Skip to main content

SEORANG ATHEIST DAN MELAYU



Oleh: Qistina

Baru-baru ini laman Twitter telah digegarkan dengan satu kenyataan oleh seorang pemuda Melayu yang kini telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Atheist yang sedang menyambut perayaan Aidilfitri yang sebagai kita ketahui perayaan itu merupakan salah satu perayaan hari kebesaran umat Islam.

Atheist ataupun atheism iaitu satu perkataan yang berasal daripada tamadun Greek sebelum kurun ke-5. Atheism ini berasal daripada perkataan Atheos yang bermaksud tiada tuhan. Oleh itu, istilah ini dapat disimpulkan bahawa Atheist ini adalah mereka yang tidak mempercayai mana-mana entiti dan konsep  ketuhanan.

Apabila disebut sebagai Atheist dan bangsa Melayu sebenarnya terasa agak janggal. Hal ini kerana Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia mentakrifkan istilah sebagai seorang Melayu, salah satunya mestilah merupakan seorang yang beragama Islam.

Maka di sini, secara amnya istilah Melayu Atheist akan kelihatan janggal dan pelik terutamanya dalam kalangan orang Melayu Malaysia yang sememangnya sinonim beragama Islam. Jika ditelusuri secara mendalam peradaban Melayu ini sangat dekat dengan Agama Islam terutamanya pada zaman kerajaan Melayu Melaka.

Bangsa Melayu pada zaman kegemilangan Melaka terutamanya telah mula berasimilasi dengan agama Islam itu sendiri. Contoh mudah bagaimana falsafah disebalik baju Melayu itu sendiri tercipta. Keterletakan 5 butang baju Melayu itu sendiri ingin menunjukkan konsep rukun Islam di dalamnya. Apa yang ingin dikatakan di sin, hampir setiap inci kehidupan Melayu itu sendiri secara sedar tidak sedar telah mula menyerap kehidupan yang berasaskan tatasusila Islam. Contoh terdekat, bagaimana sikap orang Melayu itu sendiri dalam melayani tetamu yang bertandang ke rumah. Saya yakin bahawa hampir setiap daripada kita, akan ataupun telah diajarkan bagaimana peri pentingnya adab melayan tetamu ini. Daripada hal ini, tidak hairanlah jika kedengaran suara-suara orang Melayu yang terkejut mahupun terpana akibat beberapa orang Melayu yang mengisytiharkan diri mereka sebagai seorang Atheist.

Cumanya, daripada apa yang dapat diperhatikan cara dan reaksi orang Melayu yang agak kasar serta hujah yang rapuh terutamanya yang bersifat ad hominem dan berbekalkan falasi semata-mata adalah suatu tindakan yang tidak tepat. Perkara sebegini akan memungkinkan keyakinan saudara tersebut akan bertambah jauh daripada keadaan asalnya . 

Sebenarnya setiap daripada kita tidak kira rakyat biasa mahupun para ulama' sekalipun haruslah mengubah cara layanan dan memilih cara pendekatan yang lebih sesuai. Tidak kita nafikan bahawa dunia kini bukannya dunia yang terdahulu yang di mana manusia mudah mengikut sesuatu yang bersifat dan bertongkatkan agama. Jika sikap layanan eksklusif kepada mereka yang mengikut telunjuk secara membabi buta serta sikap suka mengkafirkan dan memburuk-burukkan masih lagi kerap dilakukan, mungkin bukan seorang yang bakal mengisytiharkan diri mereka Atheist tetapi mungkin akan lebih ramai lagi Melayu Atheist yang baharu.

 Perlu diingatkan juga buat mereka yang beragama, agama itu merupakan suatu entiti kesucian. Perlunya agama dalam kehidupan manusia itu sendiri adalah untuk menjadikan diri kita sebagai seorang yang lebih baik di kemudian hari dan bukannya agama itu sendiri yang menjadikan kehidupan kita lebih baik. Fikir-fikirkan dan di sini hanya kita yang mampu menilai dan memilih.


-Qistina

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan pe...

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa m...

Agama Sebagai Candu Masyarakat

Oleh: Benz Ali Krisis Covid-19 ini yang dicatat bermula awal tahun 2020 nampaknya sehingga masuk tahun kedua (Jun 2021) belum menunjukkan tanda akan berakhir. Pandemik global ini setakat ini telah membunuh jutaan nyawa umat manusia. Selain varian baru Covid-19 yang makin banyak mulai muncul, Covid-19 memaksa mewujudkan Movement Control Order (MCO) di hampir seluruh pelusuk dunia. MCO atau di Malaysia dikenali dengan nama PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) kemudian mewujudkan pula masalah-masalah baru yang lebih besar dan serius. Dilaporkan pada 10 April 2021, 1700 rider P-Hailing (penghantaran barangan dan makanan) telah maut kemalangan sepanjang tempoh PKP tahun 2020. Dikatakan jumlah kematian ini pada tahun lepas lebih banyak berbanding mati akibat Covid-19. PKP ini pada awalnya sedikit sebanyak memberi bantuan kepada orang ramai. Namun selepas peningkatan kes, bersiri-siri PKP kembali diperkenalkan tetapi tanpa apa-apa bantuan. Ada bantuan RM500 tetapi dikerat dua. Rakyat berta...