Skip to main content

Posts

Showing posts from 2022

Mengenang Sebulan Pemergian Ahmad Lutfi Othman: Wartawan Rakyat Perjuangan (1963-2022)

  Oleh: Benz Ali  Saya pernah bertandang ke rumahnya sekali, ditemani bakal isteri saya ketika itu, juga bersama Arif Atan, seorang wartawan muda yang juga menurut saya pengikut dan mentee Ahmad Lutfi Othman. Saya mengenali nama beliau sudah sangat lama, ketika di bangku sekolah rendah lagi. Melalui pembacaan di akhbar Harakah. Selain Ishak Surin, Ahmad Lutfi Othman adalah teraju utama Harakah selama ini. Tetapi PAS, selaku organisasi penaung Harakah seperti biasa, yang selama ini berfikiran binari ( us or them , hitam putih) jarang sekali menghargai sosok seperti ini. Mereka yang berbeza dan punyai fikiran berlainan, selalunya akan dikesampingkan. Kesalnya dan kesannya, Harakah mati selepas para pelopor keluar dan generasi kemudian PAS, anak-anak gerakan Islam tiada sejarah, atau sejarah pergerakan mereka jadi kontang-kanting, digunting di sana sini, kerana para pelopor sudah tiada lagi, yang cuma ada hanyalah mereka yang berkuasa, dan masih mempertahankan kuasa. Ahmad Lutfi Othman, s