Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Michel Foucault, Khomeini dan Kehilangan Etika Ahmad Faezal, Penulis The Patriots.

  Oleh: Faisal Mokhtar (Buruh Kilang) Sejauh manapun penulis The Patriots itu menghina dan menyebarkan fitnah pun, Khomeni tetap dicatatkan oleh dunia sebagai seorang yang mampu menggerakkan jutaan rakyat Iran ke jalan untuk melakukan revolusi dan menumbangkan monarki berusia 2,500 tahun. Sejauhmana penulis The Patriots menghina Khomeini sekalipun, asas ajaran Khomeini iaitu mengikuti jalannya revolusi al-Hussien (cucu Rasulullah saw) tetap dikenang pada 10 Muharam bahkan bukan berkurang tetapi makin bertambah manusia yang mengenang serta mengikuti dan bahkan rentas mazhab dan agama. Antara penulis The Patriots dengan Michel Foucault cukuplah Michel Foucoult seorang filsuf besar memuji revolusi yang dibawa Khomeini. Foucault (ilmuwan Perancis) yang berada di Iran ketika itu menulis artikel bertajuk ‘Mimpi Apa Yang Dibayangkan Warga Iran’. Beliau menulis, 10 bulan rakyat Iran berhadapan dengan tentera yang memiliki persenjataan paling lengkap. Itupun dengan tangan kosong dan tanpa melak

Mengapa Sosialisme Masih Relevan?

Oleh: Zin Mahmud Sosialisme pada waktu ini mempunyai nama buruk bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Walaupun di negara-negara Eropah tertentu, parti yang bernama sosialis atau demokrasi sosial masih boleh meraih undi, jangan harap Parti Sosialis Malaysia (PSM) boleh menang kerusi jika bertanding sendirian. Ini kerana kebanyakan orang bukan saja tidak faham apa itu sosialisme, malah tidak mengenalinya. Untuk memahami apa itu sosialisme, seseorang itu perlu daya intelektual yang lebih daripada kebanyakan orang, Atau sekurang-kurangnya seseorang itu mesti rajin dan minat membaca. Maknanya perlu usaha. Maka tidak hairanlah, orang yang memahami sosialisme adalah golongan ideologi. Iaitu sedikit sebanyak elitis otak. Seringkali orang yang menjadi sosialis adalah mereka yang berminat terhadap kebenaran dan keadilan dan pencarian itu membawa kepada pemahaman ideologi itu. Sementara sebahagian yang mengenalnya lain pula melihat sosialisme dengan penuh kebencian dan penghinaan. Terd