Skip to main content

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'



Oleh: Pencinta Wollstonecraft

Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran).

Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti.

Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu.

Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. Para pekerja mereka adalah dari kalangan masyarakat Indochina.

Ketiga: perasan pandai. Ini mungkin suatu bentuk kompleks superioriti. Namun, pada saya, ini lebih mirip kompleks inferioriti kerana perasan pandai ini adalah rentetan keselesaan menjadi warga (beserta hak-hak yang kita tak perjuangkan pun); yang berlawanan dengan prinsip mewargakan perjuangan (bumi ini untuk pejuang).

Keempat: kemandulan bergelut. Sememangnya pergelutan ini turut sama dirasakan oleh rakyat Malaysia. Namun jenis pergelutan kita tidak sama dengan jenis pergelutan kita. Pergelutan kita adalah dari jenis naik ke status ekonomi lebih baik; pergelutan mereka adalah dalam mendapatkan legitimasi untuk hidup selaku manusia (beserta hak-hak alami).

Kesimpulannya, kompleks inferioriti kini telah beranjak dari golongan penduduk asing kepada penduduk tetap/warganegara. Kita telah kehilangan keyakinan terhadap diri-sendiri untuk membenarkan orang lain mempunyai hak yang sama dengan kita, atas asas yang tidak rasional.

Saya sedang menantikan krisis eksistensialisme Malaysia. Krisis ini penting untuk kita menilai semula keselesaan selaku warganegara, yang seluruh infrastruktur dan perkhidmatannya bergantung kepada bukan warganegara. Saya selalu berharap, kecamuk kegagalan Pakatan Harapan (sebuah pakatan sosial demokrat) menjadi pencetus perkara ini.

Kenapa?

Ada pelbagai hal. Pertama, pelecehan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Orang Pakistan dan Indochina bermati-matian belajar Bahasa Malaysia untuk bersaing, golongan atasan bermati-matian menjalankan pelbagai program yang dengan sengaja meminggirkan bahasa kebangsaan ini.

Saya tidak bercakap selaku nasionalis Melayu. Saya bercakap sebagai orang yang percaya kepada idea transnasionalisme (antara lainnya percaya idea 'person qua person'; hak manusia tak dibatasi kewarganegaraan). Saya percaya, penguasaan Bahasa Malaysia adalah syarat mewarga, dan yang tak menguasai Bahasa Malaysia adalah perosak dinamik masyarakat.

Selain itu, Pakatan Harapan juga mempunyai kecenderungan meletakkan beban salah kepada Barisan Nasional (dan kemudiannya Parti Islam Se-Malaysia). Ini menimbulkan suatu situasi bahawa parti tempatan tidak mampu mengepalai proses memperbaiki masyarakat. Dan dalam kemelut ini, warga asing masih berpanas meletakkan batu-bata membina menara-menara dan mahkamah-mahkamah kita.

Untuk itu, saya ada idea gila: warga asing di negara kita diberikan peluang untuk membentuk parti sendiri yang sah di sisi undang-undang, tanpa campur tangan dari negara asal mereka. Mereka akan memilih pemimpin sendiri, mengadakan konvensyen sendiri, mencadangkan usul-usul dan menambah faktor saing kepada parti sedia ada.

Kita masih terlalu jauh untuk maju. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kita belum dapat pun memilih sama ada untuk menentukan idea berdasarkan masa kini atau masa depan, lalu kita kerap berpaling ke masa lalu untuk melupakan konflik ini.

Iya, saya masih menunggu.

Comments

  1. I absolutely like the post.A good deal regards. Prefer way more.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang