Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Surat Terbuka Kepada Saudari Maryam Lee

(kenapa kita tidak boleh menghormati pilihan kepercayaan/pakaian seseorang itu?  gambar bukan sekadar hiasan) Oleh: Farahani Husni Saudari Maryam Lee, Sebagai sosok yang popular dengan gerakan feminisme, yang katanya datang dari kumpulan yang mahu mengangkat martabat wanita, tidakkah saudari sedar atau cakna bahawa menjadi golongan yang berhijab di dalam negara inilah yang sering kali didikriminasikan dalam banyak segi? Sejak beberapa tahun lepas saya mengikuti perkembangan saudari membawa ideologi feminisme ini. Saya sebenarnya amat kagum dengan kelantangan dan pemikiran kritis saudari. Kecil, kecil  cili api kata orang-orang tua. Walaubagaimanapun, terus terang saya katakan bahawa saudari ni sebenarnya hanya gemar membuat provokasi terhadap isu-isu yang melibatkan hijab. Dari meletusnya nama saudari berkenaan makan ketika bulan ramadhan (yang saudari ada juga sebut tentang hijab kerana ketika itu saudari masih bertudung) sehinggalah saat saudari membua

Penulis Kena Jadi Pelacur

(gambar tidak ada kena mengena, hanya slide show sahaja yang ada kena mengena) Oleh: Benz Ali Untuk menjadi popular, buku laku keras, evergreen, nama disebut-sebut, penulis harus jadi pelacur. Dia mesti sanggup untuk melondehkan apa sahaja, membuat apa sahaja yang diminta oleh pelanggannya. Dia tak perlu memikirkan apa-apa pegangan, baik Kiri, Kanan, Depan, Belakang, Atas, Bawah. Dia tak perlu memikirkan apa-apa hujah moral, ideologi mahupun agama. Yang penting, untuk menjadi viral atau terkenal di langit, dia mesti jadi pelacur. Dia tak perlu memikirkan tentang syariah-compliant, syariah-gimnastik, syariah law dsbnya. Itu bukan kerjanya langsung. Itu kerja PAS. Ya, PAS yang harus fikir soal itu. Sementara persoalan yang dia harus fikir, adalah tentang bagaimana nak mencari duit dengan banyak, dan popular dengan cepat. Maka kerana itu penulis harus jadi pelacur. Persoalan ini adalah persoalan fundamental. Tiada yang paling asasi, melainkan persoalan

Falasi Ideologi Kanan Ayman Rasydan (Bahagian 1)

Oleh:  Pencinta Wollstonecraft Saya tertarik kepada siri dialektik Kiri dan Kanan yang sedang hangat berlarutan. Yang menarik perhatian saya adalah sisi pembela konservatisme oleh seorang penulis geopolitik yang amat popular. Meneliti butir perbahasannya, saya mula-mula bersetuju, namun renungan mendalam terhadap esei apologetiknya, saya hanya mampu menggelengkan kepala. Esei balas ini bukanlah suatu kritikan, lebih kepada teguran, kerana takut-takut, bila saya katakan ia kritikan, tidak dijumpai pula ia. Masih mencari posisi. Namun lebih baik berkecuali. Sebelum itu, saya kira perlu untuk meletakkan penafian di sini, bahawa saya tidak menyebelahi Kiri; dalam akaun peribadi maya, bukan sedikit persoalan terhadap kiri yang saya hamburkan. Tujuan saya menulis di MurbaReviu kerana ianya platform langsung dalam mendepani esei ‘Falsafah Politik Konservatif’ tersebut. Umumnya, pendirian saya adalah sebagai seorang relativis etis kepada penulisan berkenaan. Apabila m

Pelampau Kanan di Balik Nama Patriots

Oleh: Naim Fahmi Dunia juga sedang memberi tumpuan kepada Australia walaupun Tragedi Masjid Al Noor itu berlaku di NZ. Selain sebab pelaku keganasan tersebut adalah warga Australia, negara tersebut dilihat mempunyai gerakan-gerakan yang berpotensi melahirkan lebih ramai individu pelampau sayap kanan. Sebenarnya ramai masyarakat Australia sendiri sangat terkesan dengan insiden di NZ, seolah-seolah tragedi itu berlaku dalam negara mereka. Lebih-lebih lagi dalam kalangan grup sivil, pro-multiculture, sosialis/trade union dan Antifa yang selalu bertempur dengan pelampau sayap kanan yang rasis dan anti-migran. Saban tahun, selalu berlaku pertembungan dua fraksi jika ada protes anti-migran mahupun anti-xenophobia di jalanan. Ada beberapa grup pelampau sayap kanan yang berpengaruh di Australia yang sangat anti-migran, sudah tentu, terutamanya terhadap Muslim. Grup yang menonjol di Australia dalam beberapa tahun belakangan ini adalah Patriots Defence League Australia (PDL

Ramli, orang asli pertama bercakap di parlimen!

Kritikan Terhadap Ideologi Kanan, Tulisan Ayman Rasydan

Oleh: Lucy M Jika ada yang tertanya mengapa hari ini, label Kanan dan Kiri begitu galak naik ke permukaan; apakah ia kerana insiden tembakan di sebuah masjid di New Zealand, tekaan tersebut adalah tepat namun label-label ini mula terpamer di laman-laman sosial setelah jatuhnya rejim Barisan Nasional.  Ada apa dengan kejatuhan rejim keramat ini? Kejatuhan rejim Barisan Nasional telah membuka satu lembaran politik yang baharu buat Malaysia. Apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan, yang mana impian ini telah lama diidami oleh kebanyakan rakyat Malaysia; mandat rakyat tidak berjaya dilaksana. Pakatan Harapan dilihat sebagai parti yang berlainan kulit semata tapi isi dan intinya serupa dengan parti pemerintah yang sebelumnya. Kedua-dua perkara ini mewujudkan satu kemelut. Orang ramai mula bertanya mengapakah Pakatan Harapan mempunyai gerak-geri yang sama dengan Barisan Nasional walaupun sebelum ini mereka bermusuhan? Pada celah kemelut inilah, label Kiri dan Kanan d

Kita Harus Mengikuti Jalan Syariati Tetapi Kita Tidak Harus Menjadi Sekadar Pengikut (Temubual bersama Abdulkarim Soroush)

Jun 2008 (diambil dari Dr.Soroush.com) Kita Harus Mengikuti Jalan Syariati Tetapi Kita Tidak Harus Menjadi Sekadar Pengikut Temubual bersama Abdulkarim Soroush Oleh Reza Khojasteh-Rahimi S. Anda adalah salah seorang yang pertama, selepas kematian Dr Syari’ati, tiba di rumah tempat dia tinggal dan melihat wajahnya yang tidak bernyawa sebelum dia akhirnya dibaringkan untuk berehat. Nampaknya anda mempunyai temujanji untuk melihatnya sehari kemudian tetapi kematian telah menghalangnya. Saya ingin meminta anda memulakan dengan memberitahu kami tentang rancangan anda untuk pertemuan yang tidak pernah berlaku itu. J. Dr Syari’ati meninggalkan Iran untuk ke Perancis dan kami mendengar bahawa dia berhasrat untuk pergi ke Britain walaupun ia masih rahsia. Selepas beberapa ketika, kami mendengar dari Encik Minachi, yang merupakan kawan rapat Dr Syari’ati dan yang berada di Britain pada masa itu, bahawa Dr Syari’ati telah tiba dan tinggal di rumah seorang kawan. Kami t