Skip to main content

Kebenaran Tidak Ada



Oleh: Benz Ali

Abstrak;
For Nietzsche, there is no truth, only perspectives:
Friedrich Nietzsche (1844–1900) was a German-Swiss philosopher whose work did not become influential until the 20th century. He argued that truth is impossible
there can only be perspective and interpretation, driven by a person’s interests or ‘will to power’:

 It is our needs that interpret the world; our drives and their For and Against. 

Nietzsche's early thinking was influenced by that of Arthur Schopenhauer, whom he first discovered in 1865. Schopenhauer puts a central emphasis on will and in particular has a concept of the "will to live". Writing a generation before Nietzsche, he explained that the universe and everything in it is driven by a primordial will to live, which results in a desire in all living creatures to avoid death and to procreate. For Schopenhauer, this will is the most fundamental aspect of reality – more fundamental even than being.


Tidak ada kebenaran, melainkan semuanya hanyalah ilusi, fantasi, imaginasi, justifikasi dan persepsi – perspektif lagi relatif.
Semua orang akan menjustifikasikan apa sahaja yang dia percaya. Seorang feminis yang bego, akan mengambil contoh sebuah negara teokrasi-autokrasi monarki mutlak iaitu Arab Saudi bahawasanya di sana secebis kain di kepala bernama tudung adalah alat penindasan kaum lelaki terhadap kaum perempuan. Seorang feminis bego ini tidak akan sekali-kali mengambil Amerika-UK (sebagai negara sekular-demokrasi kapitalis) sebagai contoh kerana di sana tiada larangan bertudung, di mana di sana, terdapat ramai perempuan yang masuk Islam dan memilih secara rela untuk bertudung (atas keyakinannya kepada agama) juga imigran-imigran Muslim perempuan yang masih bertudung. Feminis bego ini pastinya terkebil-kebil untuk menjelaskan keadaan ini. (bahkan di sana, terdapat larangan sekular ekstrem – seperti Perancis – iaitu apa sahaja simbol agama seperti tudung tidak dibenarkan)

Ada lagi feminis bego yang mengatakan bahawa perempuan yang berhijab itu tidak berkesedaran. False consciousness, atau kesedaran palsu kata mereka. Daripada mana kajian yang mereka ambil ini? Berapa banyak sampel yang telah mereka ambil? Berapa banyak perempuan berhijab dan tidak berhijab mereka telah temubual? Adakah mereka hanya mengambil di negara-negara yang tiada pilihanraya seperti Arab Saudi? Ada kaedah mantik mengatakan bahawa kita tidak boleh mengatakan semua gagak berwarna hitam jika kita belum mencari di seluruh tempat, tentang kemungkinan ada juga gagak berwarna putih dll warna lagi. Ternyata ini menunjukkan, kita semua (hampir tanpa kecuali) akan pro, berpihak, mencari bukti, kajian saintifik, statistik, ayat-ayat yang mana ianya akan pro kepada hujah-hujah dan kelompok kita.

Bagaimanapun tulisan-pembentangan ini bukanlah bertujuan untuk membedal feminis-feminis bego. Kita akan membedal mereka di hari-hari yang lain. Tetapi persoalan tentang kebenaran itu adalah sesuatu yang sungguh rumit dan merumitkan. Bak kata Nietzsche di awal, truth is impossible.


Cherry picking berlaku di mana-mana.
Ada yang menjadikan Barat sebagai mercu tanda paling rasional paling agung umat manusia. Mereka menjadikan Barat sebagai papan tanda untuk pergi ke mana-mana. Apa sahaja yang dibuat di Barat, akan dijadikan panutan. Mereka mengekori jejak langkah Barat satu demi satu. Sekembalinya mereka pulang ke Timur, di negeri mana darah mereka pertama kali tumpah, mereka mendakwahkan kebenaran yang mereka terima di Barat untuk umat mereka di Timur. Pertembungan ideologi Barat dan Timur kemudian mulai bermula. Si pengagum Barat menjadikan Barat sebagai neraca.

Tetapi ketika matahari terbit dari Barat, mereka tercengang-cengang. Ketika kaum perempuan di Barat mulai menyarung tudung, ketika imigran Muslim semakin ramai bersepah dan melimpah di Barat, atas nama demokrasi, kaum imigran Muslim-Muslim di sana melaungkan azan, para pengagum dari Barat mula tercari arah. Hendak kemanakah mereka? Papan tanda mereka sudah mula diganggu-gugat. Idea demokrasi yang percaya kepada suara ramai sudah mula hendak dipersetankan. Usahlah ditanya tentang kaum Muslim adakah demokrasi itu bersesuaian dengan Islam atau tidak, kerana itu bukan slogan mereka. Tetapi yang beriman pada papan tanda ini, bagaimana?

Maka mereka mula mengatakan bahawa, apa yang berlaku adalah matahari sudah mulai tenggelam di Timur. Apa yang berlaku di Barat tidak sama sekali dengan apa yang berlaku di Timur. Tidak semua benda yang berlaku di Barat, harus dijadikan contoh untuk masyarakat di Timur. Maka mereka yang selama ini menolak konteks, sudah beriman!

Jadi Baratnya di mana sebenarnya? Pada geografikah? Pada buku-buku sarjanakah? Pada intelektual sekular anti agamakah? Pada sejarah Romkah? Pada si kudus Jesus Kristuskah? Pada perbualan filosof di Athenkah? Atau sebenarnya, pada ‘desire’ kita?


Semua orang yang hebat-hebat telah mendakwa/dakwahkan kebenaran mereka.
Tetapi adakah adil, mereka mendakwa/dakwahkan kebenaran mereka kepada kita, sewaktu kita kecil dan masih terlalu lemah untuk memikirkan, maka kita seterusnya memilih untuk percaya?

Selalu orang cerdik pandai mengatakan kepada kita, bahawa kita tidak boleh bercakap tentang hal yang kita tidak tahu (yang mana perkataan ini adalah benar) tetapi jika begitu, bolehkah mereka yang mendakwa begitu, menyuruh kita masuk atau mempercayai apa yang mereka katakan, walaupun kita tidak tahu/belum tahu/tidak berminat dll (0) lagi? Bukankah jika kita benar-benar menekuni permasalahan ini kita akan dapati bahawasanya terdapat unsur paksaan dan percanggahan?

Sudikah mereka (A) menerima perbezaan pendapat (yakni berhenti melabel) terhadap mereka (B) yang dengan berusaha sedapat yang boleh meningkatkan kapasiti intelektual/ketajaman, hujahnya untuk memahami, meninggalkan tahap (0), lantas kemudian dengan pembacaan/pengalaman/perguruan/atau apa sahaja aktiviti intelektual yang diikutinya, menyebabkan B akhirnya berbeza dengan (A), dan dengan hujah?  


Jadi apa yang tinggal kepada kita?
Jika kebenaran itu tidak ada, atau hampir sukar dijumpai (melainkan setelah kita mati), maka apa lagi yang tinggal kepada kita?

Yang tinggal kepada kita tidak lain dan tidak bukan, adalah usaha dan kehendak (will) untuk membuktikan apa yang kita dakwakan sebagai kebenaran.

Jika Muhammad kalah dalam Perang Badar, atau Perang Uhud atau segala jenis perang atau dia tidak berusaha bermati-matian untuk membuktikan kebenaran pegangannya, pastilah namanya tidak akan terukir dalam sejarah-seerah. Manusia di atas muka bumi adalah makhluk yang hampir mencapai super hipokrit. Kita lebih selalu memilih pemenang berbanding orang yang kalah perang untuk diikuti. Nasib Muhammad yang menang. Jika Muhammad yang kalah dan Abu Jahal yang menang, adakah Abu Sufyan akan masuk Islam? Jika mereka (Abu Jahal dan konco-konconya) berambisi besar seperti Muhammad, pastilah mereka yang akan mengibarkan panji-panji Manat, Latta wal Uzza ke seluruh pelusuk dunia! (Mungkin mereka yang akan menjadi seperti Monggol Pertama, dan Monggol seterusnya adalah Monggol Kedua!)

Comments

Popular posts from this blog

Membalas Hujah Noor Deros dalam Persoalan Hadith Lalat

Oleh: Benz Ali Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ، ثُمَّ لِيَطْرَحْهُ، فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً، وَفِي الآخَرِ دَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah kesemuanya (lalat) kemudian buanglah ia. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penawar dan sebelah lagi adalah penyakit”. [Riwayat al-Bukhari (5782)]   Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ، فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالأُخْرَى شِفَاءً Maksudnya: “Apabila lalat termasuk ke dalam minuman salah seorang daripada kamu, maka rendamkanlah ia (lalat) kemudian buangnya. Ini kerana, salah satu daripada sayapnya adalah penyakit dan sebelah lagi adalah penawar”. [Riwayat al-Bukhari (3320)] Persoalan Hadith Lalat bukanlah bukan persoa

'Mewargakan Proletar Tanda Kad Pengenalan'

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Di petang yang ceria ini, biarlah saya membebel lebih panjang tentang pendatang asing (imigran). Saya rasa pemikiran "pendatang mengalami kompleks inferioriti" adalah suatu idea yang harus kita buang jauh-jauh. Antara rakyat Malaysia dan imigran, yang pertama itulah yang lebih layak menderita kompleks inferioriti. Pertama: kita terlalu suci dan berpelajaran untuk memegang sekop dan mengendalikan pembancuh simen demi membuat lebuhraya yang kita sendiri dan anak-cucu kita akan gunakan. Saya tidak katakan tiada langsung pekerja buruh daripada kalangan warganegara, namun mereka ini pun selalunya dipandang rendah. Baju berbau masam dan pengap. Muka berdebu, jari-jari berkematu. Kedua: secara implisitnya, kita berasakan manusia tidak berkad pengenalan itu adalah perampas hak kita. Tanah kita habis mereka beli. Misalnya, pasaran tekstil dan restoran-restoran, dan sebagainya di daerah saya sendiri didominasi oleh orang Pakistan. P

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang