Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

Koronavirus dan Laknat Manusia

Oleh: Lucy M Damien, teman saya  pernah mengatakan kelawar, digelar sebagai daging merah oleh kaumnya yang menunjukkan dia pernah menjamahnya. Dia teruja mengatakannya. Katanya lagi, sayap kelawar sebenarnya lebih panjang dari yang kita bayangkan. Di suatu ketika yang lain, saya teringat majikan saya pernah berbual dengan mandor projek tentang biawak. Dia, seorang lelaki Cina pertengahan usia, ketika itu, menepuk tangan seperti baru saja memenangi sesuatu sebelum menyebut bagaimana biawak punya daging yang liat tapi dengan kaedah memasak yang tepat, ia mampu dilembutkan. Penularan koronavirus dari China Merah membuatkan ramai orang, terutama bukan pemakan makanan eksotik, berang dan menuding jari. Kerana tekak sial masharakat Wuhan yang kemaruk daging ularlah, koronavirus merebak kepada manusia. Meskipun belum ada kata putus tentang siapakah vektor sebenar dalam cerita wabak Wuhan ini, yang jelas transmisinya disebabkan rantaian makanan. Direkodkan, AIDS mula

Muat Turun Pendidikan yang Membebaskan Karya Paulo Freire

Karya Paulo Freire, Pendidikan yang Membebaskan. Boleh muat turun di  sini.

Realiti Pencemaran Plastik Di Malaysia

Oleh: Komrad Semaun Gambar: Sampah plastik yang diimport. Lokasi Jenjarom, Selangor Darul Ehsan. Baru-baru ini dikhabarkan bahawa Malaysia telah menghantar pulang sebanyak 150 kontena sampah bahan plastik yang telah dibawa masuk ke negara ini dari negara luar seperti Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Perkara ini dengan megahnya telah diumumkan oleh Menteri Tenaga, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.   Tindakan ini telah mendapat liputan yang meluas oleh pelbagai media di dalam dan di luar negara. Seperti biasa, sebagai seorang ahli politik yang penuh dengan retorik, perkara ini diangkat dan dimainkan berulang-ulang kali, sehingga tindakan yang sebenarnya tidak memberikan apa-apa kesan untuk mengurangkan pencemaran di dalam negara ini dilihat sebagai hebat dan positif. Penolakan 150 kontena sampah untuk dihantar balik ke negara asal mereka ini merupakan satu tindakan yang terlalu t

Muat Turun Sapiens Karya Yuval Noah Harari

Karya Yuval Noah Harari, Sapiens. Boleh muat turun di sini.

Pemuliharaan Alam Sekitar: Negeri Pahang Perlu Dijadikan Contoh.

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff (Marahaen Institute) Tahun 2019 merupakan tahun yang amat menyedihkan khusus bagi para pencinta haiwan, aktivis alam sekitar dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Dengan kematian Iman, Badak Sumbu Sumatera terakhir di Malaysia dan pembunuhan berterusan Gajah Borneo merupakan antara episod duka yang menghantui senario penjagaan alam sekitar di negara ini.  Penjagaan haiwan liar dan pemuliharaan hutan merupakan suatu perkara yang perlu dijadikan agenda utama oleh pihak berwajib, selain menguruskan isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat. Kesan dari pembangunan tidak terancang dan tidak beretika akan memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada flora dan fauna, tetapi juga mendatangkan impak yang sangat besar kepada manusia.  Sebermula dari abad ke 20, telah dianggarkan sebanyak 10 juta km2 hutan di seluruh dunia telah musnah disebabkan oleh pembangunan. Menurut satu kajian yang telah dilaksanakan oleh Bank Dunia (The World Ba

Muat Turun Ini Bukan Revolusiku Karya Emma Goldman

Karya Emma Goldman, Ini Bukan Revolusiku. Boleh muat turun di sini .

Membalas ZF Zamir, Maszlee Malik dan Persoalan Baucar Buku.

Oleh: Benz Ali Membaca tulisan ZF Zamir yang masih lagi menggedik-gedik dan merengek-merengek dan memetik-metik nama tokoh sehebat Paulo Freire dengan bukunya Pedagogy of Solidarity, seharusnya membuatkan kita merasa geli-geleman atau tekak kita rasa meloya dan nak termuntah. Selepas muntah itu mungkin kita harus kutip atau sapukan dengan kertas dari buku Sekolah Bukan Penjara atau Berlari Dari Pejabat KPM (haha). Beliau seharusnya berhenti memetik nama tokoh-tokoh besar yang tak sepadan dengan perilakunya yang hipokrit lagi oportunistik. ZF Zamir masih lagi terkejut sehingga sekarang ini. Dia masih tak menyangka bagaimana kerjayanya dengan Maszlee di KPM sesingkat itu (20 bulan). Maka di artikel ‘Memahami ‘Pendidikan’ Versi Siti Kasim’, beliau masih lagi tidak mampu menyatakan apa yang belum dilakukan dan ditunaikan Maszlee. Beliau masih obsesif dengan Maszlee bahawa bosnya itu telah melakukan yang terbaik, sedangkan pada ketika yang sama bosnya itu masih bersetia dengan