Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Rumah Ini Milik Siapa?

(gambar bukan sekadar hiasan) Oleh: Pencinta Wollstonecraft Jadi, di sini kita ditinggalkan oleh nenek-moyang kita persoalan yang amat besar: tanah ini, untuk penduduk asal, atau untuk yang lebih bekerja-keras? Untuk yang konservatif kepada nilai-nilai perenial bangsa, atau untuk yang kreatif sehingga terbuka kepada interpretasi kebangsaan yang lebih segar-universal? Perihal ketuanan ini diangkat dan boleh diraut daripada dua sisi. Sisi pertama, dengan melihat kepada perjalanan sejarah, maksudnya siapa yang paling banyak berkorban demi menjadikannya apa ia sekarang. Sisi kedua, dengan melihat kepada pembaharuan yang boleh dibuat, supaya ia tidak lapuk dan dapat terus hidup dalam kalangan masyarakat lain. Golongan Kanan kerap merunut sisi pertama, mempercayai pengalaman rasial memberi suatu kredibiliti kepada letak-duduk ras-ras sesebuah negara. Mereka percaya bahawa pengorbanan sesebuah bangsa menjustifikasikan superioriti, dan dalam pada itu, menjustifikasika