Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

(Think About It!) Review Joker Dari Tong Sampah

Oleh: Abdullah Hadi Bila menonton The Joker, ramai orang berfikir dia adalah Joker. Lalu Arthur Fleck sangat gembira bila demonstran anarkis mengenakan topeng muka Joker sebagai protes jalanan dan Joker disimbolikkan sebagai simbol perlawanan kelas pekerja, marhaen melawan kelas borjuis penindas. Saya bukan orang filem, malah tak tahu apa pun sangat soal ini. Cuma saya ada membaca/menonton beberapa siri tentang Joker. Yang saya tahu, Joker sangat ramai dan seolah-olah Joker adalah figura umum bagi kaum tertindas. Dan tak lupa, Joker yang memang baik dan terus buat baik seperti Joker yang pernah difilemkan di Bollywood. Dan Joker-joker lain adalah lebih dari tiga yang saya tahu tidak termasuk Jokermin . Semuanya ada sejarah silam yang buruk. Cuma perbezaan yang paling besar adalah mungkin intelligence atau juga penampilan atau sedikit naratif atau sedikit bentuk tindak balas ke atas penindasan. Jadi sebenarnya Joker ini yang sebenarnya bagaimana? Saya rasa ia adalah cu

Murtad Ideologi

Oleh: Benz Ali Dalam mengulas filem The Joker terbaru, Nami Cob Nobbler mengatakan (dalam sebuah komentar di komen FB); Aku bukan sayap kiri atau kanan. Aku ni sayap cinta. Lagipun bagi aku amatlah membosankan sekiranya kau tengok dunia ini dalam perspektif binari kiri-kanan, sedangkan hidup ini entah-berapa-dimensi tapi kau masih terperangkap dengan mentaliti modeniti yang one-size-fits-for-all. Enjoy movie sudah. Aku tengok je Joker tapi takde la lepas tu aku nak berhujah sambil bukak buku Das Capital tak sudah-sudah. Boring beb kalau terperangkap dalam ideologi ini. Baik borak dengan makwe pasal Sailormoon. Lagi seronok. Inilah masalah aliran pop-popan ini. Yang hanya gemarkan hal-hal popular, ringan, “mudah”, dan tak perlu pikir sangat. Seolah-olah Christoper Nolan-Heath Ledger itu melakukan kegiatan seni mereka tanpa menggunakan otak. Seolah-olah Todd Phillips-Joaquin Phoenix berkarya itu sekadarnya dan main-main untuk aliran pop-popan ini melancap sahaja. Dan ap

Muat Turun Sekolah Itu Candu Karya Roem Topatimasang

Karya Roem Topatimasang, Sekolah Itu Candu. Boleh muat turun di sini .

PFLP: Menembak Kebiulan Ayman Rashdan

(Cuba tanya Ayman, siapa minah ni?) Oleh: Benz Ali Kekeliruan pelopor baru mazhab Kanan di Malaysia iaitu The Patriots nampaknya makin menjadi-jadi. Lapor Azrhul Niezam dalam sebuah komen, aku dah sound juga diorang samakan liberal dgn kiri ni. diorang jawab lantaklah, bagi diorang kiri is liberal, liberal is lgbt, lgbt is sjw, sjw is ateis, ateis is komunis dan seterusnya . Ini adalah sesebuah kekeliruan mantik yang parah. A = B, B = C, C = D dst sampailah Z, jadi A itu Z. Dan keparahan mereka semakin lama seolah-olah menunjukkan penyakit biul mereka itu tidak dapat diubati lagi. Tidak ada masalah jika mereka hendak membenci Kiri pun (bukan Kiridaren) tetapi berilah fakta yang betul. Jangan menjadi bias jika hendak berlakon neutral sekalipun. Jika hendak dilihat kita ini jujur dalam neraca dan laras academia, maka penilaian harus diberi jujur dan saksama. Jika kita tidak suka kepada Komunis, kerana traumatik makcik-makcik pada PKM, maka sebutkan juga tentang

Muat Turun Orang-orang di Persimpangan Kiri Jalan Karya Soe Hok Gie

Karya Soe Hok Gie, Orang-orang di Persimpangan Kiri Jalan. Boleh muat turun di  sini.

