Skip to main content

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan


(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?)




Oleh: Benz Ali

Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya.

Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi.

Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang sumbangan Komunis baik di Malaysia juga di dunia umumnya, seperti Cuba, China, Venezuela dll. Maka artikel kita itu barulah boleh disifatkan jujur dan mempunyai nilai-nilai idea-akademia, bukan bersifat cheap shot atau propaganda murahan.

Tidak ada masalah mengkritik-menghentam-memukul mati PKM (kerana saya bukan pro/orang/bahkan mengkaji PKM, jadi tiada keperluan untuk saya mempertahankan PKM) tetapi jika saudara/kita jujur, sebutkan juga tentang PKC (Parti Komunis China) yang mentadbir China, yang dari zaman Tun Razak dulu kita (Malaysia, di bawah UMNO-BN sampailah ke Najib) membina hubungan baik, bahkan pedagang-pedagang online kita juga banyak berurusniaga (memborong) dengan mereka-China (China mainland ya, bukan Cina di Malaysia). Boleh, tak ada masalah, yang baik diambil, yang buruk dibuang. Benar itu. Tepat sekali. Sikap yang baik, sikap yang benar. Tapi jujurlah.Takkan tidak ada satu pun benda yang baik dari mereka? Jika ada, akuilah. Jangan sembunyikan. Jangan menipu. Jangan membohong. Jangan menimbulkan fakta murahan. Tak suka, tiada masalah.

PFLP tanya Ayman, ‘apa khabar?’
Dalam tulisan Ayman Rasydan terbaru (22hb 9) iaitu 15 jam dari tempoh artikel balasan ini ditulis, beliau menuliskan,

Ye, Zionis pun ada banyak ragam juga. Kahol Lavan ialah parti "centrist" (tengah) atau "centre-left" yang condong ke kiri sikit. Manakala Likud ialah parti "centre-right". Dalam konteks politik Israel, kiri ialah mereka yang lebih liberal dalam soal hubungan Israel-Palestin, manakala kanan merujuk kepada mereka yang lebih konservatif, nasionalis dan "hardline" dalam mempertahankan kepentingan negara Israel.

Ini benar. Dia cuba menyangkutkan konteks. Tetapi saya mempunyai kepercayaan bahawa beliau (Ayman) mempunyai niat lain juga iaitu memojokkan Left/Kiri sebagai Zionist. Jika dibaca struktur tulisan Ayman dengan berhati-hati, kita akan cermat mendapati,

Zionis liberal/kiri menganggap "two-state solution" (mengiktiraf Palestin sebagai negara) akan menjamin keselamatan orang Yahudi, manakala Zionis ultra/kanan pula menafikan kewujudan Palestin sebab mereka anggap seluruh Palestin ("Eretz Yisrael") adalah hak mereka yang diberi oleh Tuhan. Malah Zionis ultra/kanan juga melihat orang Arab dalam Israel sebagai musuh dalam selimut yang lebih setia kepada Palestin.

Zionis liberal/Kiri iaitu Zionis itu liberal dan liberal = Kiri.

Tapi kalau Gantz bergabung dengan parti-parti Arab dan parti-parti Zionis kiri sekali pun, masih tak dapat capai nombor sakti 61. Ini menjadikan parti Yisrael Beiteinu pimpinan Avigdor Lieberman sebagai "kingmaker".

Akhir sekali, parti-parti Zionis kiri. Nampak tak permainan propagandis murahan ini?

(yang italic dan bold itu tulisan Ayman, yang dalam underline itu kesimpulan saya)

Ya. Sememangnya dia ada juga mengatakan Zionis juga ada Kanannya. Dan sememangnya pun! Zionis itu sememangnya far-right. Zionis itulah konservatif sepertimana alirannya dan kumpulannya itu. Zionis itulah Konservatif seperti yang kumpulannya berbangga bahawa konservatif itu good dan cool! Bagaimanapun kita tak mahu peduli soal Kanan-Konservatif itu di artikel ini. Itu kita bahas di artikel lain.

Bagaimana pula dengan kumpulan militant Kiri dari Palestin iaitu PFLP (Palestinian Front Liberation People) yang berhempas-pulas bermati-matian, yang mana raison d’etre mereka untuk memusnahkan Zionism dan Israel?

Adakah The Patriots umumnya dan Ayman Rasydan Wong khususnya jujur dalam bercakap soal Kiri-Kanan ini? 



-gambar Leila Khaled-

PFLP, sebuah gerakan military Marxist-Leninist (Kiri) yang militant!

Marxist-Leninist itu barulah Kiri piow kata orang Perak. Bukan Labor Party menurut fahaman sempit dan dangkal Ayman. Mereka ada polisi, program, ideologi, doktrin. Bukan sekadar sembang kencang seperti DAP. Sesiapa sahaja boleh cakap dia Kiri, atau meletakkan nama parti atau sayap pemudanya dengan nama Sosialis, tetapi program, polisi, ideologi, doktrinnya apa?

Bahkan saya pernah membaca tulisan Ayman yang mengatakan bahawa pemerintah Indonesia iaitu Jokowi itu juga Kiri. Apa benda mengarut ni?

Dalam gambar di atas, disebutkan dengan ayat-penerangan yang sangat militant sekali,
Founded in 1967, the PFLP is dedicated to the violent destruction of Israel and Zionism. The group is designated as a terrorist organization by the U.S., European Union, Canada, Australia, and Israel. The PFLP views its fight against Israel and Zionism as first of all a class struggle”.
Saya tak akan sekali-kali terjemahkan simple English ini, kerana ia sangat merendahkan pemikiran audien saya/Murba Reviu. Perkataan English yang digunakan dalam memerihalkan siapa itu PFLP sangat kuat, jelas, keras sekali iaitu, ‘dedicated to the violent destruction of Israel and Zionism’!

Jadi kenapa Ayman tidak ceritakan hal ini?

You tell me, kata orang putih.

Jadi jika dia seorang penulis yang jujur, jika benar sekalipun spektrum politik itu ragam dan rencam, mengapa dia tidak mahu sebutkan sama ada juga Leftist yang anti Zionis (penubuhan dan kewujudannya) dan bercita-cita untuk melenyapkan mereka dari muka bumi ini? Jadi dia harus sebutkan sama PFLP yang akan melanyak Zionis-Israel. Bukan hanya mengulang berkali-kali Zionis liberal/kiri dan parti-parti Zionis kiri.

Saya ada mendengar juga yang kumpulan TP (bukan Tipu, tapi The Patriots) ini seringkali menjadikan artikel-artikel di Wikipedia sebagai sumber paling sahih menurut mereka. Saya tidak mengambil berat sangat hal itu, sehinggalah bila saya selalu membaca pemojokan mereka pada Kiri yang sangat bias dan pathetic.

Jika benar mereka selalu menjadikan Wikipedia sebagai ‘batu bersurat’ atau batu asas pada rujukan mereka, tidakkah mereka sekalipun pernah membaca tentang PFLP yang juga ditulis di Wikipedia, yang semua orang boleh mengakses dan membacanya iaitu,

The Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) (Arabical-Jabhah al-Sha`biyyah li-Taḥrīr Filasṭīn) is a secular Palestinian Marxist–Leninist and revolutionary socialist organization founded in 1967 by George Habash. It has consistently been the second-largest of the groups forming the Palestine Liberation Organization (the PLO, founded in 1964), the largest being Fatah (founded in 1959). As of 2015 the PFLP boycotts participation in the PLO Executive Committee and the Palestinian National Council.

Saya tamatkan di sini dulu. Saya berharap jika mereka (Ayman) berani, ayuh kita berdebat secara langsung isu ini.

xxx


Jika pihak di sana gagal atau lembab untuk membaca artikel yang mudah sebegini juga ayat simple English di atas, saya sertakan juga sekali gambar-gambar yang penting, untuk menunjukkan bahawa Leftist (yang sebenarnya) selamanya menyokong perjuangan pembebasan Palestin melawan Zionist. Hanya mangkuk ayun sahaja mempunyai niat kotor dalam memburuk-burukkan Left.






Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P