Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Kenapa Penduduk Kampung Membantah Tapak Pelupusan Sampah Bukit Payung?

Oleh: Iltizam Iman Sebuah tapak pelupusan sampah baru akan dibuka di Bukit Payung bagi menggantikan tapak sebelum ini di Simpang Renggam yang telah melimpah ke Sungai Benut. Rancangan ini diumumkan oleh ADUN Yong Peng Lim Kee Moi pada 2010 tanpa ada sebarang perbincangan dengan penduduk tanpa sebarang laporan kajian (DEIA) dikeluarkan.  Sehingga hari ini bantahan penduduk masih disuarakan, mereka telah menggunakan setiap "saluran" yang ada sejak Disember 2010 di mana memorandum bantahan pertama dihantar. Lebih 20,000 tanda tangan penduduk telah diturunkan bagi membantah tapak pelupusan sampah tersebut. Tetapi perkara ini masih tidak dipedulikan Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan setiap parti pemerintah. Menjadikan penduduk terpaksa menuntut melalui sistem kehakiman. Julai 2020 ini adalah pendengaran permohonan bantahan pertama di mahkamah.  Terlalu banyak perkara yang menjadi alasan penduduk untuk memelihara Bukit Payung. Kalau dikategorikan, ada 3 faktor