Skip to main content

Kiri Bukan Liberal (BHG 1)


(sekeping gambar seribu tafsiran)

Oleh: Benz Ali
Ramai di Malaysia yang salah sangka bahawa Kiri itu juga Liberal, apabila Kiri juga menggugat Konservatisme. Ini adalah sebuah kefahaman yang agak karut. Selepas kejatuhan UMNO-Barisan Nasional (yang menaungi faham Konservatisme di Malaysia) para penyokong Konservatisme ketika bertempur dengan PH yang sangat Neo-Lib(eral), mula mencari-cari identiti apakah yang mahu ditempekkan kepada PH supaya masyarakat membenci PH. Maka dicari-carinya asal usul DAP iaitu PAP lebih jauh sampai ke PKM. Usaha ini tidak lain tidak bukan, selain bertujuan memburukkan DAP dan merosakkan imej PH ianya membusukkan Kiri sedangkan soalan yang pertama harus ditanyakan sekarang adalah, adakah DAP masih Kiri/Sosialisme? Ini adalah soalan yang pertama-tama harus ditanyakan. Apakah dasar atau polisi Kiri/Sosialisme yang dilakukan oleh DAP? Sememangnya mereka boleh menamakan sayap pemuda mereka sebagai DAPS(ocialist)Y(outh). Tetapi apakah benar tindak dan tanduk mereka adalah berasaskan Kiri/Sosialisme? Adakah semata-mata Lim Guan Eng makan kueytiaw di jalanan, menyebabkan dia masih lagi layak mengatakan dirinya sebagai seorang sosialis sedangkan tanah-tanah di Pulau Pinang semakin mahal dan ramai warga tempatan terpaksa berpindah ke Seberang Perai? Adakah ini polisi Sosialisme?

Jadi hal pendefinisian adalah sesuatu yang perlu dilakukan bukan sahaja semata-mata retorik politik. Dan hal pendefinisian ini berkait rapat dengan sejarah masa lalu, tokoh-tokoh yang terlibat, ideolog, buku bahkan polisi yang dilakukan sebaik sahaja ideologi itu memerintah.

Sebenarnya Konservatisme adalah fahaman status quo, yang mewakili makna-makna berunsur keselesaan, kemapanan, tradisi dll lagi. (maaf tiada rujukan disertakan, sila cari sendiri)

Perlu dicatat dan diingat, Revolusi dalam dunia moden yang pertama-tama berlaku adalah Revolusi Perancis yang dipimpin oleh kaum borjuis, menumpaskan absolute monarchy di Perancis. Revolusi Perancis ini juga selalu dikenang sebagai Revolusi Kaum Liberal. Ia menghancurkan tatanan-tatanan lama lagi feudal, dan mula menggantikan dengan perubahan berasaskan slogan liberté, égalité, fraternité.

Bagaimanapun, ia belumlah cukup radikal dan merata ke seluruh rakyat. Impaknya lebih dirasai pada golongan pertengahan, sementara rakyat kebanyakan masih ramai yang menderita dan melarat teruk.

Maka seterusnya, berbagai usaha telah dilakukan untuk mengepalkan penumbuk ke udara. Berbotol-botol dakwat telah kering, beribu-ribu kertas telah habis sama ada diguna untuk dijadikan pamphlete atau manifesto pemberontakan, diedarkan secara seludup, secara rahsia, dikejar di mana-mana oleh pihak berkuasa, dan akhirnya pada tahun 1917, berlakulah sebuah lagi revolusi yang menggegarkan umat dunia, iaitu Revolusi Rusia yang dipimpin oleh Parti Bolshevik.

Jadi revolusi sosial dan politik yang berlaku – 2 revolusi besar di atas – sememangnya bertujuan untuk menggugat status quo, kemapanan, keselesaan, tradisi, feudal, nilai-nilai lama, dan selalunya diwakili dengan perkataan atau terma, “conservatism”. (dalam Bahasa Melayu dieja dengan Konservatisme)

Jadi persamaan antara Kiri dan Liberal adalah kedua-duanya bermatlamatkan pembebasan, satunya bernada reformation (reformasi) dan keduanya bernada revolution (reformasi radikal). Kedua-dua aliran ini bermatlamatkan perubahan, dan mempersoalkan nilai-nilai yang sedang berlaku di tengah-tengah masyarakat. Kedua-duanya mahu menelanjangkan kebobrokan sistem pemerintahan yang sedang diusung dalam masyarakat. Kedua-duanya menentang kepatuhan membuta-tuli, kesetiaan tanpa soal oleh masyarakat sedia ada terhadap tampuk pimpinan, struktur, ideologi yang terlalu lama dan sedang rosak. Kedua-duanya bermatlamatkan perubahan, sama ada sedikit demi sedikit (iaitu evolusi) atau secara drastik (iaitu revolusi).

Perbezaan antara keduanya telah dinyatakan sedikit sebanyak dalam tulisan di atas. Tokoh-tokoh kedua aliran juga berbeza. Sejumlah nama berikut adalah tokoh-tokoh liberal, seperti Montesquieu, Voltaire, Rousseau, Adam Smith, Immanuel Kant, Thomas Paine, Thomas Jefferson dan ramai lagi. Sejumlah nama berikut adalah tokoh-tokoh Kiri, seperti Marx, Lenin, Bakunin, Kropotkin dll.

Cara dan pendekatan kedua-dua aliran ini juga berbeza. Satunya lebih melalui pendekatan demokrasi (borjuis) yang bersifat peti undi seperti, melalui pilihanraya, referendum dll walaupun secara asalnya, melalui pemberontakan di jalanan seperti Revolusi Perancis. Dan persoalan yang tidak terjawabkan dalam aliran ini, bagaimana si miskin akan mendapat haknya dalam pilihanraya jika mereka-mereka yang kaya lebih mempunyai modal untuk mempengaruhi masyarakat yang terbanyak?

Sementara Kiri lebih revolusioner – selalunya melalui coup – selainnya melalui mogok, aksi massa dan cara-cara yang lebih radikal berbanding Kanan. Kiri sekalipun berniat murni dan mempunyai cita-cita idealis dan utopis yang radikal dan suatu semangat mengubah dunia yang deterministik dan persisten, persoalan yang selalu ditempekkan ke dahi para penganut aliran Kiri ialah, persoalan demokrasi, pilihanraya dan yang sewaktu dengannya. Selalu cop mohor yang digunakan untuk mempertahankan pemerintahan aliran Kiri adalah “revolusioner”. Fidel Castro, teman baik Ernesto Che Guevera, pemerintah Cuba juga dikatakan berkata begitu semasa beliau memegang tampuk pemerintahannya.

Bagaimanapun..
Spektrum politik yang biasa dibelek sebenarnya tidaklah sebegitu kuat seperti Al-Qur’an yang sampai sekarang tetap begitu jua. Adakalanya yang Kiri hari ini, boleh jadi Kanan. Adakalanya yang Kanan juga boleh jadi Kiri suatu masa nanti. Misalnya Kassim Ahmad yang sangat Kiri suatu masa dahulu (lebih Kiri dari Ahmad Boestamam), akhirnya menjadi ‘agak’ Kanan walau cita-cita Sosialismenya tidaklah dibuktikan pernah padam. Menjadi seorang Qur’anis bukanlah bermakna tidak boleh menjadi seorang Kiri atau Sosialis. Nah, hal ini juga menjadi suatu dilema, iaitu sifat ideologi yang kadangkala bisa mencair, seperti Ali Syari’ati yang selalu dilabelkan sebagai penganjur Sosialisme Islam (meskipun sepanjang tulisannya ditekuni penulis, beliau tidak pernah sekalipun mengatakan sedemikian), juga seperti idea gerakan Sarekat Islam (Putih) di Indonesia yang mengadunkan antara Sosialisme dan Islam. Ini menunjukkan betapa ideologi ini bukan sahaja bisa menjadi ketat seketat yang mungkin, bahkan bisa mencair dengan beberapa unsur dari yang bertentangan.

Dalam ertikata lain, penulis tidak menolak kemungkinan atau keberadaan Kiri yang Liberal(is), juga Kiri yang Nasional(is). Hybrid di antara ideologi(s) atau para penganut ideologi sentiasa sahaja berlaku, boleh sahaja dikeranakan buku yang dibaca, teman dan lawan yang digauli, NGO tempat mereka bekerja, mungkin juga keluarga dan panutan ideologi/agama keluarga yang merangsang kepada hybrid antara ideologi.

Antara isu yang menjadi cabaran Kiri di bekas negara jajahan seperti Malaysia adalah, adakah Kiri mahu bersama dalam dalam isu-isu nasional atau hanya menumpukan persoalan pada isu-isu internasional? Utamanya adalah isu bangsa dan bahasa. Ia pernah dicatatkan menjadi rekod berantakan antara Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh. Sekali lagi ianya mencabar dalam isu UEC tahun lepas.

Ada Kiri yang mahu merapatkan jurang antarabangsa ini dengan mendekatkan Kiri Malaya dengan Kiri Indonesia. Ini boleh terlihat pada kekaguman dan usaha Boestamam dari PRM yang sangat terkagum pada Soekarno dari PNI. Sementara ada Kiri yang menolak usaha ini, seperti hujah Lim Kit Siang (DAP suatu masa dulu) dalam Debat Kebudayaan dengan Syed Naquib Al-Atas.

Jadi artikel ini mahu ke mana sebenarnya?

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang