Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

KENAPA BANTAH UEC?

Oleh: Qistina Kejayaan parti komponen PAKATAN HARAPAN yang baru-baru ini telah memenangi Piliharaya ke-14 telah mewujudkan suatu persepsi dan harapan yang baharu buat rakyat Malaysia. Slogan 'Malaysia Baharu'  yang dicanangkan sejak dua menjak ini telah menjadi bualan ramai terutamanya buat penyokong tegar kerajaan PH. Tetapi malangnya slogan hanya tinggal nama, Malaysia Baru yang dicanangkan oleh penyokong PH ini rupanya masih lagi tidak sedar bahawa Malaysia Baru ini hanyalah Malaysia yang lama yang di mana tidak ada apa-apa perubahan yang membawa dan menunjukkan kepada penubuhan Malaysia Baru. Apa yang menggemparkan lagi, kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini iaitu Yb Maszlee Malik dengan tegasnya ingin meneruskan hasrat kerajaan PH dalam mengiktiraf sijil UEC untuk diterima dalam kemasukan ke Universiti-universiti Awam di Malaysia. Perkara ini menjadi satu tanda tanya buat kerajaan PH yang selama beberapa bulan ini menjadi sebuah kerajaan yang ber

SEORANG ATHEIST DAN MELAYU

Oleh: Qistina Baru-baru ini laman Twitter telah digegarkan dengan satu kenyataan oleh seorang pemuda Melayu yang kini telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Atheist yang sedang menyambut perayaan Aidilfitri yang sebagai kita ketahui perayaan itu merupakan salah satu perayaan hari kebesaran umat Islam. Atheist ataupun atheism iaitu satu perkataan yang berasal daripada tamadun Greek sebelum kurun ke-5. Atheism ini berasal daripada perkataan Atheos yang bermaksud tiada tuhan. Oleh itu, istilah ini dapat disimpulkan bahawa Atheist ini adalah mereka yang tidak mempercayai mana-mana entiti dan konsep  ketuhanan. Apabila disebut sebagai Atheist dan bangsa Melayu sebenarnya terasa agak janggal. Hal ini kerana Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia mentakrifkan istilah sebagai seorang Melayu, salah satunya mestilah merupakan seorang yang beragama Islam. Maka di sini, secara amnya istilah Melayu Atheist akan kelihatan janggal dan pelik terutamanya dalam kalangan orang Me