Skip to main content

Menanggalkan Topeng Feminis Anti Hijab




Oleh: Kia Syakira

“Wanita berhijab tiada berkesedaran!!”

Ucapan dan penyataan simpilistik lagi bego ini terngiang-ngiang di telinga aku sejak dari beberapa bulan lalu. Aku sering termenung panjang tentang hal ini, beginikah kau melihat dan menafsir diri aku, malahan semua perempuan yang memilih untuk menyarung tudung ini? Jadi aku berfikir dengan lebih mendalam lagi, kenapa isu ini timbul sebegini riuh dan semakin menyemakkan kepala ini?

Perhatian aku: Persoalan dan kelumit hijab tidak-berhijab ini semakin bingit sejak berakhirnya Perarakan Wanita 2019 Mac tempohari. Mungkin kerana kurangnya kehadiran dan keterlibatan wanita bertudung di perarakan tersebut. Berbanding daripada menganalisa ke mana perempuan-perempuan ini pergi, dan mengapa ramai yang memilih untuk tidak hadir, kumpulan yang mengangkat diri mereka sebagai pembela wanita ini mengasumsi dan menatijahkan bahawa “Oh kerana memang mereka ini tiada berkesedaran pun.”

Ini adalah pendapat peribadi aku sendiri, para pembaca sekalian berhak untuk tidak bersetuju malahan menyangkal apa pun yang aku nyatakan ini. Aku tidak berhak untuk menghakimi apa-apa. Cumanya di ruang kecil aku ini, biarlah aku menyatakan secara berbudaya ilmu mengapa aku merasakan persoalan perjuangan pembelaan wanita ini harus mesti keluar dari kerangka tudung, dan tidak bertudung ini. Perjuangan pembebasan wanita mencapah kepada pelbagai aliran dan versi yang berbeza-beza. Masing–masing membentuk perjuangan dan sudut pandang tidak lain dan tidak bukan daripada pengaruh dan pemahaman ideologi mereka terhadap penindasan yang berlaku terhadap majoriti kaum wanita. Ada yang membawa naratif kelas, ekonomi, budaya, agama dan sebagainya. Dan yang paling terbaru adalah naratif gender. Kesemuanya ada kekurangan dan kelebihan kepada garis panjang sejarah dan kemajuan pembebasan wanita, tetapi untuk naratif gender ini, datangnya masih agak baru dan belum mapan (muncul pada abad ke-19 dan akhir abad ke-20).  Terlalu banyak kontradiksi yang berlaku dan kerapkali diulang-ulang sehingga naratif ini telah berlawanan dengan idea-idea yang mereka bawa. Di laman ini aku senaraikan secara ringkas tentang kontradiksi dan konflik idea kepada kumpulan ini, kerana fokus utama aku adalah untuk menyatakan kepada perilaku dan sikap mereka kepada kejujuran dan keadilan idea yang mereka bawa. Banyak yang mahu menang hujah berbanding memuhasabah hujah mereka.

1.    Konstruk patriaki moden
Gerakan ini gerakan yang mengangkat sendiri bahawa merekalah yang paling tahu tetang pengajian gender dan perlunya untuk membidas segala perlakuan seksis lelaki. Malangnya seringkali yang membina nada bias jantina (gender-bias) ini adalah dari kelompok mereka sendiri. Tidak lagi aku melihat mereka ini (yang di Malaysia), bercakap dan mewakili jantina selainnya (lelaki). Lebih banyak yang mahu membina stereotaip dan prejudis yang jelek berbanding menyatakan kritikan ilmiah. Jadinya konstruk perlawanan patriaki yang kelompok ini bawakan lebih kepada man-hating dan bukannya kritikan man-dominance. Di waktu kumpulan ini menyatakan perjuangan untuk “membebaskan” wanita daripada rantai peranan sosial tradisional, mereka masih menerima dan menuntut agar lelaki meneruskan peranan tradisonal mereka.

2.  Perlecehan kepada budaya dan kebimbangan majoriti masyarakat wanita Melayu-Islam
Aku sangat bersetuju kepada pendirian yang teguh dan tidak tergoncangkan, harusnya ia begitu. Tetapi haruslah disesuaikan dengan konteks masyarakat dan budaya setempat, kerana aku percaya kesetiaan kepada idea, atau secara idea juga penting, cuma praktikaliti dan taktikal haruslah mengambil kira semua sisi dan keadaan. Banyak perilaku daripada golongan majoriti wanita (berhijab) bahkan, dilecehkan dan diberi label-label yang buruk seperti: pergi ke masjid, menyertai aktiviti komuniti keibuan, pekerjaan domestik seperti memasak dan mengemas rumah. Motherhood tenderness ini dilihat sebagai kelemahan. Naratif yang dikedepankan seringkali menyatakan bahwa perkara-perkara ini semuanya adalah ciptaan dan alat penindasan patriaki kepada golongan wanita, walaupun banyak wanita yang memilih untuk melakukan sedemikian. Berbanding merasionalisasikan kerja-kerja dan aktiviti ini supaya ianya difahami oleh kaum wanita di rumah, mereka malahan mencipta ketakutan dan kebimbangan yang lebih dalam kepada kumpulan mereka, berbanding kerja yang dilakukan kaum wanita di rumah tadi.

3.    Kesamarataan jantina ekslusif
Bagaimana kumpulan ini berhak menyatakan mereka aktivis pembebasan wanita tetapi mulut dan sikap mereka tidak lekang dari mengucapkan momokan dan merendah-rendahkan kelompok hijabi, kesamarataan apakah ini? Kesamarataan untuk perempuan tidak bertudung sajakah? Harusnya semua menjadi tidak bertudung baru berkesedarankah? Ini hujahan yang sangat meludah teori asal feminisme. Apakah yang sama-rata jika kelompok ini pula yang meng-dictate pakaian, pemikiran, kepercayaan kelompok wanita lain? Harusnya bukan sahaja mensetarakan kesamarataan jantina, tetapi harus juga kesamarataan sosial, kesemarataan budaya, kesamarataan pilihan. Barulah boleh dikatakan kesamarataan!

4.    Perspektif borjuasi
Gelombang pertama dan kedua feminisma lebih objektif, tegas, dan konkrit kepada membina dan merampas kembali keadilan kepada hak-hak mereka yang dicabuli. Kesamarataan legislatif akhirnya dicapai dan dinikmati oleh segenap wanita ketika itu. Berbeza dengan kelompok gelombang ketiga dan keempat yang mana mereka lebih banyak menumpukan kepada persoalan abstrak sehingga mengabaikan standpoint feminism bahawa masih terlalu banyak isu real dan political yang harus diselesaikan. Aku sendiri melihat perspektif baru ini dimonopoli oleh segelintir kelompok borjuis yang memegang tampuk pimpinan kumpulan ini dan menyebabkan mereka menyimpang jauh dari menyatakan sikap kepada isu rakyat miskin dan tertinggal. Sebagai contoh, banyak daripada perayaan dan sambutan–sambutan kepada kelompok borjuis ini dihadiri kumpulan ini tetapi tidak kepada aktivisme kecil yang lebih besar impaknya jika dinyatakan solidariti mereka.

5.    “Stone age” populism
“Free the nipple” tetapi tidak boleh “free the choices”? Jika kau melihat kontradiksi ini kau pastilah bersama aku dalam hal ini, kerana yang aku maksudkan ialah bagaimana kumpulan ini menyatakan justifikasi yang tidak berhenti kepada “free the nipple” “my body my choice” tetapi tidak kepada “pro-choice hijab”. Bukahkah mereka ini sudah tidak konsisten lagi? Jika kumpulan ini mengatakan bukan tubuh badan dan pakaian yang menjadi timbang tara jadi apakah gunanya membuat perlecehan kepada wanita berhijab? Adakah badan kepala dan pakaian yang sarung mereka itu bukan mereka punya? Jika wanita itu harus dinilai dari kecerdasan fikiran dan inteleknya mengapa hijab juga yang dibicarakan? Bicaralah dengan kapasiti intelek mereka dan bukanlah membina konsep yang tidak tentu hala untuk menjustifikasi dehijabbing yang sungguh selfish dan self-centric itu. Ini tidak lain tidak bukan hanya tuntutan populistik untuk memenangi hati sekelompok pihak yang lebih mementingkan kepentingan dan kelangsungan gender privilege berbanding gender equality.

Penyataan aku di atas ini bukanlah bermakna aku menyatakan bahawa wanita berhijab tidak pernah melabel, dan merendahkan wanita yang memilih untuk tidak berhijab. Aku juga mencerca perkara sebegitu. Tetapi jika gerakan sosial pembebasan wanita juga bermain dan saling membaling naratif yang sama apakah outputnya? Bukankah semua itu hanya membuang masa? Harusnya feminisma di Malaysia lebih dekat dan menghormati budaya-kepercayaan majoriti jika mereka berazam untuk berkembang lebih jauh. Jika mereka mahu ianya terus terbenam dikambus tanah teruskkan arrogant dan ignorant kerana diakhirnya tiada siapa yang akan peduli pun.

Sebuah petikan untuk menutup artikel ini:-

“The original way is that feminism cannot deal with the ideas of complexities therefore they promotes the idea of individualism instead, the idea that women should be empowered to redefining their own expectations and feminist always on hand to dictate that women should make men benchmark of these expectations. Instead of freeing women from male expectations, feminist expect free women to be male. Its claim that women need feminism because there are women that suffer injustice but this acknowledge that nearly all human beings suffering injustice in some points in their lives in the hands of either men or women. And justice for only one group of society to the exclusion of another it’s like a bird without one wing, it just does not fly.”

Hijabi women owns feminism-UK (MID.Com)


Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang