Skip to main content

Posts

Ramadhan di Renungan Rebelionisme (Bhg. 1)

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Saya kira, mitos yang menyatakan kau perlu menjadi seorang fasik (bahkan kafir) untuk menjadi komunis atau rebelis atau anti-establishmen telah lama kita selesaikan. Malah, ada ketikanya, agamalah yang menjadi sumur kekuatan menentang kuasa yang cuba menuhankan diri ('theomorphization') di atas muka bumi. Kita melihat hal ini berlaku pada sirah Nabi Musa a.s, di mana baginda diperintahkan oleh untuk memerdekakan para hamba Fir'aun daripada autoritarianisme Sang Fir'aun yang teokratik (mereka diberi jolokan 'mustadh'afin'). Dari sirah itu juga, kita dididik untuk menggunakan kelembutan dalam menentang kezaliman dan berpegang pada kekuatan dialog; ini suatu tema rebelionisme yang jarang diangkat, dek kerana ramai percaya pada kuasa kelantangan suara. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pula, Baginda sendiri telah mengetuai revolusi kebudayaan yang paling hebat pernah berlaku dalam sejarah. Komodifikasi keimanan ber...

Gambar-gambar Iftar Murba (Berbuka Bersama Mustadh'afin)

Anjuran Parti Murba, Kuliah Buku, Republik Buku dan Mustadh'afin Institute. Pada 18hb 5. Tujuan melakukan aktiviti julung-julung kali ini adalah untuk menyingkirkan penyakit individualisme yang makin membarah dalam masyarakat kita.

Kekacauan Hujah Maza dalam Pendirian Beliau tentang Syi’ah.

Oleh: Benz Ali Dr. Maza tidak dinafikan lagi seorang agamawan yang oportunis. Naik kerana kedekatan hubungan akrabnya dengan Shahidan Kassim, dan kuatnya beliau merapati (baca: menjilat) Dr. Mahathir sampai terbaru, beliau ‘dipekakkan’ oleh orang yang kuat dijilatnya. Dalam klip video sekitar 20 minit yang disiarkan di Pro Media Tajdid, kita dapat menyaksikan bagaimana beliau keliru antara pemerintahan Islam yang authoritarian dan pemerintahan sekular. Beliau sangat berpaut dengan pemerintahan Islam yang authoritarian dalam hujahnya yang dimulakan pada minit 1:07, iaitu di mana beliau nampak sangat bergayut atau berharap pada institusi atau jabatan agama menahan orang-orang Syi’ah. Pada minit 1:25, kekacauan beliau makin bertambah apabila beliau mengatakan bahawa ambassador negara Barat menanyakan kepada beliau, bukankah beliau (Maza) seorang yang terbuka, “you are democratic person, why you cannot degree to have differences like Syi’ah and whatever..,”. Pada p...

Dari Lensa Mukmin Nantang (Borneo Komrad) Sekitar Demo #Mayday2019

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P...

May Day: Perarakan Tiada Henti

Oleh: Lucy M Saya pernah membaca sebuah sajak berjudul Dongeng Marsinah, karangan penyajak besar, Pak Sapardi. Sajak itu, menurut Pak Sapardi, ialah sajak protes yang paling lama pernah disiapkannya. Mungkin kerana berita kematian Marsinah yang tragis dan juga kemelaratan kisah hidup dan perjuangannya- membuatkan jiwa Pak Sapardi tersiat-siat. Tangannya terketar-ketar barangkali apabila mengenang seorang perempuan yang meminta upah yang layak perlu dihabiskan semacam itu. Itu cerita Pak Sapardi dan penyanjungannya ke atas kisah martir kelas pekerja, Marsinah. Sudah puluhan tahun berlalu sejak kematian Marsinah dan diharapkan ada perubahan dan keadilan yang akan dibawakan buat para buruh. Malang beribu kali malang, kisah Marsinah lahir pula di Malaysia. Pada tahun 2016, seorang suri rumah bernama Suyanti ditemui di tepi longkang, bengang tubuhnya dan mukanya- dipercayai kerana didera majikannya. Pelaku yang membuatkan Suyanti menderita kesakitan di seluruh anggot...

Syurgalah Untuk Sri Lanka

Oleh: Benz Ali Hai Sri Lanka, Apa khabar kamu di sana? Masihkah kamu dibakar kebencian api agama? Mereka mengatakan dalam agama tiada keganasan, Atau keganasan tiada agama, Tetapi sekejap tadi tanah dan airmu baru sahaja dilesap, Dibakar oleh mereka yang mengaku paling taat beragama, Ketika asap hitam berkepulan dan debunya itu berterbangan, Merentasi Lautan China Selatan dibawa angin lewat sosial media, Semua orang berlari masuk ke dalam rumah, Memadamkan cahaya lampu, dan menyumbat jari ke telinga, Tidak mahu mendengarkan jeritan dan pekikan pengeboman di Sri Lanka Tetapi sebaik sahaja pembunuhan berlaku di Christchurch, Semua orang tadi keluar dari rumah, menyalakan unggun api di tangan, Berlari-lari menjerit mahu membakar, “siapa, siapa, siapa?” Semua orang tertegun menyaksikan, Pesta hipokrasi apakah ini? Apakah darah dan nyawa punyai nilai berbeza? Beginilah kisahnya hai Sri Lanka. Moga ada agama, beza agama atau tidak ada agama, ...