Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Muat Turun Madilog Karya Tan Malaka

Karya Tan Malaka, Madilog. Boleh muat turun di sini.

Muat Turun Semangat Muda karya Tan Malaka

Semangat Muda karya Tan Malaka. Muat turun di sini.

Bacaan Hari Selasa Buat Nami Cob Nobbler

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Saya suka melibatkan diri dalam dialog [atau dialektik] filosofi politik, walaupun terpaksa mengaku tidak ada major dalam hal ini. Hei, ini zaman libertarianisme, kan? Semua orang berhak berfikir dan bersuara. Dalam pada itu, terdapat suatu artikel yang limpas di Suapan akaun Facebook saya. Ia artikel yang dikeluarkan oleh portal neokonservatif, tidak lain tidak bukan, The Patriots. Tajuk artikelnya: 'Liberal Di Saat Sakaratul Maut'. Saya bukan liberal, atau konservatif atau sentris. Saya humanis, yang percaya kepada Idea Manusia. Ah, itu kita bahaskan lain kali. Saya teliti satu persatu hujah dan untaian kata penulis artikel, saya fikir ini adalah nukilan yang agak ironi. Pada bahagian akhir, penulis ada mengatakan Orwellian akan tumpas di tangan libertarian. Anehnya, dengan pilihan kata yang fatalistik, penulislah yang lebih bersifat Orwellian. Pertama, penghakiman kepada liberalisme dengan melihat tindakan beberapa li

Anarkisme dan Penyelewengan The Patriots

Oleh: Lucy M Penyelewengan yang dilakukan oleh The Patriots berkenaan definisi Anarkisme adalah antara penyelewengan yang terbesar dalam sejarah penyelewengan. Ini gua sunting terus dari status Yuva Balan mengenai penyelewangan Hisham Rais mengenai sosialisme baru-baru ini. Sebelum ini salah seorang dari ahli TP, menginginkan untuk reforming Capitalism. Hari ini pula salah seorang dari mereka membubuh terma Anarchist-Patriotism. Ewah ewah. Sedap mulut betul. Tapi ni la yang gua duk fikir. Kenapa tak ada lagi orang muda yang ketawa-ketawakan TP ni macam kita ketawakan kabinet menteri? Padahal dua kelompok ini juga menjunjung fahaman dan gagasan yang sama. Kapitalisme, nasionalisme dsbg. Kenapa tak ada lagi orang nak buh gambar troll ahli TP ni macam kita buat ke atas kabinet menteri? Pertama sekali bila ada suara yang kuat macam TP ni orang duk buat-buat tak nak endah dan nampak sangat. Sebab TP walaupun melencong dan menyeleweng apalagi menyokong kebatilan yang jelas, d

Penulis Pelacur dan Sarjana Upahan

"Sentimen kebangsaan, imperatif kuasa dan pelbagai kepentingan boleh dengan mudah mengaburi mata intelektual, sama ada menjadikan mereka apologis rejim yang zalim atau menjadi minda upahan kelompok yang bergerak untuk mencapai agenda tersendiri di mana-mana pihak. "..Kejujuran intelektual amat mudah disebut, sama mudahnya dengan seseorang intelektual tergelincir dari jalan yang benar kerana pelbagai faktor, daripada ego peribadi hingga kepada kepentingan-kepentingan lain." (Haris Zalkapli dalam Politik Pop pada esei, Intelektual, Politik dan Minda Upahan) Ada banyak hal yang perlu dilakukan sekarang. Di ranah yang kekeringan aktivis, ketandusan idea, intelektual yang tidak mahu turun bekerja dan oportunis yang membiak sebanyak-banyaknya, kerja menjadi sangat banyak. Tetapi hal ini jika tidak ditulis, ia akan membiak dan mewabak tanpa henti. Maka tidak dapat tidak, hal mustahak sebegini haruslah dipukul. Penulis pelacur dan sarjana upahan sebegini sangat hand

Mazhab Pendidikan Kaum Tertindas

Adalah sebuah mazhab pendidikan yang memfokuskan pada pemberdayaan (empowerment) pendidikan (education-pedagogy) dan kesedaran (consciousness) / pencerahan (enlightenment) untuk kaum tertindas (for the oppressed). Mazhab ini yang memuat rumus – rumus dari pendiri pemikiran pemberdayaan orang – orang tertinas seperti Paulo Freire, Henry Giroux, Antonio Gramsci, Paula Allman, Mazhab Frankfurt, Asghar Ali, Ali Syari’ati, Agus Nuryatno, Eko Prasetyo, dll. Mazhab ini mengemukakan konsep, KITA HARUS BELAJAR APA YANG KITA PERLU, dan APA YANG KITA MAHU. Bukan kita menjadi kuda tunggangan atau lembu pembajak mana-mana pihak yang belajar menurut apa yang "mereka perlu" atau apa yang "mereka mahu". *"mereka" di sini merujuk kepada ibu bapa, guru, tuan tanah, pemaju, pemodal (tuan punya kapital) majikan, sultan, pengusaha, penguasa, daulah, negara dll. Mazhab ini merayakan kebebasan untuk berpendapat, dan melindungi suara minoriti berbeza.