Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

(Think About It!) Review Joker Dari Tong Sampah

Oleh: Abdullah Hadi Bila menonton The Joker, ramai orang berfikir dia adalah Joker. Lalu Arthur Fleck sangat gembira bila demonstran anarkis mengenakan topeng muka Joker sebagai protes jalanan dan Joker disimbolikkan sebagai simbol perlawanan kelas pekerja, marhaen melawan kelas borjuis penindas. Saya bukan orang filem, malah tak tahu apa pun sangat soal ini. Cuma saya ada membaca/menonton beberapa siri tentang Joker. Yang saya tahu, Joker sangat ramai dan seolah-olah Joker adalah figura umum bagi kaum tertindas. Dan tak lupa, Joker yang memang baik dan terus buat baik seperti Joker yang pernah difilemkan di Bollywood. Dan Joker-joker lain adalah lebih dari tiga yang saya tahu tidak termasuk Jokermin . Semuanya ada sejarah silam yang buruk. Cuma perbezaan yang paling besar adalah mungkin intelligence atau juga penampilan atau sedikit naratif atau sedikit bentuk tindak balas ke atas penindasan. Jadi sebenarnya Joker ini yang sebenarnya bagaimana? Saya rasa ia adalah cu

Murtad Ideologi

Oleh: Benz Ali Dalam mengulas filem The Joker terbaru, Nami Cob Nobbler mengatakan (dalam sebuah komentar di komen FB); Aku bukan sayap kiri atau kanan. Aku ni sayap cinta. Lagipun bagi aku amatlah membosankan sekiranya kau tengok dunia ini dalam perspektif binari kiri-kanan, sedangkan hidup ini entah-berapa-dimensi tapi kau masih terperangkap dengan mentaliti modeniti yang one-size-fits-for-all. Enjoy movie sudah. Aku tengok je Joker tapi takde la lepas tu aku nak berhujah sambil bukak buku Das Capital tak sudah-sudah. Boring beb kalau terperangkap dalam ideologi ini. Baik borak dengan makwe pasal Sailormoon. Lagi seronok. Inilah masalah aliran pop-popan ini. Yang hanya gemarkan hal-hal popular, ringan, “mudah”, dan tak perlu pikir sangat. Seolah-olah Christoper Nolan-Heath Ledger itu melakukan kegiatan seni mereka tanpa menggunakan otak. Seolah-olah Todd Phillips-Joaquin Phoenix berkarya itu sekadarnya dan main-main untuk aliran pop-popan ini melancap sahaja. Dan ap