Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Muat Turun Hubungan Agama dan Marxisme Karya John Molyneux dan Roland Boer

  Karya John Molyneux dan Roland Boer, Hubungan Agama dan Marxisme. Boleh muat turun di  sini.

Kritikan Pada Ustaz Noor Deros dalam Persoalan Muzik

  Haramnya Muzik dan Perkara Yang Berkait Sekitarnya - Menyanggah Logik Falasi Ustaz Noor Deros (UND).   Oleh: Timor Jagat   Aku terpanggil untuk menulis tentang perkara yang agak hangat ketika ini melibatkan seorang Ustaz muda yang menjadi bualan di media sosial atas sanggahan kasar beliau terhadap fahaman Wujudiyah dan perkara-perkara sekitarnya.   Penulisan aku ini tidak akan mengambil keseluruhan penghujahan beliau di dalam siri-siri video yang tular di media sosial dan Youtube. Aku akan hanya mengulas dan mengupas sedikit sahaja apa yang aku rasa ada ketempangan dalam apa yang beliau   katakan dalam ulasannya di dalam video ini    Perbualan antara penanya soalan dan UND bermula dengan pengenalan diri beliau, iaitu seorang graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam pengkhususan Usuluddin dan Falsafah.   Kemudian, soalan ditanya iaitu mengenai peristiwa sambutan dari masyarakat Ansar terhadap penghijrahan Nabi SAW dari Mekah ke Madinah. UND ada menyatakan, apa

Ibn Arabi, Sufi dan Golongan Kiri

Oleh: Zin Mahmud Seronok melihat generasi muda golongan kiri Muslim dekad kedua abad ke-21, membicarakan mengenai Ibn Arabi. Ketika generasi itu membicarakan mengenai Marx pun sudah mengujakan, ini pula ditambah dengan minat terhadap Ibn Arabi. Sebab itu beberapa tahun lalu, ada pihak yang mendakwa bahawa terdapat usaha untuk menghidupkan semula fahaman Marxis. Penulis ini menjawab bahawa Marxisme tidak pernah mati, bagaimana pula mahu menghidupkannya semula. Fahamannya sentiasa ada sejak beliau gagaskannya melalui buku Das Kapital dan Communist Manifesto. Walaupun setelah kejatuhan Soviet Union pada tahun 1989, ia sudah tidak  laku di Rusia dan banyak golongan kiri berpaling daripadanya, tetapi ada saja para intelektual dunia, malah di Amerika Syarikat sekalipun yang mahu memperkenalkan diri mereka sebagai Marxis. Mereka melawan arus. Ibn Arabi jauh lebih lama lagi daripada Marx. Fahamannya juga tidak pernah mati. Dalam sejarah Islam, ada dua tokoh yang dikenali sebagai Ibn Arabi. Seo