Skip to main content

Posts

Muat Turun Sejarah Sosial Media: Dari Gutenberg Sampai Internet Karya Asa Briggs & Peter Burke

  Karya Asa Briggs & Peter Burke, Sejarah Sosial Media: Dari Gutenberg Sampai Internet. Boleh muat turun di  sini.

Muat Turun Agama & Hegemoni Negara Karya Benz Ali

  Karya Benz Ali, Agama & Hegemoni Negara. Boleh muat turun di sini.

Gagasan Konsep Feudal

Oleh: Ammar Redza Ahmad Rizal Feudal adalah perkataan Bahasa Inggeris yang berasal daripada Bahasa Latin iaitu Feudum . Feudum pula adalah sinonim kepada perkataan fief yang membawa maksud “ satu kawasan yang diketuai oleh lord /ketua ”. Dalam wacana psikologi feudal pula, ia membawa maksud kepada perbincangan perihal pemikiran feudal itu sendiri yang terwaris dari zaman ke zaman tanpa sempadan garis masa. Tetapi apakah pula itu feudal? Dan apakah pula feudal bagi Alam Melayu? Apakah feudal terhad kepada konsep kesultanan ataupun feudal berbalik kepada tafsiran latinnya yakni perihal subjek yang dikawal oleh seorang ketua. Apakah feudal terhad kepada satu zaman sahaja? Argumen kepada konsep feudal dalam sosiologi mahupun psikologi akan mengatakan bahawa feudal adalah hanya satu peristiwa yang berlaku pada garis masa kewujudan manusia itu sendiri. Sama seperti perihal komunis, sosialis dan sewaktu dengannya. It just a mere event that happen in human history . Perihal ini mungkin benar ...

Muat Turun Hubungan Agama dan Marxisme Karya John Molyneux dan Roland Boer

  Karya John Molyneux dan Roland Boer, Hubungan Agama dan Marxisme. Boleh muat turun di  sini.

Kritikan Pada Ustaz Noor Deros dalam Persoalan Muzik

  Haramnya Muzik dan Perkara Yang Berkait Sekitarnya - Menyanggah Logik Falasi Ustaz Noor Deros (UND).   Oleh: Timor Jagat   Aku terpanggil untuk menulis tentang perkara yang agak hangat ketika ini melibatkan seorang Ustaz muda yang menjadi bualan di media sosial atas sanggahan kasar beliau terhadap fahaman Wujudiyah dan perkara-perkara sekitarnya.   Penulisan aku ini tidak akan mengambil keseluruhan penghujahan beliau di dalam siri-siri video yang tular di media sosial dan Youtube. Aku akan hanya mengulas dan mengupas sedikit sahaja apa yang aku rasa ada ketempangan dalam apa yang beliau   katakan dalam ulasannya di dalam video ini    Perbualan antara penanya soalan dan UND bermula dengan pengenalan diri beliau, iaitu seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Usuluddin dan Falsafah.   Kemudian, soalan ditanya iaitu mengenai peristiwa sambutan dari masyarakat Ansar terhadap penghijrahan Nabi SAW dari Me...

Ibn Arabi, Sufi dan Golongan Kiri

Oleh: Zin Mahmud Seronok melihat generasi muda golongan kiri Muslim dekad kedua abad ke-21, membicarakan mengenai Ibn Arabi. Ketika generasi itu membicarakan mengenai Marx pun sudah mengujakan, ini pula ditambah dengan minat terhadap Ibn Arabi. Sebab itu beberapa tahun lalu, ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat usaha untuk menghidupkan semula fahaman Marxis. Penulis ini menjawab bahawa Marxisme tidak pernah mati, bagaimana pula mahu menghidupkannya semula. Fahamannya sentiasa ada sejak beliau gagaskannya melalui buku Das Kapital dan Communist Manifesto. Walaupun setelah kejatuhan Soviet Union pada tahun 1989, ia sudah tidak  laku di Rusia dan banyak golongan kiri berpaling daripadanya, tetapi ada saja para intelektual dunia, malah di Amerika Syarikat sekalipun yang mahu memperkenalkan diri mereka sebagai Marxis. Mereka melawan arus. Ibn Arabi jauh lebih lama lagi daripada Marx. Fahamannya juga tidak pernah mati. Dalam sejarah Islam, ada dua tokoh yang dikenali sebagai Ibn Arabi....

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...