Sasterawan Negara? Apa benda tu?

Oleh: Benz Ali Kecoh. Telah kecohlah seantero Malay Archipelego dalam lingkungan Tanah Melayu dan Sabah Sarawak (mungkin juga orang Borneo tak ambik pot sangat pun, sebab mana ada orang mereka pun yang pernah jadi SN, kahkahkah). Jadi apa benda tu Sasterawan Negara atau Anugerah Sasterawan Negara tu? Entahlah. Kau pergilah Google sendiri. Yang pastinya, Anugerah Sasterawan Negara itulah yang melahirkan Sasterawan Negara. Hehe. Simple semantik. Jika tidak ada Anugerah Sasterawan Negara, adakah seseorang itu boleh menggelarkan dirinya Sasterawan Negara? Kehkehkeh. Kau jawablah sendiri. Tapi apa pentingnya Sasterawan Negara ini pada kita pun? Kalau tak pada kita pun, pada kau, pada aku? Entahlah. Buku-buku mereka ini banyak mendapat sponsor pemerintah. Itu pun masih tak laku-laku. Sementara penulis lain, penerbit lain, bersusah-payah bersengkang mata menulis, menerbit dan menjual, hidup sendiri, mati pun sendiri, dan tidak lama kemudian dicemburui para sa

Rumah Ini Milik Siapa?

(gambar bukan sekadar hiasan) Oleh: Pencinta Wollstonecraft Jadi, di sini kita ditinggalkan oleh nenek-moyang kita persoalan yang amat besar: tanah ini, untuk penduduk asal, atau untuk yang lebih bekerja-keras? Untuk yang konservatif kepada nilai-nilai perenial bangsa, atau untuk yang kreatif sehingga terbuka kepada interpretasi kebangsaan yang lebih segar-universal? Perihal ketuanan ini diangkat dan boleh diraut daripada dua sisi. Sisi pertama, dengan melihat kepada perjalanan sejarah, maksudnya siapa yang paling banyak berkorban demi menjadikannya apa ia sekarang. Sisi kedua, dengan melihat kepada pembaharuan yang boleh dibuat, supaya ia tidak lapuk dan dapat terus hidup dalam kalangan masyarakat lain. Golongan Kanan kerap merunut sisi pertama, mempercayai pengalaman rasial memberi suatu kredibiliti kepada letak-duduk ras-ras sesebuah negara. Mereka percaya bahawa pengorbanan sesebuah bangsa menjustifikasikan superioriti, dan dalam pada itu, menjustifikasika

Muat Turun Madilog Karya Tan Malaka

Karya Tan Malaka, Madilog. Boleh muat turun di sini.

Muat Turun Semangat Muda karya Tan Malaka

Semangat Muda karya Tan Malaka. Muat turun di sini.

Bacaan Hari Selasa Buat Nami Cob Nobbler

Oleh: Pencinta Wollstonecraft Saya suka melibatkan diri dalam dialog [atau dialektik] filosofi politik, walaupun terpaksa mengaku tidak ada major dalam hal ini. Hei, ini zaman libertarianisme, kan? Semua orang berhak berfikir dan bersuara. Dalam pada itu, terdapat suatu artikel yang limpas di Suapan akaun Facebook saya. Ia artikel yang dikeluarkan oleh portal neokonservatif, tidak lain tidak bukan, The Patriots. Tajuk artikelnya: 'Liberal Di Saat Sakaratul Maut'. Saya bukan liberal, atau konservatif atau sentris. Saya humanis, yang percaya kepada Idea Manusia. Ah, itu kita bahaskan lain kali. Saya teliti satu persatu hujah dan untaian kata penulis artikel, saya fikir ini adalah nukilan yang agak ironi. Pada bahagian akhir, penulis ada mengatakan Orwellian akan tumpas di tangan libertarian. Anehnya, dengan pilihan kata yang fatalistik, penulislah yang lebih bersifat Orwellian. Pertama, penghakiman kepada liberalisme dengan melihat tindakan beberapa li