Skip to main content

Lagi Tentang Revolusi Rusia



Oleh: Nik Ahmad Faris a.k.a Ken (Ketua Biro Pendidikan Murba)

Sudah habis membaca buku The Russian Revolution oleh Alan Moorehead. Ia adalah suatu pandangan neutral oleh pemerhati Revolusi Rusia, bukan oleh penyokong atau pengkritik revolusi tersebut. Saya akan gunakan konsep 5W1H untuk merumuskan buku ini.

Siapa?
Nicholas Romanov - Raja Rusia yang memerintah empayar tersebut di ambang revolusi berkenaan.
Vladimir Lenin - pemimpin faksi Bolshevik di dalam Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia.
Alexander Kerensky - Perdana Menteri Duma yang terakhir sebelum kerajaan Soviet Bolshevik mengambil kuasa.
Leon Trotsky - pemimpin faksi Menshevik yang menyertai faksi Bolshevik dalam julat Mac-November 1917.
Rasputin - seorang paderi yang berasal dari golongan bawahan yang mempengaruhi permaisuri Rusia dalam mentadbir negara itu.
Parvus - sosialis Rusia yang juga merupakan ejen Jerman dalam mempengaruhi penghasilan revolusi di Rusia.
Kornilov - ketua komander tentera Rusia yang merancang untuk mempertahankan Duma dan menjatuhkan parti Bolshevik.


Why?
Revolusi Rusia berlaku kerana kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Rusia. Bekalan roti yang ditentukan jumlah gandum semakin berkurangan (atas faktor yang tidak diberitahu). Selain itu, Raja Nicholas menumpukan pembendaharaan negara terhadap usaha imperialistik seperti peperangan dengan Jepun pada tahun 1905 untuk memastikan penguasaan terhadap Pelabuhan Arthur di Tenggara Rusia, dan penyertaan Rusia di dalam Peperangan Dunia Pertama menentang Jerman, Austria dan Turki Uthmaniyyah yang diakhiri oleh kekalahan. Dua faktor ini menyebabkan Revolusi Rusia berlaku.

Peristiwa bermula pada tahun 1905, apabila Rusia kalah dengan Jepun di Asia. Rakyat Rusia terutamanya pekerja kilang telah melakukan demonstrasi besar-besaran diketuai oleh Ayah Gapon di hadapan Istana Luruh (Winter Palace) untuk menunjukkan ketidakpuashatian mereka. Mereka mengkritik tindakan kerajaan yang menumpukan pada usaha imperialistik apabila keperluan makanan rakyat tidak dapat dipenuhi. Pada ketika ini banyaknya organisasi Soviet tumbuh secara organik di serata St. Petersburg demi merancang bagaimana piket dan demonstrasi dapat dijalankan. Namun tentera kerajaan dapat meleraikan demonstrasi tersebut dengan tembakan bersenjata, mengorbankan banyak nyawa.

12 tahun kemudian, selepas tiga tahun Rusia menyertai Peperangan Dunia Pertama, bekalan makanan semakin berkurangan untuk rakyat Rusia. Pada saat ini, pengaruh parti-parti yang mengkritik kerajaan seperti Kadet, Revolusioner Sosial, Demokrat Sosial semakin po. Pada ambang Mac 2017, dalam situasi di mana Raja Nicholas berada di Mogilev, pusat ketenteraan Rusia bagi peperangan ini, yang jauh dari pusat bandar Rusia, rakyat telah beramai-ramai turun ke jalanan demi menunjukkan ketidakpuashatian mereka sekali lagi. Oleh kerana mereka telah berpengalaman menubuhkan organisasi Soviet, maka ketika itu mereka menubuhkan organisasi berkenaan sekali lagi. Kali ini rakyat telah menggunakan sistem berkenaan untuk memandu pengurusan St. Petersburg, baik dalam penghasilan produk di kilang-kilang baik pengurusan makanan.

Dalam masa yang sama, Badan Duma telah didirikan, di mana wakil-wakil rakyat dari parti-parti yang dominan kecuali parti sosialis telah dipilih. Dengan kata lain, parti Kadet menguasai Duma. Parti Kadet adalah parti yang berideologikan liberalisme. Badan ini bertindak sebagai sebuah kerajaan sementara bagi negara Rusia, dan ia telah disokong oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Namun sokongan sebenar rakyat adalah kepada sistem Soviet, mungkin kerana sistem Soviet ini berasal dari mereka. Apa-apa pun kedua-dua mereka mahukan Raja Nicholas meletakkan jawatan. Raja Nicholas seterusnya menyerahkan kuasa kepada adiknya Grand Duke Micheal namun beliau juga tidak mahu memegang tampuk kekuasaan. Akhirnya pada Mac 1917, pemerintahan monarki keluarga Romanov berakhir.

Pada bulan seterusnya, Lenin yang berada di Switzerland ingin balik ke Rusia setelah mendapat berita "Revolusi Februari" itu. Sebenarnya kerajaan Jerman juga mahukan Lenin pulang ke Rusia untuk memegang tampuk pemerintahan agar Rusia menyerah kalah kepada Jerman dan peperangan diakhiri "seri". Lenin mendapat berita ini daripada beberapa ajen Jerman, salah seorangnya Parvus. Kerajaan Jerman juga telah mengeluarkan 50 juta ruble untuk membantu rakyat Rusia menggerakkan revolusi. Apa-apa pun, Lenin tidak menerima semua saranan ini namun tidak dapat mengelakkan diri dari meminta pertolongan dari kerajaan Jerman untuk mengangkut beliau dan rakan-rakannya menggunakan sebuah keretapi hingga ke Laut Baltik lalu masuk ke Rusia melalui Finland.

Adalah ketika menemui bulatan dalaman Bolshevik yang masih tidak berpengaruh itu, Lenin mengeluarkan syarahan yang begitu bersemangat. Lenin mengajak rakannya untuk menjatuhkan badan Duma yang dipimpin Kerensky, memanggil seluruh rakyat untuk menyokong Soviet, membubarkan pemilikan tanah di Rusia, menasionalisasi bank dan bermacam-macam lagi. Semua terkesima dengan syarahan Lenin itu. Dalam masa yang sama, badan Duma yang tidak menyukai Lenin itu, telah menuduh Lenin sebagai ejen Jerman. Namun ramai juga pekerja Rusia yang menyukai Lenin kerana posisi yang diambil olehnya secara konsisten sejak dahulu lagi. Oleh itu, sejak kembalinya Lenin, parti Bolshevik menjadi popular dan Leon Trotsky telah dilantik menjadi pengerusi Soviet St. Petersburg.

Selebihnya? Baca sendiri. Saya sudah penat tulis. Atau nanti saya sambung di bahagian kedua kalau ada permintaan.

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang