tekak sial masharakat Wuhan yang kemaruk daging ularlah, koronavirus merebak kepada manusia. Meskipun belum ada kata putus tentang siapakah vektor sebenar dalam cerita wabak Wuhan ini, yang jelas transmisinya disebabkan rantaian makanan. Direkodkan, AIDS ...